NUffNang

Thursday, December 1, 2011

Meroyan atau gila??

Mahap yer, tajuk kat atas tak der kena mengena dengan cerita saya ini. Tak tau nak letak tajuk apa yang bekaitan dengan cerita ini.

Ini kisah minggu lepas, minggu yang penuh dengan stress. Minggu Audit ISO. (baru Internal) Menda ni saya dah telan berminggu-minggu, kalau ikut tak sabar minggu-minggu yang sebelum ni saya dah hangin, tapi sebab kesabaran masih ada dalam diri.

Ceritanya begini...

Ada seekor kucing warna cekelat tompok-tompok kat kawasan ofis saya ni, Ofis saya ni kat tingkat satu. Tapi, setiap pagi oleh kerana saya orang terawal yang sampai ke ofis maka sayalah yang kena buka/angkat roller shutter kat bawah tu.

Kucing yang dimaksudkan suka berak merata-rata, sebelum ni molek amat ler dia berak kat atas jalan la tepi jalan la, tutup dengan pasir yang ada tak ada tu kan. lantak dia la kan.. TAPI!! sejak berminggu-minggu terbaru ni dia amat suka membuang di atas simen (coridor) bawah tu. Sah-sah la takde pasir dia nak kais tutup najis dia tu kan. Memula dia cirit atas coridor, lepas tu up sikit berak atas corridor yang atas sikit. Lepas tu up lagi.. berak atas ROLLER Shutter yang saya akan angkat tetiap pagi tu. Memang nak kena fire la maknanya.

1st time dia berak kat situ saya angkat roller shutter sebelah, 2nd time dia buat pun saya angkat yang sebelah jugak, bila masuk kali ke-3 memang angin satu badan la. Kemuncaknya, jumaat lepas sedang elok saya sampai dia baru lepas membuang kat tempat yang sama. Kesian kakak cleaner tu hari-hari kena cuci najis dia. Time tu tindakan reflex saya adalah jerit-jerit sambil lompat2 sambil berusaha nak buka helmet untuk baling kat kucing tu. Rupa-rupanya ada yg tgk aksi gila saya tu, dan mereka sedang gelakkan saya. Berganda la saya punya kemarahan. Dan dengan tak sangkanya saya boleh pulak terjerit sama kat Guard-guard yang gelak kat saya tu. Di tterangkan disini, (guard2 itulah yang beri kucing itu makan) itulah yang bagi marah saya berganda-ganda.

Tapi bila dah masuk opis malunya lah rasa.. bodohnya tindakan saya tu, tapi saya kan manusia. Sabar saya pun ada batas nya. TU yang Pagi Jumaat yang hening dah di cemari dengan kelakuan gila saya. Bengong plak rasa..

Alhamdulillah, lepas aksi gila saya tu takde dah kucing tu berak kat tempat yang sama lagi. Dan sekarang saya tak perlu lagi nak angkat roller shutter sebab opis bawah ni dah ada orang sewa, skrg dalam renovation.

Selesai cerita panjang lebar saya.. giler panjang untuk kisah kucing itu.



No comments: