NUffNang

Tuesday, August 2, 2011

Pisang & Hati

Jom kita berfikir sejenak.

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik
untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi
pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok
hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang
yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang
masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling
banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka
benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi
hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi
busuk Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai
permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang
menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.
Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu
dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang
kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang
lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan
membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi
kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih
baik darpada membenci…!


No comments: