NUffNang

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Cameron Highland part 2

Sambungan lepas ke Bharat Tea yer..

Dari Bharat Tea kami naik lagi ke atas.. On da way nak ke Brinchang, jumpa Cactus Valley, singgah kejap, tak membeli apa2 pun, tgk2 lepas tu blah..

Sampai atas jumpa Time Tunnel, memang dalam rancangan maka kita masuk. Tiket tak mahal, dewasa RM5, kanak2 RM2 (Total RM14).. Puas la pusing2 dalam tu, Iman mula2 nak keluar, gelap katanya..  Apa la Iman ni..

Meh nak tunjuk sket gambar2 masa kat dalam tu. (dari H/P jer)

Area ni dia letak tin2 susu, mainan2 zaman kita dulu2..


Kakak sgt berminat dengan piano lama tu..

derang tgh tgk mercun & bunga api.

see..

Babah derang kata, masa dia kecik2 dulu dia sgt menginginkan game tu (hok ada button merah kiri kanan tu) tapi tak merasa sebab tak mampu.. kesian dia..

TiBi gini saya sempat dulu2 (itam putih gambarnya) ada pintu lagi..

Paksa Jannah bergambar dengan air botol lama2 nih..

See.. dah kata memang dia berminat sgt dengan piano ni..

Adik Iman pun nak jugak...

last but not lease, Jannah tingin nak bergambar atas trishaw ni..

Keluar dari Time Tunnel ni kami jalan skit kedepan konon nak masuk ke Strawberry apa ntah kat ujung tu, sekali nampak ada kedai makan, singgah dulu la nampaknya. Memandangkan memang kami tak makan lagi dari pagi jadinya memang masa untuk isi perut la kan.. 

Lepas tu lupa dah.. kahkahakaha... Pic banyak kat Camera, tapi sebab gatal tangan semua dah transfer kat lappy kat rumah, (cut ok, bkn copy) tunggu rajin nak bawa lappy baru ada tambahan gambar yg cerah sikit hasil dari camera.

Sambung nanti pulak la yer..

Thursday, July 19, 2012

Cuti Bermalas-malasan!!

Ayuh baca dan lihat activiti cuti-cuti kami kali ni.

Sebelum ni saya ada bagitau yang kami dapat voucher percutian percuma kan.. ha, ni la dia. Dari empat tempat yang dia bagi tu kami pilih yang tak dekat dan tak jauh sangat, dan jugak yang tak pernah kami sampai lagi.. (CAMERON HIGHLAND)

Mesti ada yang kata, "ala.. apa la sangat pergi Cameron." Tapi bagi kami yang sangat susah nak pergi bercuti ni dah syukur sangat la dapat pergi Cameron tu kan.

Tak payah cerita banyak la yer..

Pagi Khamis tu gerak dari Puchong pukul 8.30am. Dari tol Putrajaya keluar di tol Tapah (RM24++) tak ingat brape yang plus2 tu.

Sebelum tu singgah R&R mana ntah sebab Abam nak luruskan kaki katanya. Dak Iman memang sangat behave masa ni, pukul 9++am dia dah ngantuk & sambung tido. Sampai R&R tu baru bangun pulak. Trus pegi buang sisa dulu. Gerak balik makan telur rebus hasil tangan babah dia. Mujur Babah tergerak hati nak merebus telur subuh2 tu.

Habis 2 biji telur rebus dia start suruh nyanyi. Ades la anak.. Kakak macam biasa bosan, bagi main PSP tak jalan dah, akhirnya games dalam handphone mama jugak yang derang lapah.. kihkihkih

 ok, dah sampai.. tapah kot..

Jom amik pis syok sendiri (sial la tgk kakak Jannah tu, suka wat cacat gambar)


Ok, sambung lagi, sampai keLata Iskandar kami berenti kejap, babah beli stok air & makanan untuk anak2. Takut derang lapar katanya. Syabas Babah sbb ingat kat kami yang sentiasa lapaq ni.

Sempat snap pic dari dalam kereta je la masa kat Lata Iskandar tu, malas nak keluar, kalu keluar kang entah bila pulak budak2 nak masuk kereta semula.


Jadi la kan dari takde langsung.

Teruskan perjalanan yang penuh berliku dan corner yang gerun & ngeri. Tapi best sebab tak panas. Segar sangat sebab dapat tengok pokok kiri kanan jalan. Dari sini Nur Iman dah mula tak sedap perut. Asyik kata sakit perut. Mujur la mama dia ni dah stanby segala mak nenek minyak dalam beg Doremon mama ni, cepat2 sapu minyak Yuyi. Tapi masih tak dapat legakan ketidakselesaan dia. (poor Iman)

Jannah maintain cool, kejap2 baring, kejap2 kang duduk pulak. Sampai Ringlet berenti lagi, babah nak isi minyak kasi penuh tank katanya. Sebelum tu Nur Iman dah muntah dah. Mujur dia bagitau dia nak muntah. Sempat buka plastik kasi tadah..

Dari Ringlet ke Tanah Rata masing2 dah tak banyak bunyi, penat dah kot. kihkihkih.. Kami tak berenti pun kat Tanah Rata, sebab target memang nak terus ke Brinchang. Tapi Sempat berenti kat Bharat Tea amik2 gambar sat.

 masa ni babah tak berapa nak turun, tak nak penat katanya..


 Hasil pujukan anak2, babah mengalah


 Saya yang excited..


 Motif korang menonggeng anak2?



 Iman yang sibuk nak petik daun teh tu


 Derang pun eksited sama mcm mama..


Dah naik, muka babah penat..


Iman membuang sisa lagi, ni lps keluar, sempat lagi ko nak bergambar yer nak?


Kami yang separuh semput panjat bukit, (ada jalan elok nak cross bukit gak)

Ok, sampai sini dululah kisah part 1 Cameron kami yer, nnt sambung kat part 2 pulak..


 

Saturday, May 26, 2012

PVC + Free Voucher

Last week 15/5/12 dapat call dari Palace Of The Golden Horses invite kami datang dengar pasal PVC dan akan dapat Free Voucher for Holiday. Memula malas nak pergi, tapi last2 pergi jugak.

Dia punya sessi Khamis, Jumaat & sabtu. Kami decided pergi hari sabtu pukul 11am. Sampai sana dia suruh isi form, then Emma yang entertain kami, di bagi nyer kami minum teh & kopi + nasi goreng. Lepas tu dia bawa kami pusing2 POTGH tu, tgk bilik dan naik bot ker Mines Wellness Hotel. Cantik der.. tapi malas nak amik gambar bagai. Ada la few pic atas bot, nnt2 je la muat naik.

Ni ada satu dalam phone, itupun cuma gambar Iman & Babah dia.


Naik bot dan tour ni free ok. Tapi lepas tu dia tny la kami nak join ker tak PVC ni, memang tak la jawapannya, mana mampu mak nakkkk... kuikuikui...

Kami balik bukan dengan tangan kosong, dapat la Free Voucher Holiday ke salah satu dari 4 tempat yang dia bagi tu. (bila nak pegi nih?)

Ok la tu kan, saper nak bagi benda free zaman sekarang ni kan.


Wednesday, February 15, 2012

Trip kuantan pekan lagi

hahahahaa....
tak habis lagi cerita ke Kuantan ritu, lepas rasa tak best yang menggangu jiwa masa kat Pantai Cherating kami decided ke Balok. Kita tengok apa yang ada kat Balok pulak.

Sampai sana tengok orang ramai, i biasa la.. Mula nak tunjuk stress. Memula lepak tepi pantai jer, pehtu tengok ada orang mandi kat pantai, lagi pulak Laut dia tak jauh sangat dari pantai. Makanya pergi la ke gigi air. Memula bebudak celup-celup kaki jer, lps tu minta nak basahkan punggung plak. Ok la bagi je la budak berdua ni mandi air kuning tu.

Dak Iman macam biasalah, kemain takut nak pijak pasir, Jenuh angkat & acah-acah kaki dia ke pasir tak di maunya. Last2 tinggal kan aje dengan Tok Wan & Atuk kat situ. Tapi mana leh tahan tengk kami main air. Tok dia bawa jugak dia ke Gigi air, mula2 kasi celup sikit kaki lps tu biarkan dia main sikit2 air.. tapi sudahnya....


Sibuk Jannah tunjuk siput kat Atok

Hahahaha... melungkup Iman dalam air

Tiga beradik yang enjoy main air kotor

Setelah berjaya pujuk supaya naik ke darat
Dak Iman buat "PEACE" tp jari yg kecik mcm tgh nak korek idung


Saturday, February 11, 2012

Balik Kampung!!(Ahad)

Ahad pulops bersiap awal pagi (tak awal mana pun) dengan harapan kami sampai tempat yang ingin dituju awal.

Begitu begini pukul 10am baru gerak, Abah, Jannah & Aqilah naik kereta adik, Emak naik dengan kami. Pusing punya pusing tak jumpa tempat yang di cari. Call sana sini akhirnya jumpa.. Cherating, indah khabar dari rupa. Tak best mana pun. Ke kami salah tempat.. Entah la


Baru sampai.. best sebab angin sangat kuat

Makan, pun beratur, bagus sungguh
Budak berdua ni awal-awal dah kalut nak terjun laut
Budak sorang ni pulak tido kemain lena, kejut pun tak nak bangun

Balik Kampung!!(sabtu)

Dah lama tak balik kampung. (2 bln ++)lama la tu kan. Ada rancangana sebetulnya.. Sepatutnya masa CNY tu tapi sebab kami tak dapat balik time CNY tu kena la tanggung sampai cuti Thaipusam ni.

Mujur Cuti bersambung-sambung, dapat la bercuti tanpa perlu mohon cuti, udah ler cuti seciput.

K.long & Family tak dapat join sebab banyak hal la.. Salah satunya Ayah suaminya (Besan Abah) Pakcik Yusof meninggal..

Sabtu balik Jengka, keluar rumah pukul 10am. sampai karak tetiba Sesak. Ah sudah apa haal lak ni, rupanya orang tengah repair jalan.


Dalam 30 minit gak la gerak pelan.. lepas tu lancar sangat la pulops.

Sampai Temerloh singgah beli Ikan Patin. Memang selalu beli kat sini kalau balik Jengka.

Tu Abam Roi baju biru tengah membeli ikan.

Sampai rumah trus hentam makan nasi. Lapor beor dah memasing. Kebetulan mak masak lauk pelik-pelik lagi la laju kami membahan.



psstt:0 :- Korang pernah makan kulit nangka jeruk tak.. hrrmmm sedaapppp..





Monday, January 30, 2012

Masquerade Party


Cebisan cerita dalam cerita ke PD tadi.

Family day dia sekali dengan annual dinner. Theme nyer adalah MASQUERADE. Pegi la kejap ker pekan PD mencari baju Dinner. Motif membeli baju disaat akhir? Konon nak beli sebelum ke sini sekali orang tu sibuk sangat sampai tak sempat nak mencari. Harusla mencari di sini aja.. Mujur jumpa satu kedai namanya "PEACE", dapatla selai dress chiffon. Saya beli warna peach. Rambang mata tengok warna2 nya. Ambil keputusan suruh Jannah jer pilih warna. Gambar?? nan hado... mood kelaut masa kat PD nun, malas nak snap pic bagai.

Ini la gambar bebudak ni bertopeng.




CNY 2012

Venue: Tiara Beach Resort, PD
DAte: 21-24 Jan 2012
*HZN Family Day


Budak ni kerjanya naik turun jer. Takut masuk pool katanya ada "fish"
Tengok la tu, saya kat atas tu tengah gelakkan orang
Kakak bosan, adik tolong sejukkan.
Muka budak bosan.. baru duduk sekejap dah bosan
Kena la naik bilik, bebudak besar ni lagi dasyat bila buat perangai. Tengok game dari atas jer la. Mujur apartment tu kami jer yang duduk..
Keseluruhan tak best langsung. Bosan sebab asyik kena tinggal dengan laki jer, sibuk sangat kunun ngan kerja-kerja dia tu. Jadi committe jer pun..