NUffNang

Tuesday, April 17, 2012

Orang ni macam-macam


Hari ni nak buat sessi luahan perasaan.

Ini perasaan aku yang tak berapa nak best bila masuk bab kerja. Kita ni kan dah ada tugas masing-masing, kekadang sorang kena buat 5 6 kerja, jadi pikirkan la.

Rasa nak meluah ni terjadi (eceh) bila si polan ini. (position as #narrR) yang rasanya banyak kerja.
minta aku tolong dia scan document. Aku punnnnn.. benda kecik ni pun nak kecoh kan. huhuhu TAPI!! dia jadi banyak kerja sebab :-
1. Office Hour 9-6. (datang tepat2 pkl 9am, kekadang 9++) balik dah tentulah 6++ jugak kan.
2. Dah la datang sharp2 / lewat.. sampai2 bukan nak buat kerja terus, malah lebih gemar on laptop tengok game bola atau baca surat khabar dulu.
3. Suka buat tak nampak bila aku letak document atas tray dia untuk disemak.. bila orang call tny payment blh plak suruh aku yang jawab.. (mau aku tak mendidih)
4. Dan BANYAK LAGI

Haishh stress dengan orang gini. (malas ah nak nilai2 orang ni)Buat tambah dosa jah.

Tapi dia sangat dengki bila tengok aku boleh duduk dendiam atas kerusi depan pc ni tak buat apa2. (kemungkinan aku tak buat apa2 tu adalah sangat kecil okey) mgkn masa tu aku tengah fikir blk ni nak msk apa.. hahahhaha

Dan baru sekejap tadi dia datang minta aku tolong scankan document untuk dia, bila mungkin dia tengok aku macam tak buat apa-apa. Helllooooo.. Encik!! meh aku list cara kerja aku ok

1. Msk kerja pkl 9am, tp pkl 8.10am aku dah ada dlm pejabat. (sbb tumpang laki kan) trus on pc
2. Aku akan clearkan barang2 atas meja ni dulu, mana yg perlu diproses akan terus di proses, mana x cukup document utk matching masuk dlm folder sulu siap2 & buat remark.
3. Pkl 9am on UBS trus proses apa2 yg ada kaitan dgn payment.
4. By 11am aku memang selalunya akan selesai buat kerja-kerja payment ni. Nak2 pulak sekarang project dah kurang kan.
5. Barula aku akan terjengah2 (ter tu..)fb ker blog ker apa ker.. jln2 kejap then ddk diam2 atas kerusi sendiri.
6. Cukupla, buat tambah riak jer.. (dosa lagi)

See, betapa berbezanya aku dengan dia, (tentula berbezakan dia kan berpangkat). Sebenarnya dia boleh jer uruskan kerja-kerja dia tu mengikut waktu, tapi dia yang malas & tak der inisiatif untuk tingkatkan mutu kerja dia tu. Sepatutnya orang yang belajar tinggi ni lebih pandai uruskan kerja2 macam ni kan. Aku ni apalah sangat, setakat SPM jer pun, tapi aku dah terbiasa berfikir sendiri tanpa bantuan orang untuk selesaikan kerja aku. (semua ni hasil didikan BOS LAMA) Many thank's to MR. L. Bila dah memang tak boleh selesai sendiri baru tanya orang. (maknanya jangan menyusahkan orang yang dah tentu ada kerja derang masing-masing, walaupun korang tengok dia orang tu tak buat apa-apa waktu itu.)

Bukan nak bangga diri atau nak jadi berat tulang sebab tak nak tolong dia, boleh jer kalau aku nak tolong dia tapi aku jadi geram bila berdepan dengan orang macam ni. Apalah sangat kalau setakat nak scan document tu kan. Aku boleh jer buat benornya, cuma nak bagi pengajaran sikit ke orang-orang jenis gini. Sesuka ati ko je yer.

No comments: