NUffNang

Monday, August 29, 2016

Kecewa...

PEPAGI rasa macam tak mahu bangun. Mimpi yang bukan-bukan sejak seminggu yang lepas, sangat memenatkan. sedar pun sebab azan subuh dah bersahut-sahutan.

Kepala berat, ajak baring semula. Nak telan painkiller or caffox perut pulak kosong. Layan ajelah kepala yang berat tu sambil pejam mata. Dan-dan terlajak.

Bila hati kita dah tak ada, semuanya jadi berat.

Bila hati kita terluka, kita jadi lebih fragile dari kaca. Kaca pun lebih teguh dan tahan, tempered and toughened bukan macam hati saya yang dah berlubang-lubang, retak menunggu belah. Hati yang dah terlalu lama memendam rasa mungkin dia tidak mampu bertahan lagi.

Indirectly saya mengadu pada dia tapi dia suruh saya mengadu pada Tuhan. Sebenarnya kalau cakap dengan dia, entah dia layan entah dia buat bodoh jek. Kalau kuncinya dia yang pegang dan kita tersekat di situ, tidak mampu ke mana-mana. 

Salah saya jugakah?

Saya memilih untuk mengadu pada blog ini kerana setidak-tidaknya lepas saya luahkan saya rasa ringan sekejap. Dah tulis dan jangan padam.

Entahlah, saya pun tak tahu macam mana lagi nak cakap dengan dia sebab saya rasa saya dah habis guna semua kosa kata dan saya dah tak ada perkataan lagi untuk saya beritahu dia. Susah kan jadi orang macam saya ni. Kenkadang terlalu memilih perkataan tapi akhirnya saya lukakan hati orang tanpa saya sedar. Kenkadang saya rasa permintaan saya sangat kecil tapi saya lupa permintaan yang kecil itu memerlukan kekuatan yang luar biasa dan pengorbanan yang besar.

Good things in life don't come easy.

Mungkin Tuhan nak kita hadapi lagi dan lagi dan lagi ujian dalam hidup, sampai kita rasa dah memor, hancur berkecai, dah jadi abu mungkin pada ketika itu Tuhan baru izinkan - Ini hidup yang kau mahu. Inilah doa yang kau pohon saban waktu.

Mungkin juga Dia tak mahu beri sebab hanya Dia sahaja yang maha mengetahui segalanya. Mungkin kita rasa kita kuat, kita rasa kita sabar, kita rasa kita boleh hadapi semua benda yang merintangi hidup tapi sebenarnya kita tak tahu sama ada esok atau lusa, apakah kita masih seperti kita yang semalam, kita yang sabar, kita yang kuat.

Semoga Dia bentangkan kita pilihan yang baik jika itu bukan jalannya.

See, when things went wrong, easily fall apart.... sampai I reply mesej kawan pun bunyinya sedih dan kejam.

"I am not the same person anymore. I can't tolerate with silly things. Happiness is gone and the happy person you know long ago is dead."

Yelah, if I don't deserve to be happy I wish this is my last. I wish I can meet my mom on Friday. I can meet my grandparents too.

Saya mintak ampun dan maaf pada semua orang dan sampaikan salam saya pada mereka yang kenal saya yang mungkin tidak baca apa yang saya tulis. Kita bukan buang tebiat, cuma kita mintak yang baik. Ada banyak permintaan yang kita boleh minta dari Tuhan, salah satunya minta Dia ambil nyawa kita tatkala kita sedang berbuat. Ingat mati pun ibadah... tanda kita percaya pada kuasa-Nya.

That's it.

Awak suruh saya mintak dengan Tuhan kan. Itulah yang saya mintak nanti. Anyway, kalau saya tak sempat mintak ampun, maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan semuanya ya.

Love,
Ziel

p/s is EMPTY.

Tuesday, July 19, 2016

Minta dari Hati

Chup! Saya teringat lagu favorite saya by Jason Mraz, I WON'T GIVE UP. Seminggu ni saya dengar lagu ni sepanjang pagi. 
Lagu ni saya nyanyi untuk diri saya sendiri, motivate diri sendiri jangan jadi orang yang senang sangat nak mengalah. Bukan nak layan jiwang ke, nak layan lentok ke, takde... sebab kita sedar kita bukan budak-budak lagi.

Encik Sibuk is busy dan dia tak ada masa nak layan kau merajuk. Dia pun tak pedulilah kau nak melalak sensorang. Dia macam orang sakit gigi, balas mesej kita yang panjang dengan HMM aje.

Kelmarin, semalam lepas solat maghrib agak lama juga saya sembang dengan seorang rakan. Bila dalam dunia BUKAN HANYA ADA KITA setiap perkara itu tidak akan pernah jadi mudah biarpun kita telah didik hati kita supaya jadi sabar dan selalu mengalah. Bila acapkali sangat kita terluka, cuba kita tanya diri kita semula kenapa dahulu kita setuju mahu jadi yang kedua. Apa tujuan kita berkahwin sebenarnya, apakah sekadar untuk menghalalkan hubungan dalam kita mencari keredaan Allah supaya kita sama-sama dapat berkongsi kebaikan dan pahala atau sebenarnya kita berkahwin untuk menjadi setaraf dengan yang pertama, mahu menuntut hak dan layanan sama-rata atau apa?

As I have said earlier, nobody can be fair. Dalam dunia sekarang ni susah nak jumpa suami yang mampu berlaku adil, majoriti suami yang berpoligami selalu lebihkan isteri pertama kerana dihantui rasa bersalah menduakan isterinya tapi sebenarnya kalau ketiga-tiga pihak itu tahu hukum Tuhan itu mudah, insya-Allah dunia akan aman-aman sahaja. I think I can mention here, ada tu husband dia kopiah atas kepala tapi dalam banyak hal dia tetap lebihkan isteri pertama (yang kuat mengaji mungkin kerana dia sedang berperang dengan perasaan sebab tu mengaji aje - tapi interpretasi saya kalau mahu mengaji biar kenal sekali maksud ayat yang dibaca jadi dengan mudah dia didik diri sendiri menjadi muslimah yang sebenar, yang tahu hukum, yang tidak membebankan suami yang perlu berlaku adil dengan isterinya yang lain.

Kalau dari awal tujuan berkahwin itu untuk menghalalkan hubungan dan ia perlu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga terutamanya isteri pertama - fikir dulu, sejauh mana kita mampu jadi 'perempuan simpanan', sanggupkah kita hidup tidak seperti pasangan lain, cemburu tak kita nanti dengan segalanya yang lebih tentang pihak yang di sana, kalau kita dah audit dan semuanya jelas di mata dan hati kita yakin memang itu yang kita mahu - teruskan tapi keraplah ingatkan diri sebelum pasang niat mahu menuntut hak sama rata, kita nak upgrade status kita (kira beruntunglah perempuan itu kalau lelaki itu mahu menghalalkan hubungan mereka, syukur bebanyak kendian duduk dendiam dan jangan mintak yang bukan-bukan sebab ada perempuan lain yang belum ada rezeki untuk dikahwini sesiapa).

Saya sedih bila saya cakap macam ni,

" I am only a choice bukan pelengkap hidup dia, I kena sedar diri dan bertahan selagi mampu."

My dearest friend said, you're the sweetest among all dan boleh hidup sendiri kalau you mahu, dengan jawatan dan gaji besar you dulu, you boleh hidup senang lenang goyang kaki tapi you pilih jalan yang satu itu, jalan yang kita berdua tahu jalan itu penuh ranjau, jalannya berliku tapi you sanggup tempuh sebab you sayang dia dan you nak kongsi nikmat hidup yang melimpah ruah dengan dia (in this case, we both know bila kita sorang rezeki tu macam tak habis makan dan bila kita kongsi nikmat yang kita dapat tidak seindah yang kita harapkan) namun kebahagiaan tidak seperti yang kita bayangkan.

"Suami kita ketua keluarga, semoga Allah proses hati mereka dan sedar bahawa kita adalah amanah Allah. Jangan simply mempermainkan hati orang kalau tidak bagaimana nak dapat keberkatan hidup, rezeki dan bahagia jika terusan melayan isteri begini? Kenkadang I takmo fikir sampai ke situ, itu yang I doa supaya Allah tiupkan kesedaran pada dia kerana soal keberkatan tu penting."

See, Allah temukan dia dengan seorang bidadari, tapi entahlah. Semoga hidup kita diRahmati.
Entahlah, saya bukan siapa-siapa nak ulas panjang-panjang tentang masalah rumahtangga orang sebab rumahtangga saya sendiri tak siap cat.😂
Saya tidak mahu orang cop kat dahi saya sebagai pendukung poligami nombor wahid tapi saya memilih untuk berada di belakang barisan kedua jadi duta kecil mereka dan menyampaikan apa yang saya sedia maklum tentang mereka - bukan yang kedua tapi mereka juga isteri dan mempunyai hak yang sama - pi buka kitab faraid kalau tak percaya dan yang paling penting, bukan semua mereka itu gedik, gatal, birah lalu tidak wajar sama sekali mereka dilabel sebagai perampas dan perosak rumahtangga.

