NUffNang

Thursday, December 31, 2015

ANDAI SAAT ITU

Minggu-minggu yang menyakitkan..

..Setiap pagi saya tanya diri saya, mahu teruskan atau tidak. Hati rasa hiba. Lalu saya biarkan sahaja, biar masa yang menentukan semuanya. Dalam kamus hidup saya, tiada perkataan paksa dan tidak pernah saya paksa sesiapa untuk melakukan sesuatu kecuali saya paksa diri saya sendiri menelan segala-gala yang pahit atau sebaliknya.

Rasanya setiap tahun subjeknya tidak pernah berubah, sampaikan kami tidak lagi bercakap tentang itu sama ada dia buat tidak tahu atau saya yang pendam sendiri dalam hati. Semuanya terlalu melukakan.

Saya rasa saya tidak akan lagi bercakap tentang perkara itu, biarlah... kerana saya tahu sampai masanya nanti, semuanya akan terurai. Masa akan menentukan semuanya, antara cepat atau lambat. Itu sahaja.

Saya harap Tuhan tidak lupakan saya sebagaimana saya tidak pernah lupakan Dia.

Mungkin belum masanya dan saya perlu bersabar lagi. Sabar ini yang kalau diukur entah sampai ke mana, mungkin sudah cukup panjang untuk mengelilingi bumi sampai ke matahari.

Doakan saya supaya hati saya kuat.

Saya sedang melalui waktu-waktu yang terlalu rapuh. Saya takut saya tersesat jalan. Saya takut saya hilang arah. Saya tak mahu hilang dalam kegelapan.

Untuk awak....

Saya tidak pernah mintak bulan dan bintang sebab saya tahu sultan pun tidak boleh capai bulan bintang untuk dirinya. Saya tidak pernah mintak intan berlian kerana saya tak mahu kecewakan diri saya sendiri. Saya tidak mau lagi minta apa-apa... kecuali satu...

Saya harap kita akan bersama.. satu waktu nanti.

Sampai nanti.


p/s: saya pun mahu perhatian jugak :(

Love,
Ziel

Kau dan Aku

Lately saya rasa saya banyak sangat memikir. Otak busy berfikir tapi fikir apa pun tak tahulah. Fikir benda-benda yang menakutkan diri sendiri.

Thank you Yam sebab selalu ada dan buat aku gelak. Kadang saje jek gelak macam orang gila tak ingat dunia sebab nak lupakan apa yang ada dalam kepala walhal hakikatnya lepas gelak fikir balik benda yang sama. Tapi kitorang selalu la macam tu, fikir diluar kotak kewarasan manusia biasa sebab kitorang perlu gelak.

Bukan semua benda kita boleh share dengan orang, sama macam bukan semua benda saya boleh tulis dengan bebas dalam blog ni. Banyak hati yang perlu saya jaga dan hormat.

Yam tahu apa yang saya mahu dan dia selalu ada idea yang neutral. Kalau dia tidak setuju dengan pendapat saya, dia akan beritahu dan saya juga bukanlah orang yang sentiasa mahu menang.

Saya cuba faham awak walaupun saya terpaksa ikut jalan yang berbelit. Saya cuba ikut rentak awak walaupun ada waktunya ia sukar ditebak dan canggung.

Saya perlu fokus dengan apa yang saya mahu. Saya perlu beri lebih perhatian dengan apa yang saya buat. Saya rasa kita sendiri perlu melihat dan merencanakan apa yang kita perlu dan mahu, bukan dengan menunggu orang lain yang lakukan sesuatu untuk kita. Dalam dunia ni kita perlu jadi selfish tanpa menyusahkan orang lain.

I truly believe that I am on the right path.


Love,
Ziel

p/s: percaya padaku

Wednesday, December 23, 2015

S I L L Y M E

Ini entry sedih *pada saya la

Last saturday saya bekerja, As usual, setiap pagi adalah hari baru bagi saya. Semua yang pernah jadi pada hari sebelum tu saya tinggalkan dulu. Hadap dulu current situation. Tapi pagi tu saya dah rasa tak enak dalam hati. *kadangkala gerak hati saya kuat.  takpa, kadangkala sebab perut kosong hati pun bergetar lebih.. Jantung pun dupdapdupdap *mcm ada org nak mai meminang plak  ahaksss

Balik rumah petang tu hujan lebat, sebelum gerak balik saja la text Mr. H, ajak ngeteh.. Sadly no reply. Takpalah.. saya faham. Trus zass balik rumah, lepak jap anak-anak ajak pi makan. Begitu begini balik la kami ke sarang..

Biasanya bila dah balik tu takda apa dah yang boleh saya buat melainkan tido. Anak-anak akan ambil alih telefon, Nak tengok upin ipin katanya. Kalau tak pun tengok cerita P.Ramlee. *Mereka sangat suka cerita P.Ramlee, siap boleh hafal dialog lagi okeh.

Tersedar pukul 1130 tu tgk telefon, gatal jugak nak stalk his friend punya FB. Nahhh!! amik. Sebiji-sebiji depan mata ni, sama macam yang saya selalu cakap dengan orang-orang keliling bila waktu saya dihimpit dengan soalan tentang perkara itu. "takpalah, tunggu la sampai Allah tunjuk depan mata kot dia berpeluk, bercium bergelak ketawa depan mata baru saya akan sedar." Sekarang Allah dah bagi pada saya apa yang saya minta. Nak kata sebab saya buat istikharah setiap malam pun mungkin jugak. Tapi saya selalu menafikan rasa dan petunjuk tu. Saya tetap sayang dia. Sebab sayang, saya butakan mata, butakan hati. *sedihnya.. sob sob

Saya bangun, duduk kat birai katil sambil tekup muka. Cuba paksa mata untuk menangis, tapi takda air mata yang nak keluar. Allahuakbar... kenapa ni?? waktu tu saya tak fikir apa, saya trus text Yam.. Tapi Yam tak reply, Tido dah kot mek ni. Kelip-kelip la saya sengsorang memikir apa yg akan jadi lepas ni. Dalam pukul 1230am mcm tu baru Yam reply.. HUaaaaa.. Yammmmmm!! aku sedih.. Takda apa yang Yam boleh cakap melainkan, "ko kena positif yam, ini masa dia give 200% commitment to his LOVE." 

Lepas meluah segala rasa kami sama-sama bangun solat Taubat pastu terus solat Istikharah. 
Yes, saya memang tak boleh pendam semua masalah saya sengsorang tanpa cerita pada sesiapa. Saya bukan macam kamu MR.H.  And You Should know "saya bukan pura-pura cinta kepadamu.."

Dan sepanjang malam saya tak mampu lelapkan mata.. Sampai subuh tu seorang sahabat yang pernah hilang text saya tetiba.. "Bangun solat dear, today is your late husband birthday. Lepas solat baca Yaasin yer dear.. Doakan yang baik-baik untuk arwah." Sekali lagi airmata berderai. Iman terjaga masa saya tengah mengaji, dia mai letak kepala kat peha. Masa tu Allah je tau betapa luruhnya hati ni. Dugaan apa Allah nak bagi saya lagi ni. 

Selesai semua Iman panggung kepala, "ma, mama rindu arwah Babah yer? Jangan nangis ea.. Allah kan ada." tapi dia sendiri nangis camana mana nak tak nangis. Anak, kalau lah kamu tau apa yang mama tanggung sekarang.. :((

Kami bersiap p Cycling kat Bukit Cahaya. 

Pesanan Iman sebelum kami keluar rumah, "Mama, jangan nangis lagi tau, nanti adik pun sedih sama. Adik takmo nangis, adik nak kuat macam mama.." Allah anakkk 

Jadinya sepanjang hari kami hanya senyum dan gelak. tak sempat la nak nangis bagai. hihhihi

~ Entry ini telah ditapis berhari-hari dan berkali-kali. Harap tak menyinggung mana-mana pihak. Juga tak memberi sentap pada yang berkait dalam cerita saya ini. Maafkan khilaf saya, 

p/s : saya rindukan Mr. H saya.. 







Saturday, December 19, 2015

#UNDUR

Masuk minggu-minggu terakhir dalam bulan Disember. Bakal jugak berakhir tahun paling perit rasanya. Harap sangat duka ini akan cepat berakhir.

Sekarang selalu terfikir dramatik and interesting jugak hidup saya ni. Dari ada semuanya tiba-tiba direnggut terus tanpa hint langsung. Satu persatu DIA ambil, Ditarik nikmat hidup ni tanpa belas *kalau tak cukup iman, akan ckp mcm ni. Tapi sebenarnya Allah dah cukup memberi belas pada saya. Saya je yang tak sedar selama ni.

Alhamdulillah, untuk bulan terakhir ni saya akan terus habiskan dengan tenang. Biarlah waktu yang ada ini saya habiskan dengan orang tersayang. *yang tak sayang saya duduk diam-diam.

Saya dah lama berhenti meninggalkan orang yang sayang saya. Saya belajar sesuatu, belajar bersabar, belajar menunggu dengan ikhlas hati, saya belajar untuk tidak tinggalkan sesiapa lagi selepas itu. Saya belajar setia pada yang satu.

Hari ini saya masih sabar dan setia pada yang satu. Hidup saya indah kerana dia ada melengkapi dan mewarnai hidup saya. Walau bagaimana hati kita terluka, kita cuba bertahan dan jangan mudah melatah. Sabar aje yang saya ada dan kerana sabarlah saya masih di sini.

Untunglah ada orang ambil berat bila kita sakit. Walaupun kadang dia tak tunjuk pun dia peduli.

Masa tu terus cakap dalam hati, a self reminder to yourself: jangan sedih, selama ni kau okay kan, tak payahlah nak kecil hati atau bandingkan kau dengan orang lain (walaupun sebenarnya hati tu dah separuh runtuh). Oh yes, it's hurt.

He's partially mine. I have nothing to worry about him cares about others. Betul tak tipu, walaupun kenkadang hati ada terselit secalit iri. Jealousy is norm. Semua yang kita punya hanyalah pinjaman, kenapalah kita nak bergaduh atas perkara kecil yang tidak ada hujung pangkal yang kukuh untuk dipanjangkan sampai jadi barah dalam suatu hubungan.

Saya tipu. Saya memang jelaous jadi tolong jangan cerita apa-apa dengan saya, saya tak sanggup nak dengar sebab bila saya tahu, saya sedih.


To my En. Chenta aka Mr. Boo- I Love You and I Miss You MUCH.. I need Hugss....



p/s: pls make my dream come true..







Tuesday, November 3, 2015

Sickness

Dia hanya mampu kata kesian tapi tak boleh buat apa-apa. Dia kata dia tak ada waktu kita sakit. Apa reaksi kita bila orang cakap macam tu? Kita rasa kita sakit macam menyusahkan orang pulak.

Saya tau awak berusaha berlari dalam hujan ke farmasi nak belikan saya ubat, saya tau kembang hati awak nak bgtau saya awak dah belikan ubat tu untuk saya. Maafkan saya.

Saya tak patut merungut macam-macam, saya kena sihat untuk terus pegi kerja.

Kecil hati?

Entahlah... Tapi memang dah kecut sangat hati ni. Kita ingatkan diri, jangan meminta-minta dan jangan berharap orang akan peduli tentang kita sebagaimana kita menjaga dia.

Dia masih boleh balas mesej, dia masih boleh jawab call, dia masih boleh angkut sebakul penuh kain nak pegi mendobi dengan keadaan dia yang sakit dah seminggu, tak teruk lagi tu. She can managed. *that's what he think.

Agaknyalah.

Rasanya kalau tetiba mati sensorang dalam rumah pun tak siapa tahu.

Dear Mr. Boo
Thanks for being here with me while I am sick and craving for attention.



Sekali lagi, thank you my dear and I Love You




Love,
Zila





Saturday, October 24, 2015

Sebab Saya Tak Sempurna


33 tahun dan masih belajar. Usia bukan pengukur seseorang itu akan matang dan arif tentang semua perkara.

I'm sorry if i hurts you. I'm sorry for Everything. I'm sorry :(

Saya banyak kelemahan. Saya tak sempurna. Saya perlukan orang-orang sekeliling saya untuk tegur saya, betulkan saya bila saya salah. Bukan turut sama merajuk dan tinggalkan saya. Kalau saya salah, tolong betulkan saya.

Tolong jangan penat dengan saya. Tolong jangan give up dengan saya.*walaupun saya selalu cakap merapu yang saya give up la, frust la. Jangan pernah lelah untuk ajar saya bagaimana untuk jadi lebih baik.. Sebab saya tak mampu jadi sempurna.

Maaf sebab saya selalu gagal mengawal emosi saya bila datang marah saya. Untuk dua hari ni, semakin menjadi-jadi perangai buruk yang entah bila akan berkurang. Maafkan saya.

Kelmarin saya buat keputusan untuk selesaikan hal-hal peribadi sendiri bukan sebab saya tak nak buat semua tu dengan awak.. Sebenarnya  I really need you at that time to be with me, I need someone to lean to, I need you to comfort me..

p/s: lap airmata *sob.. sob..









Life Is Tough,
Be Bold, Be Beautiful, Be yourself..

Banyak sangat kisah yang tertinggal, dalam masa dua tahun ni perjalanan hidup terus-terusan merudum. Dari segi kerjaya, hubungan sosial , keluarga.. Hurmmm.. tanpa henti diduga.

Alhamdulillah...

Owhhh.. susahnya nak buat entry tertunggak ni rupanya.

Lama tak guna otak untuk mengarang ayat, selalu main sembur je marah orang tanpa fikir. Ni bila nak buat ayat lawa-lawa berselirat hotak hakak. Haper niii!!

hari ni kiter kerja tau. Bosan macam nak muntah. Tahap dewa dewi bintang bergemerlapan sebenarnya.

p/s: Awaaaaa... saya rindu
p/ss: Awaaaaa... saya sorry sebab asik marah-marah tahap terjun kereta :))












I'M BACK!!

WOOT WOOT...

Serabut la haishh!!

Lama betul kena buang daerah sampai lupa kat mana asal jejak kaki bertapak..

Ini entry suai kenal. Bab baru dalam hidup saya. Mudahan semua lancar dan dipermudah sebab macam belum nampak indahnya duduk dalam situasi "Sharing Is Caring" ni. Tapi InshaAllah..

aikenduwit :P


Serius wa tak tau nak mula dari mana ni.. Ayarkkkk...