NUffNang

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11


aper motif aku letak pic kat atas?? Aku punya suka la..

Sebelas satu sebelas.. Cantik kan date tu, tapi hari ni bermula episod kerja bawah pengaruh diktator.. erk.. kejam sangat jerk bunyiknyer kan.. abih, kalau dah semua nak perfect, halo aku nih manusia ok.. bukan robot. Robot pun ada waktunya rosak gak...
Takpelah, cuba jer la jadi budak baik, cuba la elak dari tetiba hilang dari pandangan, ingatkan aku nih orang tak nampak, ropa-ropanya ada gak yang suka nak tengok muka aku nih... hahahaha.. anggap macam tu jerla.. Yela, sibuk jer kalau aku cuti, aku punya pasal la.. Haih, agak-agaknya bila la aku leh berenti kerja dan duduk bersenang lenang kat rumah jaga anak-anak jer.. Penat la kerja ngan orang nih.

Kecoh pasal cuti /Mc aku, ko tak duduk kat tempat aku ko tak rasa.. ko belum kawen, takder laki & anak yang nak kena jaga.. ce cuba ko kawen, mengandung, beranak.. ko tgk mcm ner? Cait!! Masa nih boleh la bos ko tu nak puji-puji ko sbb dah tentu ko takde life lain.. sakit2 pun datang keje.. dah hidup sorang2. sapa nak kisah..

Pada aku kerja ni adalah benda ke-2 selepas keluarga aku, jadinya mestila aku kena utamakan keluarga aku dari kerja, ko tu kerja no.1, mmg la jd mcm tu. Haih, tak guna la aku nak meroyan tak tentu pasal kat sini, hati sakit bukan boleh lega pun. Tapi aku punya pasal la kan nak meroyan ke haper ke kat page ni, blog ni kan aku yg punya.. Ada aku kisah!!

p/s: Hati.. sabarla okeh.

Monday, January 10, 2011

Re-structure!!

Adoiiiii...!! asal masuk tahun baru jer mesti nak restructure sumer benda.. Diri sendiri tak sempat nak baik pulih dah restructure lagi..
Klau awal-awal buat kan senang.. kali nih kalau tak jadi memang nak kena la.. sib aku dah di sini, agak tenang, aman damai..

Hari nih ader meeting rasanya, td nampak bos-bos dah mula berkumpul msk bilik tu, mesti ader sesuatu. Just wait & see. Sementara tu mari kita berbloging.

2011

HAPPY NEW YEAR!!!
Kahkahkah.. dah 10 hari dalam bulan Januari tahun 2011, baru nak ucap selamat tahun baru..
Agak sibuk sejak masuk tahun 2011 nih.. sebab aper?
Sebab macam-macam la.. Yang paling penting sebab Jannah masuk Tahun satu la.. Agak kelam kabut jadual kami.. lepas 1 minggu baru boleh sesuaikan diri..
Jannah 1st day sek tak nangis.. cuma dia nangis pasal tak boleh beli makanan kat kantin masa hari pertama tu. Masuk 2nd day dengan senang hati makan bekal.. tak payah rebut..


Hari pertama mama dia ni la yg jadi peneman.. sungguh bosan la duduk kat sekolah tu sorang-sorang.. dia elok2 jer dlm kelas..
2nd day Babah dia yg hantarkan sampai dewan, lepas tu babah dia cabut balik.. alasan?? "Takde dah parent yang tunggu.." padahal ramai jer lagi yg tunggu anak..

Hari ni 1st day in 2nd week dia ker sekolah.. Time table pun dah dapat jumaat lepas..
berat gak beg sekolah dia pagi tadi.. Harap2 semua ok.