NUffNang

Tuesday, January 10, 2012

Bermekap ker??

Tajuk tak der kena mengena dengan cerita.
Oklah, sesambil kurang kerja ni gatal la tangan nak menghapdate blog kan. Selama berbelog ni rasanya tak pernah ada lagi cerita pasal make up kan? Kali ni nak cerita pasal mekap la pulak.

Macam mana nak ada, bermekap nya dalam sebulan tu sekali jer kot. Itupun kalau time period tu ada masa sebelum pergi kerja nak ngadap cermin lama sket. Kalau tak muka pucat lesi ni la saya bawa pergi opis. Lagipun bukan reti nak bermekap macam orang lain tu. Jenuh la saya ni nak menconteng muka sendiri. Alat mekap nyer pun ada ngan tak ada jer.. Jom tengok apa yang saya ada dalam beg kecik tu.

Bedak ni kak long yang bagi, katanya dia ada 2, beli time pormosi. Saya baru guna sekali. Best rupanya 2 way cake Miyami ni. Tak pernah tau pun sblm ni. Padahal mak & kakak memang guna bedak ni lama dah. Saya jer dok guna Compact Powder dari Johnson tu sejak dulu. Bukan apa, takut nak cuba sebab kulit muka saya ni sensitif sangat.
Untuk mascara pulak sebelum ni guna Brand Silky Girl Lashprism(no.2-Dark Brown) dah habis pun. Punya la lama nak bagi perabis. Lepas tu paksa cik Abam belikan Brand Maybeline macam kat bawah nun.

Sekarang guna yang ni la. Best jugak, kemain panjang bulu mata saya bila dah calit menda alah ni. hihihihi

Untuk moisturiser saya guna Garnier. Dah habis 3 botol pun. Setakat ni kulit muka takde gatal.. maknanya product ni sesuai dengan kulit muka saya. Terus la guna yang ni jer lepas ni.

Ini pulak eye shadow, beli sebab terpaksa, last year nak dinner saya langsung tak pernah ada eye shadow makanya, pesan kat kak long minta jiran dia tolong belikan. Brand COSWAY.

Yang ni pun beli last year, tapi beli kat watsons, sikit lagi nak habis. Best jugak sebab warnanya kena dengan warna kulit saya yang tak berapa nak terang ni.
Lain-lain macam Lipstick, setakat ni saya ada sebatang jer, Brand COSWAY. (L'elan Vital ExtremeShine Gloss Stick). Lipstick, Lip Gloss, Lip Treatment ALL-IN-ONE. Ini jer yang bibir saya boleh terima, yang lain semua akan buat bibir jadi gatal2, panas+pedih dah akhirnya akan kering dan bewarna hitam. Bila dah jadi macam tu kena la repair semula guna ini.
Vaseline Intensive Care Lip Therapy (petroleum Jelly)
Susah sangat bila sensitif sana sini ni, tapi itulah saya. Teringin nak mekap comei-comei macam orang lain, tapi tak boleh sebarangan guna product. Abih Camno?? hihihihi... Redha je la kan. Allah tu Maha Adil. Alhamdulillah....
Ini la hasilnya dari barang-barang di atas.


No comments: