..Setiap pagi saya tanya diri saya, mahu teruskan atau tidak. Hati rasa hiba. Lalu saya biarkan sahaja, biar masa yang menentukan semuanya. Dalam kamus hidup saya, tiada perkataan paksa dan tidak pernah saya paksa sesiapa untuk melakukan sesuatu kecuali saya paksa diri saya sendiri menelan segala-gala yang pahit atau sebaliknya.
Rasanya setiap tahun subjeknya tidak pernah berubah, sampaikan kami tidak lagi bercakap tentang itu sama ada dia buat tidak tahu atau saya yang pendam sendiri dalam hati. Semuanya terlalu melukakan.
Saya rasa saya tidak akan lagi bercakap tentang perkara itu, biarlah... kerana saya tahu sampai masanya nanti, semuanya akan terurai. Masa akan menentukan semuanya, antara cepat atau lambat. Itu sahaja.
Saya harap Tuhan tidak lupakan saya sebagaimana saya tidak pernah lupakan Dia.
Mungkin belum masanya dan saya perlu bersabar lagi. Sabar ini yang kalau diukur entah sampai ke mana, mungkin sudah cukup panjang untuk mengelilingi bumi sampai ke matahari.
Doakan saya supaya hati saya kuat.
Saya sedang melalui waktu-waktu yang terlalu rapuh. Saya takut saya tersesat jalan. Saya takut saya hilang arah. Saya tak mahu hilang dalam kegelapan.
Untuk awak....
Saya tidak pernah mintak bulan dan bintang sebab saya tahu sultan pun tidak boleh capai bulan bintang untuk dirinya. Saya tidak pernah mintak intan berlian kerana saya tak mahu kecewakan diri saya sendiri. Saya tidak mau lagi minta apa-apa... kecuali satu...
Saya harap kita akan bersama.. satu waktu nanti.
Sampai nanti.
p/s: saya pun mahu perhatian jugak :(
Love,
Ziel
No comments:
Post a Comment