Harap maklum.

Anyway, I am ready to meet my Friday. Yehuuuu...

Let's gear up and get going.

Love,
Ziel

p/s: adakalanya kita lelah dan mahu menyerah... tetapi meletakkan takdir hidup di tangan orang lain tanpa berjuang dengan sungguh-sungguh sama seperti orang mati bunuh diri.
p/ss: adakalanya kita lelah... bila kita taip pepanjang dan dia balas HMM aje lalu kita tutup telefon dan mimpi sorang-sorang.

Friend, Enemy or Stranger??

Don't know where to start..

Secara logik akal atau secara logik seorang perempuan bernama Zila jika sesuatu yang telah berakhir cukuplah sampai di situ. Tiada lagi ruang untuk berbaik atau sesuatu hubungan yang di kategorikan sebagai "member". Melainkan memang di kedua-dua pihak sedar dari awal bahawa hubungan itu tidak akan berakhir seperti yang kita mahukan. Maka, mungkin boleh di fikirkan semula.

Tetapi dalam hal yang satu ni, saya tidak nampak apa relevan-nya meneruskan hubungan yang telah di titik noktahkan. Saya tidak bersedia menjadi kawan atau "member" atau musuh awak. Saya hanya boleh jadi "Orang Asing".

Kalau kita "KAWAN" (Friend)
Kawan bermakna akan ada talian-talian hayat yang mungkin akan membawa kepada rasa yang pelbagai. Sebab apa? Sebab kita pernah merasa lebih dari kawan.

MUSUH (Enemy)
Kalau musuh... Entah, saya tak pernah fikir saya nak memusuhi sesiapa.

Orang Asing (Stranger)
Bila kita orang asing, kita takkan punya apa-apa rasa. Suka pun tidak, benci pun tidak. Sebab secara logik, pernah ke korang tetiba lalu sebelah orang yang korang tak kenal tapi tetiba korang rasa macam menyampah kat dia? Kalau tanya saya.. Jawapannya tidak pernah. Sebab saya bukan seorang yang menilai orang lain. Saya boleh senyum pada stranger tapi bukan membenci stranger.

Bila kita jadi orang asing kita mungkin boleh mulakan sesuatu hubungan itu. Mulakan dengan semua yang baru. Bermakna kembali belajar kenal satu sama lain. Tinggalkan atau lupakan apa yang pernah terjadi. InshaAllah hubungan baru yang kita cuba cipta akan lebih bermakna dan hasilnya lebih lancar.

Takpalah, malas cakap banyak.

Hendak merayu saya malu. Selalu ingin mengingatkannya semula tetapi yang tercetus dari hati tetap tersimpan dalam hati kerana saya tidak berani untuk menyampaikannya.

Kalaulah dengan bersabar ini pahala saya sebagai hamba Allah membukit dan mampu membantu saya di akhirat nanti, saya akan belajar untuk reda dengan apa yang mendatangi saya nanti. Tuhan maha pengasih, Dia tidak pernah bebankan saya dengan sesuatu yang tidak mampu saya pikul.

Setiap ujian itu pasti datang bersama rahmat-Nya.

Usaha untuk melakukan sesuatu itu amat penting. Usaha tidak terhenti dengan niat untuk melaksanakannya atau sekadar menanam impian.

Mungkin saya salah semalam bila saya kata saya baik, mungkin saya kurang baik untuk membuka hatinya. Namun saya lega ketika saya minta sesuatu yang baik daripadanya dan tidak diendahkan, disertakan dengan pelbagai alasan... lalu saya buat kesimpulan sendiri.

Yang salah tidak perlu diperbetulkan
Yang patah tidak perlu diperbaiki
Yang luka dibiarkan berdarah
Yang sepi terus dibiarkan sunyi

Cukupkah sekadar maaf?

Maaf tidak mampu menyembuhkan hati yang terluka. Kalaulah maaf itu mampu membantu kita melupakan semuanya dan menjadi orang baharu tanpa tertinggal secalit memori, mungkin maaf itu berbaloi.

Maaf dan berlalu pergi. Tinggalkan semua kerosakan tanpa perlu diperbaiki. Biarkan dia terumbang ambing sendiri dengan harapan nanti akan ada orang lain yang akan menggantikan tempatnya untuk memperbetulkan keadaan. Begitukah?

Semoga ada cahaya di hujung jalan yang akan membantu saya meneruskan perjalanan, cahaya yang akan membimbing saya menjadi yang lebih baik. Cahaya yang memimpin saya supaya tidak sesat.

Sayang, pastikan ini rebahmu yang terakhir dan kau akan bangun dan tidak akan jatuh lagi. Bertahanlah selagi Tuhan mahu kamu hidup.

I choose to be legal and you refused.
May we find peace in our heart.






Love,
Ziel



Thursday, June 2, 2016

Don't Assume, Ask!!

It's kinda stressfull week.

Sakit kepala yang tak mau berjarak berjauh. Susahnya nak pergi jauh-jauh. Sedangkan orang bercinta pun tahu berjarak. Kenapalah sakit kepala dan saya tak mau berpisah?

Bermula dengan hujung minggu yang pada mulanya sangat di tunggu-tunggu. Tapi akhirnya, hambar. Dan bertitik mula dari situ, dari detik rasa yang memang kadang-kadang tepat. Tiada satu pun yang dirancang berjalan lancar. "Agaknya Allah murka dengan saya.."😭😭

Saat menerima komen-komen di ruang itu. Menggeletar tangan, malu nak baca, akhirnya tanpa sempat lihat, semuanya masuk tong sampah. Biarlah... biarlah.. biarlah..

Tak mampu nak cermin diri sendiri pun waktu tu. Hurmmm.. Kesedihan pada skala 10. Yang dia tahu hanya sebut "serabut, serabut, serabut.." *saya benci pada orang yang lari dari masalah.

Andai ini harga yang perlu saya bayar untuk merasa bahagia mungkin. Tapi, kalau begini rasa peritnya, saya tidak mampu. Sungguh saya tidak mampu kuat untuk teruskan. Biarlah saya undur diri. Biar saya tidak punya apa-apa atau siapa-siapa. Asalkan tidak saya gadaikan rasa hormat orang pada saya. Asalkan saya tidak mencemar rasa percaya orang pada saya.


Cukuplah kebergantungan saya hanya pada Allah..
Cukuplah anak-anak bidadari yang berdua tu dalam hidup saya.
Andai ada yang Allah takdirkan, biarlah "dia" datang dengan bersahaja.


Love,
Ziel


p/s: saya tak minta semuanya selesai sekelip mata, tp saya minta usaha
p/sa: berjarak dan berdiam bukan caranya

Monday, May 16, 2016

Short Vacay??

Yes!!

Tak berapa nak percaya, tapi itu la yang saya buat. Hahahhaha.. Dasat ea kau Zila. Kadang-kadang diri sendiri pun tak percaya saya seberani itu. Huh!! Berpeloh mak noks, malam sebelum pergi dah tak lena tidur dok memikir kemungkinan-kemungkinan yang akan jadi.

Sebenarnya plan bercuti datang tiba-tiba lepas saya berada pada tahap nyawa-nyawa ikan lepas ditinggalkan orang yang saya sayang. *Sila telan muntah korang
Hahahahha.. betul la, dia antara orang yang paling saya sayang setakat ni lepas anak-anak. Bertahun menyemai kasih, macam-macam dah lalu, tapi akhirnya semua yang saya pertahankan lebur macam tu je. Takpa lah, saya terima.

Terima Kasih untuk seseorang yang merancang this CrazyTrip. Called it crazy sebab semuanya tiba-tiba, dengan macam-macam hal jadi. Dari salah book flight sampailah terkejar-kejar dengan masa. Alhamdulillah, ditemukan dengan seseorang yang sangat pentingkan masa. Tapi saya pulak yang jadi takut bila dia sangat punctual.

Percutian yang sangat-sangat singkat, tapi sangat berbaloi. Alhamdulillah, saya temui apa yang saya perlukan. Bukan apa yang saya mahukan. Saya sangat sedar saya sebenarnya tak mahukan ini, tapi Allah tahu apa yang saya perlukan. Dia beri, walaupun sedikit tapi cukup besar pada saya.

Saya tahu apa yang saya buat dan saya tahu apa yang saya mahu. Setiap hari saya berdoa pada Tuhan semoga dikurniakan apa yang saya mahukan. And yes, I have no doubt that GOD knows the best dan saya tidak pernah sesekali menolak ketentuan-Nya.

Celik mata itu ayat pertama yang terlintas dalam kepala saya. Terkejut? Ya, saya pun terkejut sebab berani cakap walaupun antara dengar dengan tidak.. Fuhhh!! Drama sangat lah kau ni Zila.

Selebihnya tentang dua hari yang kalau dirangkumkan hanya sehari sebenarnya biarlah saya simpan untuk diri sendiri. Nak cerita banyak tak reti nak descriped perasaan tu. The best word is "I'm Happy".


Thanks for the company. 
Thanks for your time. 
Thanks for everything.


I am happy <3 .="" i="">

Much Love,
Ziel

p/s:  kata orang, simpan apa yang kita tahu, rahsiakan apa yang kita rasa kerana ada waktunya keterbukaan itu bisa menutup pintu-pintu bicara.

Tak faham? Fahamkanlah...









Saturday, May 7, 2016

DREAM

Bila mana kau semakin tak mampu hidup aktif seperti sebelum ini, Apa yang ada dalam kepala hanyalah sesuatu yang akan buat kau tenang.

Contohnya,

Rasa macam nak pindah, migrate duduk kat NZ. Tapi nanti kau susah plak nak jumpa orang. *takpalah, kawan ngan kambing sama lembu je la. **hahahhahahahha

Sekarang pulak dah mula berangan pindah duduk kampung. Ada rumah kecil tepi sungai ataupun tepi laut.. Hari-hari boleh dengar bunyi air. Memang happy hidup bahagialah kau Zila..
Apa yang saya mahukan hanya hidup tenang-tenang tanpa gangguan penderaan mental. kikikihhh.. Macamlah sekarang ni kau kena dera kan Zila :P

Sediakan satu ruang kecil untuk berkarya walaupun saya tau karya-karya saya tidak akan terbit di mana-mana column. Best tau duduk pinggir kota. Sudahlah hari-hari boleh hirup udara segar, boleh tengok pokok-pokok menghijau, boleh dengar air mengalir... Wahhhhhhh!!! Saya memang giler nak pindah keluar dari kota batu ini.

Tapi sebelum migrate pergi NZ or pindah balik kampung, kita pastikan survival kita kat Selangor ni dulu. Sampai bila kita nak berlumba-lumba dengan kesibukan kota ini.

Entahlah... susah kut sebab otak orang-orang town planning-politician-town developer tak bercantum. Yang mungkin bercantum hanyalah keghairahan mereka mencabuli alam semulajadi demi kelangsungan poket masing-masing.

Sedangkan di kampung pun sebenarnya tidaklah senyaman dulu. Tapi saya hanya membayangkan yang indah-indah je sebab saya tetap mahu apa yang telah saya tanam dalam otak saya ni bahawa kampung adalah tempat yang damai walaupun hakikat sebenar indah khabar dari rupa.

Wallahualam.

Bersyukur kerana masih hidup biarpun kurang sihat. Bersyukur masih bahagia dan gembira biarpun selalu keseorangan.

Syukur alhamdulillah.


Have a beautiful weekend peeps!

Love,
Ziel



Friday, May 6, 2016

Kebergantungan

Hidup ni dah macam tidak perlu lagi kebergantungan pada orang lain. Pepandailah kau nak hidup sendiri macam mana. Pepandailah kau nak manage hidup, uruskan duit gaji tiap bulan, cukup ke tidak, boleh shopping ke tidak, boleh payung boyfriend ke tidak, boleh support orang lain ke tidak. Kita payung yang berkenaan ajelah... yang belum tentu membawa bahagia tu kita tak usahlah bazir masa nak payung dia bagai. Kau sibuk pasang payung - dia pulak payung awek dia noks!

Hahahhaha.. this is what we talking yesterday. Hanging out with a long lost friend sampai lupa ada orang yang perlu diberitahu hala tuju kaki melangkah.
*Sorry pok

Kalau tak ungkit sekaligus hati ikhlas tak jadi masalah, sebab untuk menjadi reda itu bukan perkara yang mudah. Kita susah nak anggap sesuatu itu bukan rezeki kita tapi kita sibuk akan pertikai kenapa orang dapat, kenapa kita tak dapat. Kalau kita yakin dengan rezeki yang dilimpahkan Allah, insya Allah cukup. Jangan kata nak payung orang, payung satu family pun lepas lagi.

Jadi... daripada kita sibuk kira akaun orang, eloklah kita audit akaun kita sendiri. Ada lagi tak baki nak dibawa ke depan. Kalau cukup-cukup makan pakai pun dah bersyukur patutnya uols!

Dunia ini penuh dengan permasalahan. Masalah orang, masalah sendiri. Kenkadang kita kena tolong orang selesaikan masalah dia, sedangkan masalah kita juga rumit...tapi ada waktunya dalam kita mendengar masalah orang tu hati kita terhibur dan ada waktunya juga dengan mendengar rintihan orang tetiba kita pun dapat jalan penyelesaian untuk masalah kita. Bila kita terbuka hati untuk membantu, Tuhan pasti akan bukakan lagi satu pintu nikmat untuk kita.

Bila jodoh kita dah expired lalu hubungan kita sudah tidak lagi relevan, kita berlapang dada dengan apa yang berlaku. Tak usahlah kita ungkit kenapa dah mengapa dia tinggalkan kita, kenapa hubungan kita tamat begitu sahaja seperti tidak dihargai - first of all, lelaki yang pandai menghargai wanita tidak akan mensia-siakan hubungannya dengan wanita itu dan tidak perlulah kita tanya pada dunia kenapa lelaki itu begitu atau begini.

Biarkan dia bahagia dengan jodohnya yang baharu, bahagia untuk kita pasti ada nanti.
Insya Allah.



I need hugs

Love,
Ziel

Friday, April 29, 2016

Friday Wishes

Suddenly come out with this idea. After a longggg Hiatus.

Dunia ni kejam sangat untuk saya tinggal sendiri. I wanna go somewhere safe where no one will hurt me, no one will make me cry, no one will drive me crazy and shouting in silence.

I tunaikan tanggungjawab pada someone dan lepas tu I nangis sensorang bawah bantal. Selalu fikir, apa jadi kalau saya sakit dan takde sesiapa untuk jaga dan temankan saya. Then I wish for something quick and easy, I wanna die like him. Gone in a blink. That was too easy for him because he's  very good husband n father, Someone yang tak pernah susahkan saya, orang yang damai hatinya, someone yang tak pernah simpan benci dan iri dalam hati, someone yang banyak berkorban untuk orang lain.

And Dear, because you're gone in a blink, for four years, I never stop crying since then. I stop counting my age because I wanna be your little wife forever. *sebab tu bila orang tanya umur saya, saya selalu lupa. :P  I wish I can turn back time and spend that gloomy Sunday with you at home. I knew, I can't. You're in the safest place now and you don't have to worry about me anymore.

"Kalau kita sakit masuk ICU ada tak orang datang ramai macam orang tengok Arwah Puan Laila?"

"Insya-Allah ada."
"Kita tak ada ramai kawan. Kita tak ada suami macam En. Hafiz yang boleh menulis panjang di Facebook tentang isterinya"
".. jadi kalau kita dah tak sedar diri terlantar sensorang kat ICU, siapa nak tolong announce kat Facebook or kat wassap?"
"ataupun...kalau perlu tulis kat surat khabar tak pun nanti kita beritahu lawyer kita, please find Yam if I am on life support." :))
*macam ada lawyer je.. hihihihi

 I would not know who will take care of me but I do have plan, planned way ahead. I pledged as an organ and tissues donor.

You can take everything, my eyes although it wasn't pretty but they're in perfect condition, I hope my eyes later can be benefited by someone, help him/her to see the world again, to appreciate everything that she will see. My skins, although tak putih melepak tapi kulit saya cantik. Kulit yang saya jaga ini mungkin dapat menampal kesan-kesan luka atau terbakar pada seseorang dan kembalikan semula keyakinan diri dia. You also can have a pair of my kidney, they are in TLC. You can have my heart for sure, I try my best to eliminate cholesterol from bugging him. As I said, you can have them all. I am no longer alive by that time, I wont feel anything. Don't worry about me because a good doctor will take care of me before all of you can have me in you.

I just have one request, send me your prayers coz I will need it to lighten up my grave.


I wish after they take out everything from my body, I won't too heavy for some people to carry my dead body and send me to my resting place. This is sole reason why pledge to donate my organs and tissues.

Dan awak, Yes, awak yang saya tak tahu lagi siapa, kalau boleh biarlah saya yang mati dulu supaya saya tak nangis kalau awak tak ada sebab saya tahu, awak tak akan menangis kalau saya takde nanti. Dan kalau saya yang mati dulu, setidak-tidaknya awaklah nanti yang akan mandikan saya sebab saya tak tahu saya mampu atau tidak untuk mandikan awak.

See you much later, yeah I do pray to see you. Please drop some notes in your favorite box for me on Friday, I'll pay you back.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua. AMIN.

Love,
Ziel