NUffNang

Monday, March 21, 2011

Aktiviti hujung minggu

Agak seronok cuti hujung minggu kali ni,
Jumaat memang apply leave konon2 nak bw anak-anak jalan2, tp bila tgk balik budjet untuk bulan nih dah agak2 nak terlebih terpaksa la lupakan dulu. Tp awal pagi jumaat tu aku nih pegi la mayfair konon2 nak redeem tester voucher yg dpt last year tu, last2 melayang gak RM115 utk wat body apantahkenamanya.. Selesai kat Mayfair tu dlm pkl 12pm, abang sayang jemput terus pergi IOI tuk tgk movie. Kami tgk RANGO

Jalan cerita so so, tak terlalu best tp tidakla sampai tak best. ok jer la.. lepas tu pegi makan, tgh2 makan nampak sorang kakak nih beli kain felt, wah!! teruja daku melihat, dengan muka tak malu terus pegi tanya dia, kat mana dia beli? Ropanya kat Daiso. Lepas makan terus zass ke Daiso, kat DAISO lebur la RM30, semua brg utk sewing ku.. hehehe
Sabtu
Hari sabtu cuaca agak mendung pagi tu, memang dah plan nak ke Putrajaya nak tgk Hot Air Ballon, so gerak agak lewat ker putrajaya dlm pkl 10.15am, sampai sana orang dah ramai, Jannah mula buat perangai budak2 dia tuh, ades stress daku.. Iman cool jer walaupun dia agak tak sihat. Akhirnya balik mcm tu jer.. Tapi tak terus balik, Iman memerut masa nak blk tu, singgah TAMAN PUTRA PERDANA kat putrajaya tu untuk cuci najis dia. Lepak sekejap kat situ.. best rupanya tempat tu.

Kami Baru sampai.. tgk muka masan Jannah tu

Bukti kami dah sampai .. hahahha

Lepak2 kejap sblm balik.. smbl tungu Jannah makan nasi lemak
Ahad
Sekali lagi kami ke Putrajaya tapi bukan sebab nak tengok belon, kami punya rancangan hari nih adalah rancangan kesihatan.. hehehehe (JOGGING!!) Sekali lagi kami ker Tmn Putra Perdana, sbb tempat tu memang sangat best untuk beriadah.. Sempat la daku pusing 1 round tmpt tu sementara suami tunggu+layan budak2 main kat playground. Lepas nih setiap minggu ni la aktiviti pagi kami..

Nah pic separuh muka dari aku utk tatapan korang.. Jannah la nih

No comments: