NUffNang

Wednesday, June 29, 2011

Panas!!

Apa yang panas.. tajuk pun ntah pape kan..

Kami ler yang panas, aircond bilik kami rosak dah 3 malam pun. Kami anak veranak kepanasan sebab rumah kami ni memang jenis panas malam sebab matahari turun pancarannyer tu tepat2 kena kat pintu & tingkap bilik rumah kami..
Kesian kat budak-budak ler.. Tengah-tengah malam mesti ada yang tendang2 selimut... Dah pasang kipas syiling & table fan pun masih terasa bahang panasnya tu. Malam pertama tu blh pusing 3 kali arah tido semata-mata nak dapatkan angin yang maksimum. Mustahil jer bunyinyer kan, takkan la sampai macam tu punya panas. Betul...
rumah kami memang panas, sedangkan kakak ai pun kata rumah kami panas. Abih nak wat camno, dah tu rumah yg kami pilih.. kena hadap la jugak. Boifren smpi bgn tengah malam pegi mandi sebab panas melekit katanya. huhuhu, tula ayg seruh kurangkan lemak2 tu tak mau..

Apa yg rosak: Rasanya compressor tu yg problem sebab kipas dia tak mau pusing. Kalau setakat blower dalam tu yg rosak or sumbat blh lagi la boifren repair.
nak repair ke?: Mestila nak, tp duit bahagian utk repair tu tak berapa nak cukup, kena tunggu dulu.
penyelesaian : Tgh pikir macam nak beli cooling fan mcm ni, lebih kurang mcm ni la, tp mungkin kecik sikit dari ni.


Dah 2 kali taip tetiba pc jem trus ilang. Damn, taip kali ke-3 dah lain ayatnya dari yang mula td.

Membuka Pintu Rezeki..

ASSALAMMUALAIKUM,
Tadi sambil-sambil check inbox mail terjumpa email ni, dah lama pun kat dalam tu, dari biar duduk dalam tu ai sorang jer yang baca lebih baik ai kongsikan kat sini, kot takder ramai orang nak baca pun ai sendiri blh baca selalu untuk ingatkan diri sendiri..

BERSAMA2 KITE AMALKAN....AMIN.........

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan lain-lain lagi. InsyaAllah
- Berusaha dan bertawakal.....insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha).....Mari kita cuba .Allahhuakhbar...

Insya Allah

Sunday, June 26, 2011

Hujung Minggu= ddk rumah

Assalamualaikum...

Agak banyak benda nak kena selesaikan hujung minggu kali ni, sebab sabtu keje kan jadi kain baju, rumah, baju sekolah semua kena selesaikan hari sabtu petang atau hari ahad. Makanya lps balik kerja semalam penyakit M tu mmg dah ada dalam otak, boifren pun kata takperlah.. buat kerja hari ahad jer la, ayang rileks la.. Memang rileks sungguh sbb blk kerja dia dah siap masak semua, tinggal makan jer.. Terima kasih yer Abang... Makanya lepas makan golek-golek ngan anak-anak sambil boifren ai install cabinet kat tepi dapur. Bertungkus lumus la dia sengsorang sambil kami golek2 atas katil dalam bilik sejuk..

Hari ni ahad bangun subuh terus wat keje rumah, minggu ni tak pergi jogging sebab boifren bagitau ada orang nak datang rumah beli carseat. Lepas selesai kemas rumah mop lantai bagai, sambil masak air & rebus barli tunggu boifren blk beli sarapan, sekali tgk2 api dapur tak dak api.. sudah!! Gas Abis la pulak!! cepat2 bagitau boifren srh dia bgtau kedai hantar gas lain, hais.. bnyk pulak benda nak habis time ujung2 bulan ni. Gaji lambat lagi ni.

Hari ni utk lunch ai masak simple2 jer, itupun pukul 3 baru kami makan. Tapi time tu masing2 mmg dah lapar sangat ler..
1) Sotong & Ikan Gelama Bakar
2) Ayam masak kicap
3) Kailan ikan masin
4) Air asam wat cicah benda2 yg terbakar tu.
Air kami minum barli yg rebus pagi tadi jer la... (Gambar suma tak der pasal siap masak, hidang trus ngap macam ikan piranha.

Malam ni ingat nak pg pasar malam beli donut gergasi & ayam rock jer la wat dinner.
Ok kengkawan chaw dulu, nak tgk bdk2 ni kejap, ngaper lama sangat mandinya.

Wednesday, June 22, 2011

ASTRO macam $!@%

Ok, nih entry marah-marah kat ASTRO!! memang aku sangat bengang ngan ASTRO nih, masalahnya bukan la apa sangat pun.. Aku terkurang bayar jer, baca batul2 yer kawan-kawan, TERKURANG!! Bukan tak bayar langsung, aku mengaku aku terkhilaf masa buat payment tu awal bulan td, sbb jenis aku nih tak bawa bill rumah ke opis, makanya aku bayar bill suma ikut ingat ingat je la.. Bukan banyak pun RM 13.50 jer kurangnya.
Tapi di sebabkan ASTRO ni memang cekik pengguna makanya hari-hari derang call henpon aku suh aku bayar.. Tak caya? Betul.. hari-hari mesin tu cakap omputih suruh aku make payment. Dan tadi setelah berhari-hari aku buat tak tau ngan mesin bercakap tu, maka hari ni takdela mesin yang call, tp dah tukar jadi manusia berbangsa india plak yang call. Nak di tegaskan disini, aku bukan bersikap perkauman. Saja jer nak mention.. Dan tak pasal-pasal minah tu kena jerit ngan aku..
Minah ASTRO=MA
Aku=A
MA: Selamat petang Puan, saya dari Astro.....
A: OOO... awak nak cakap pasal bill saya yang tertunggak tu yer?
MA: Yer puan, puan dah buat bayaran ker?
A: Korang ni memang kecoh la, bill saya tertunggak RM13.50 jer, tp hari-hari call
bila saya bayar lebih takder pulak korang nak call ucap terima kasih sebab saya bayar lebih dari yang sepatutnya.
MA: Saya hanya buat kerja saya puan.
Terus minah tu letak phone
Aku pun satu.. yg tetiba pg jerit kat minah tu apahal, iyer.. aku mengaku aku memang agak kurang sabar kalau bab-bab orang call mintak hutang tak nyempat-nyempat nih.
Kalau siaran ASTRO tu bagus sangat takpela jugak, ini bila hujan langsung tak boleh tengok. Macam cial jerk.. Ni kalau mak tak dapat tengok TV kat kampung nih sah-sah la salah aku sebab gi marah minah ASTRO tu tadi. Kot-kot la dia bengang sbb aku marah dia td trus dia suruh org department yg wat kerja potong-potong nih potong line TB mak.
Utang bank yang ribu-ribu tu pun tak call hari-hari, klu deme call pun sekali jer untuk remind kita..

Pokok by Meet Uncle Husin feat HAzama

Best lagu nya, dah agak lama dengar tp baru sekarang rasa nak post kat sini, jom sama-sama dengar, liriknya pun sesuai la ngan manusia skrg kan, suara Hazama pun ok, Lagu nya fast tp sedap jer telingar ai dengar, bnyk kali ulang tp masih nak ulang.....

So, enjoy



Tuesday, June 21, 2011

Makan Malam

Menu makan malam kami hari ni (mlm td la kiranya) mmg simple, mmg tetiap hari menu kani mmg jenis satu lauk & satu sayur..

Ikan Cencaru goreng taucu, Febret Boifren ai nih.

Sambil kami makan tu Si Iman mula buat perangai, memula tu elok jer ddk kat high chair dia sambil makan ikan, bila dah bosan mula buaat orang angin, nak basuh tgn la, nak mkn limau la.. malas nak dengar dia melalak ikutkan jgkla kehendak dia.

Ni snap curi-curi dari belakang, tapi..

memang tak blh nak nyorok la klu dah terang tetiba atas kepala dia, trus ready suh mama snap pi dia lg.. Sebiji oren tu dia sorang jer..

Kakak pulak mlm ni memang selera skit makannya, mau gak la bertambah nasi, sedap kot mama masak mlm ni, plak tu ada salad feberet dia.

Bila semangat bekerja berkurangan maka ai pun cuba cari sesuatu yg boleh buat ai tak terlelap kat depan pc nih. Hari ni sambil-sambil tetiba rajin nak mengedit blog ai yang tak berapa nak dikenali ni. Jadi inilah hasilnya:-
1) tukar background
2) tambah signature
3) masukkan calender
Lepas ni kena rajin-rajin update blog sbb blog dah cantik sket dari sebelum ni.

Mukjizat Bismillah..

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi).

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLA setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin
Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap
hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Anda ada dua pilihan sama ada:
1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah
SAW "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka
dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

MAHA SUCI ALLAH..

Monday, June 20, 2011

Tulun lah...

Argrhhh.. tulun2, ai dah takde mood nak siapkan kerja nih, bukan banyak mana pun tinggal 1 payment jer lagi.. tapi dah tak lalu nak tengok, pagi tadi kemain pulun process mana2 payment yg baru di sign oleh en. bos.. skrg nan ado.
Tadi sesambil baca blog orang baru tingat last sunday is Fathers Day. Tapi ai tak menyambut apa-apa pun, siap blh lupa lagi. Haih.. betul-betul takder mood la, sambil menaip entry ni pun boleh menguap lagi, banyak sungguh setan keliling ai ni. Terlibih makan nasi la ni. Pulak!! nak salahkan makanan plak yer..

Thursday, June 16, 2011

Al-Fatihah..

Malam tadi pukul 3am mak lang Sarimah ai call bgtau perkhabaran sedih, Nenek Putih & Pak Ngah Jelani telah pulang ke Rahmatullah petang semalam akibat kamalangan di selekoh bandar Jengka dekat dengan Kolam Pancing, derang balik dari pasar malam Kg. Awah. Nenek & Pak ngah meninggal ti tempat kejadian, kak Eton Isteri pak ngah pulak patah tulah peha & punggung, anak nya pula patah pinggang.
Dalam mamai-mamai tu trus tak ingat Jengka 13 tu sbnrnya kat mana.
Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang beriman dan di kasihiNya. Amin...

Cerita Semalam



ok lets story begin
Semalam ai mc jah, macam tak berapa sihat badan penat berganda-ganda (alasan jer), benornya ai nak tengok wayang ngan boipren ai, pujuk-pujuk boipren dia pun agree nak join ai mc, (teruk kan ai) maka lepas kami pegi klinik trus zass ker putrajaya (Alamanda). Sampai sana dlm pkl 11++, punya mencari panggung, rupa-rupanya tak bawah RASA tu jah, penat ai laki bini pusing2 Alamanda tuh.
Tengok punya tengok, survey punya survey akhirnya kami decide nak tgk Pirate of the Carribean in 3D, terkujat-kujat la ai nak membiasakan mata ai nih ngan image2 yang nampak real depan mata lepas pakai spek mata 3D tu kan.
Selesai menonton kami pegi tapaukan Big Apple Donut untuk tuan puteri berdua yang kena tinggal, harusla tinggal kan sbb mak paknya nak berdating berdua jer tanpa gangguan. Lepas tu trus la pulang ker rumah, tido sebentar sementara tunggu time nak ambil tuan puteri berdua tu. Ni rahsia nih, derang tak tau pun mak pak derang ni pegi berjalan tak bawa derang. kuikuikui...
Pkl 7 tu boipren ai bw balik budak berdua tu tetiba si Jannah cepat-cepat wat laporan, rupa-rupanya kasut dia hilang sebelah, udah balik sekolah kasut lain sebelah. Haih macam-macam, sib baik mood ai tgh ok klu tak harus jugak kena tu. Mujurla ada sepasang lagi kasut dia, dpt la dia ke sekolah dengan lengkap, klu tak pakaila kasut yg lain sebelah tu, dah la yg sebelah tu besar mcm budah darjah 4 punya kaki. Ok selesai cerita waktu siang.
Untuk malam tadi boipren ai belikan nasi goreng jer untuk kami, disebabkan ai diserang sakit kepala yang mencecah tapah giga, makan la kami anak beranak nasi goreng kampung unt ai, untuk boipren dia beli nasi goreng ayam, hasilnya memang mengenyangkan, Alhamdulillah...

Tuesday, June 14, 2011

Iman bila datang ofis mama..


cepat2 letak tangan kat dagu bila mama halakan kamera
posing la kokon-konon
buat muka menyerengih tu, nmpk hidung sejemput
Sandar kat peti besi bnyk harta
Tak payah taip panjang-panjang la yer, tgk jer gambar-gambar yang ada nih. Inila kerjanya bila ikut aku datang kerja hari sabtu.

Gangguan Tidur...

Hihihi.. mimpi best mlm td, tp bila bangun pagi terus sakit kepala.
Aku mimpi pasal Mahbob, sapa dia? Haa.. dia tu exboyfriend aku ler.. cinta pertama nih. Hensem.... Baik lak tu, kalau dia azan tu syahdu jer rasa, tapi jodoh aku bukan dengan dia.. Apa nak buat kan. Orang kata kalu kita mimpikan seseorang tu makna orang yang kita mimpi tu teringat kat kita, betul ker? Entah la. Itu orang kata, kalau cicak kata?
Takperlah, harap-harap dia berada dalam keadaan baik-baik ajer..