NUffNang

Friday, February 26, 2016

andai ESOK T.I.A.D.A

Saya mahu dia tahu sejak saat itu hanya dia sahaja yang ada dalam hati saya. Biar cuba dihasut benci, diusir semua yang indah tentangnya tetapi dia tetap jua di situ, menghuni ruang kecil yang terbentuk dari segumpal darah, diceruk itulah terletaknya sifat-sifat insan yang membezakan kita dengan yang lain. Di situ, dalam hati yang suci. *Walaupun awak cakap hati saya busuk sebab saya tak sukakan budak yang berumur 5 tahun :(

Apapun jua yang mendatang, saya anggap itu ujian daripada Tuhan. Ada waktunya ingin lari dari sini tetapi kaki bagai sudah terpaksi, terikat, tertambat. Lalu tetaplah saya di sini, ada waktunya tersenyum, ada waktunya menangis. Kalau mahu pejam mata supaya tidak terlihat apa yang lalu depan mata tetapi dua telapak tangan ini tidak cukup ampuh untuk menahan telinga daripada mendengar.

Saya tetap akan terus berdoa, saya yakin suatu hari nanti Tuhan akan perkenan apa yang saya minta. Dia yang maha pengasih, Dia yang maha penyayang. Dia, Ya Latif.

*I Wish, I can say this.
Terima kasih kerana risaukan saya. 
Terima kasih kerana ambil tahu.

Saya tidak selamanya mampu bertahan dan tidak selamanya saya mampu menyembunyikan perasaan saya. Bayangkan rumah tanpa tiang, bagaimana ia mampu berdiri?

Dearest Happiness, please stay.

Love,
Ziel


p/s: Today is Friday, dan saya makin dihimpit RINDU :(

No comments: