NUffNang

Wednesday, November 30, 2011

Cuti 3 hari

Minggu lepas kan kita cuti 3 hari, Kakak Jannah kan ada kat kampung, So takder nak kemana, sabtu tu kami kemas rumah sikit2, ubah kedudukan perabot sikit2, penat jugala.. petang baru rasa nak keluar meronggeng. Pergi IOI jer pun, bawa Iman pusing2 sampai melecet tumit. Saya cakap kat husband, "hari ni kita berjalan sampai sakit kaki". Cepat jer suami menjawap, "sakit dah pun kaki nih, jom la balik." Cait!!
Pergi cuci kereta kat BP sat Iman buat lawak, beria ketar kot takut ker mesin hok cuci keta automatik tu. Lagi la kami suka nyakat. Selesai trus gerak balik.. Iman pun terus lelap.

Ahad pulak kami attend kenduri kahwen ahkak secret-tary opis husband kat De Palma Shah Alam, Makan Ala-Carte stail so kena sampai tepat pada waktunya. Kami sampai pengantin tgh get ready nak naik tangga ke dewan. Ngam-ngam la tu kiranya. Selesai semua Iman buat operasi pulak, udah kelam kabut mama pg cari dypers. Ropa-ropanya takde bawa, mujur tepi hotel tu ada kedai runcit, sambar je la apa yg ada kat kedai tu. Dapat ler Huggies pants. Balik hotel cari tandas, selesaikan apa yang patut. Then gerak ke Subang parade, harusla meronggeng lagi kan, awal pun time tu, baru pukul 2.45pm pun. Sampai Subang Parade gagah ler mencari MBO. Kami nak tengok Puss In Boots. Tiket untuk yang takder #D pkl 5pm. Lama lagi tu, decide ler beli hok 3D, tambah RM2 dpt ler twin seat. TOTal RM40. Telan liur haku.. Lepas begitu begini sampai rumah semula 7.30pm. Iman sekali lagi melayarkan tirai. Haih budak ni asal senja nak tido.
Isnin tak kemana, ajak suami cari coklat konon nak wat goodies tuk kenduri nnt, dia buat2 pekak. Trus merajuk layan diri dlm bilik, masak pun tak. Dia layan la Iman sengsorang kat luar, Iman datang ngacau pun ai buat tatau.. Memang emosi terganggu la sekarang ni. Cepat nau nak meradang tak tentu hala. Kesian dak Iman..:(

No comments: