NUffNang

Thursday, October 27, 2011

Sembilan tahun sudahhh...


Ini cerita kami

Kisah sembilan tahun lepas
Waktu yang sama sembilan tahun lepas rumah Abah sibuk + bising dengan orang. Lepas Asar ai sah jadi isteri dia. Dan sekarang ai tengah dok senyum-senyum sebab dari malam tadi dia asyik dok ucap "HAPPY ANNIVERSARY SAYANG". awwww, mak suka!!

Dah masuk ofis pun dapat lagi sms berbau cinta dari dia. Lagi lebau senyum ai. Lama dah rupanya hubungan kami ni, Macam-macam rasa dah kami lalu. Bergaduh sampai nak lari rumah, menangis sampai bengkak mata. Kes cemburu tak bertempat, etc..

Tapi, Alhamdulillah.. sampai hari ni dia sabar lagi layan perangai tak sudah ai ni. Walaupun anak dah dua, perangai budak-budak tu susah nak buang. Jangan la letih yer ABANG nak layan perangai ai. Nanti balik ai masak sedap-sedap sikit.

Bila dah lama-lama kahwin ni.. hubungan suami isteri tu dah jadi macam kawan-kawan pulak.. bergurau kasar sambil tumbuk-tumbuk perut tu dah biasa. Alhamdulillah.. dah jarang gaduh jugak... Memang kalau boleh sapa nak bergaduh kan. Sekarang kalau tak puas hati 'sound direct' jer. Takde nak tapis-tapis dah, cuma ayat tu masih lembut lagi la. hihihi..
Takmo merepek dah la. Bukan ada yang baca pun, syiok sendiri jer lebih.kahkahakah..
Inila hasilnya selepas sembilan tahun.
Dan hari ni Nur Iman demam, kesian dak kecit tu.

No comments: