NUffNang

Thursday, October 28, 2010

Anniversary

Semalam cukup 8 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, walaupun ramai jer yang suka membuat onar dalam hubungan kami, walaupun dah banyak air mata tumpah sebab hubungan kami ini(suka dan duka), tp sangat bersyukur sebab berjaya bertahan.

Alhamdulillah... anak pun dah dua. Cuma belum ada anak lelaki jer.. perlu ke mengandung sekali lagi dan cuba dapatkan anak lelaki? Sayangku itu sepertinya mahu juga punya anak lelaki, tp agak risau andai mengandung sekali lagi dan masih juga anak perempun.. macam mana?Iyer.. rezeki Allah bagi kan, redha jer lah. Tapi buat masa terdekat ni kena KIV dulu la bab ngandung lagi nih.

Buat suamiku (walaupun tau kamu tak akan pernah baca blog ku ini)
Terima kasih kerana sentiasa berada di samping Ayang dalam susah atau senang, dalam suka atau duka, dalam cantik atau hodoh, dalam sihat atau sakit.. Semoga Allah panjangkan usia kamu dan beri kamu kesihatan yang baik, moga Allah pelihara kamu di dunia & Akhirat.

Terima kasih kerana terima keburukan Ayang, kerana banyak membantu ayang.. TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT.

Cukup banyak dah kita lalui bersama, dari naik motor Honda EX5 takder lampu, stand kaki patah sampaila dah ada anak 2 nih. Walaupun baru2 ni Ayang ada buat salah pada 30294 kamu..Sedih sangat masa tu.. sepanjang jalan dari rumah ke maran nangis tanpa henti..

Moga sayang Abang pada Ayang bertambah-tambah, moga Allah tidak membolak balikkan hati abang. Moga Ayang juga terus menyayangi ikatan perkahwinan kita ini. Amin...

No comments: