NUffNang

Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz Meninggal Dunia

Baru-baru ni mesti korang baca kisah ni kan, dah pg tadi ada dengar kat radia yg arwah masuk ICU. Bila sampai ofis rupanya dah meninggal pagi tadi. Alfatihah..

Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

Aleesya farhana Meninggal dunia akibat serangan jantung. Aleesya farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.

FLASHBACK

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.


Friday, July 29, 2011

Cik bunga dan angkatannya

Cik Puan Bunga dan suami sblm sedar keta salah parking
Cik Puan Bunga yg Legam
Anak Naib Juara yg obses dengan Air
Anak yg Juara
Suami Juara
Masih lagi cerita Floria, takder apa pun saja jer nak tunjuk gambar-gambar muka kami yang sememeh di panah matahari terik kat Putrajaya nun.

Bola

Disebabkan sekarang kita tak berhenti lagi sembang-sembang pasal bola, meh nak cerita kisah bola kat rumah kami.

Rumah kami dekat dengan kedai makan, jadinya kalau time ada match mmg havoc la, smpi dlm rumah boleh dengar derang bersorang, nak-nak klu tengok match luar negara, sah-sah la awal pagi bila dah awal pagi tu sah sah la orang sumer dah tido kan, meme tekejut la klu tetengah tido tu tetiba dengar sore org menjerit GOLL!!!!

Kisah malam tadi, Malaysia (Harimau Malaya) vs SingaPura (mmg kuat purak-purak)1st half kami tengok gitu2, memula tu nak tgk sungguh2, tp bila tgk cara derang main, pakwe ai kata, tukar channel la yang, sedih plak nak nengok derang ni main. Kihkihkih.. oklah. 2nd half pun gitu gak, ai lps 1st half dah angkut Nur Iman masuk bilik.. tido time, tp tetiba baru jer nak lelap dengar derang jerit GOLL!! udah tak pueh hati kuar gak tgk, ropa-ropanya Malaysia dpt 1 gol. Lps tu smbg tido semula.. dah tak dengar paper dah lps tu. Dlm hati confirm takde tambahan GOL utk Malaysia. Takpela, yg penting kita dah sokong kan. mereka pun dah main sungguh2. Lain kali klu jumpa SingaPura lg belasah jer cukup2, jgn kasi muka.

Pagi ni pegi keje macam-macam la dengar cerita pasal kepura-puraan pemain-pemain PuraSinga. kehkehkeh..Tak malu ker mereka menang dengan cara macam tu..

Apa-apa pun MALAYSIA BOLEH!! HAHAHAHA... tetiba mak meroyan plak di pagi jumaat yg sejuk indah ini. Sejuk sebab pukul 5.30am td hujan turun dengan lebat sekali di atas bumi Tuhan ini. Alhamdulillah.. Syukur atas nikmat dah rahmatMu Ya ALLAH.

Floria.. Cerita lama




Tgk gambar-gambar ni jer la yer.. Bnyk sbnrya tp macam tak rajin jer nak muat naik kat sini sbb bnyk pic munga-munga jer..


Thursday, July 28, 2011

Sambungan buai laju-laju

Ok ni sambungan entry buai laju-laju tapi versi Budak IMAN
Kali ni betul-betul punya buai sambil nyanyi lagu buai laju-laju. Enjoice!!
Abaikan suara-suara tambahan selain suara IMAN, fokuskan telinga korang hanya pada suara comel dak IMAN jer tau...


Punggung pun jadi

Meh tengok nih
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bukan apa-apa pun sebenarnya, saja nak tunjuk, budak2 ni punya perangai, bila babah terap jer mesti berebut-rebut nak naik belakang babah, sampai babah tengah tido pun derang panjang, tak dapat naik belakang punggung pun jadi.


Wednesday, July 27, 2011

buai laju-laju

Tajuk takde kena mengena dengan isi cerita, saja-saja taip gitu sebab ai tgh bosan.tak.tau.nak.buat.apa. Sebab mood 2 hari ni memang berbuai-buai. Entah ngape, mungkin sebab hari ni bendera merah berkibar tinggi kut.

Banyak benar cerita nak di ceritakan kat sini, tapi mood menaip dan mood mengarang ayat tak sampai-sampai. Udahnya peram jer la cerita-cerita tu semua dlm kotak memori sendiri.

Hari ni ada orang tu dapat gaji+bonus, hajat hati nak pow lebih sikit. Ujung minggu ni dengarnya ada sale kat SOGO, nak pujuk dia supaya bawa ai pegi shopping la. Ngapa SOGO? Yerla tahap tu jela ai mampu nak pegi pun, nak pg shopping ke ISETAN, GARDENS ot PAVI tu ai blm mampu, macam segan la pulak nak jejak tempat2 gitu dengan duit tarap-tarap tak berapa tebal mcm org lain kan. Udahle pakaian pun takat pakai T-shirt jer manjang kalau kuar, segan la mak noks!

Chow dulu la, nak menyambung baca e-novel ni hah.

Monday, July 25, 2011

Cerita Hujung Minggu

Oleh sebab kerja-kerja opis yang melambak tak buat sebab sibuk melayan korean movie atas meja minggu lepas dah siap maka hari ni rasa nak bercerita pasal hal-hal yang kami buat last weekend.

Sabtu (syok jln2 kali ni sbb Nur Iman tido jer sepanjang hari)
9am to 1pm, ai biasala kena kerja! balik kerja jemput anak-anak kat rumah kakak, Jannah ada kelas pengukuhan solat kat sekolah tp sampai pukul 12.30 jer.. Balik rumah mandi2 segala keluar semula ker ALAMANDA jer pun.. pusing2 konon nak cari CONVERSE tapi ropa-ropanya takde, Dlm perancangan pukul 5.30pm kena ambil hadiah kahwin DATO' kat PAn Pac KLIA, sekali dah pkl 4 gitu dato' call bgtau cancel sbb dia nak amik sendiri. Haish, ngaper tak kabo awal2, idakler kami2 ni jenuh round2 takder beli menda pun kat ALAMANDA.

Lepas tu trus la zass ker Sunway fulak, nak jugak tu terjah CONVERSE. Sampai2 parking punyala susah nak dapat, tapi memang rejeki.. ada la jugak jumpa akhirnya. Level yg kami parking tu pulak memang ngam2 kedai CONVERSE kat level tu. Mudah pulak klu bab ngabihkan duit ni yer. Dapatla kasut boipren, kasut ai tunggu ujung minggu ni pulak. Nak beli kat Jannah tak der saiz pulak. Lepas dia antar kasut dia kat kereta kami pusing2 lagi, sambil tunggu dia sempat gak beli begpack untuk Jannah & Iman kat kedai tepi tu. 50% off tu yg beli tu. Gambo? kat bawah ni!!Sblm balik singgah makan kat Ah Cheng Laksa.

Ahad
Pagi rutin biasa, basuh kain, kemas rumah. Pukul 10.30am ai sambung tido biar boipren jaga budak2. Baru je letak kepala kat bantal dah dengar bedentum benda jatuh atas lantai disertai jeritan.suara.lunak.merdu.tahap.retak.dinding.rumah si Iman jatuh rupanya. Haish, mmg la org lelaki ni tak boleh wat 2 kerja dalam satu masa. Padahal dia elok jer ddktgk tibi, tak bolehker dia jeling2 kat anak tu. Haku lantakkan ajer biar dia pujuk anak dia sendiri.

Bangun tido tetiba rasa mcm nak makan POPEYE'S, tapi jauhla pulak kat TTDI nun. Kabor ker dia, dia kata jom, sekali bila dah masuk kereta tukar plan ker OIOI pulak, pun sama NUR IMAN tido jugak, (aperhal budak ni?) kenkonon bila dak IMAN tido tu bulehla kami ni nak nonton wayang, rasa hati nak nonton TRANSFOMER sekali tgk2 tiket da SOLD OUT. Frust lg NURJANNAH.. Pujuk dia ajak mkn kat A&W, sempat gak la budak cengeng tu nitik ayor mata, & sempat gak la ai bebel2 guna mimik muka kat dia sementara nunggu boipren beli makanan. NUR IMAN dah rugi 1X lunch kat A&W sbb tido.

Lepas mkn pusing2 beli baju selai dua kat JUSCO blk & singgah SUMMIT beli DVD TRANSFOMER(masa ni NUR Iman dah bangun). Tgk CD jer la akhirnya. Habis sumer blk rumah layan TRANSFORMER kat tibi jer la.

Selesai sudah 2 hari kami....

RAHSIA SOLAT


ASSALAMMUALAIKUM...
Mari mulakan hari ita dengan perkara-perkara yang baik yer..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur….

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.
bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

**Sebelum itu, bagi yang inginkan wajah yang segar, cerah dan berseri... ambillah wudhuk sekurang-kurangnya 5 kali sehari :)

Yang ingin diet pula, amalkan berpuasa sekurang-kurangnya 2 hari seminggu (Hari Isnin dan Khamis)

Bagi yang ingin menghilangkan stres, biasanya akan melakukan olahraga kan? Jadi tunaikanlah solat. Sesungguhnya solat itu seumpama olahraga tetapi solat jauh lebih baik daripada berolahraga :)


Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wednesday, July 20, 2011

Sapu sawang

Pagi ni masuk rumah ni yg dah lama tak berjenguk.. Banyak keje la pulak sekarang ni. Sambil sapu-sapu sawang sambil jala-jalan jenguh rumah orang. Ai tengah gila drama korea, dolu-dolu pun ai memang layan je citer korea, tp sekarang ni tahap melampau.. sampai keje-keje kat meja nih melambah ai boleh tutup mata wat tak nampak semata-mata nak habiskan tengok cerita korea. Melampau kan...

Pagi ni takder nak tengok apa, jadi sebab hati tengah gundah gulana maka Ai cecuba nak merajinkan diri masuk rumah Ai ni yg hampir 2 minggu Ai biar semak.
Nanti petang-petang sikit Ai hapdate cerita-cerita Korea yang Ai dah tengok.

Sunday, July 10, 2011

backdated posted

Comei tak ai, boifren snap pic ni.. wekkk, perasan kan
Aryssa sepupu ai, makcik anak2 ai, Iman geram tgk Aryssa yg bambam
Yang menghiburkan
pakcik ku sorang ni memang suka mkn kat meja pantin, mana tempat kawen mesti dia mkn kat meja pantin
Bakal adik ipar
Baru sampai, lepak dulu
gosip2 dulu, tgk molot ai yg menganga tu
Ini mak kami, ai malas nak rotate gambar
Ni pantin nya, pun ai malas nak rotate
Cerita sepupu kawen lagi.. tak nak taip banyak-banyak la, layan pic jer la yer...gambar2 yang ada ni tak tersusun, layan ajerlah yer..


Wednesday, July 6, 2011

Hujung Minggu, Part 3

Kenduri Kahwin (Rozila)
Opss.. Rozila tu bukan ai okeh, tapi sepupu ai yang sama nama tapi tak sama dari suma segi.. Ni kes makcik ai jeles kat mak ai la ni.. nama anak pun nak letak sama, sib baik la ai lagi comei dari sepupu ai nih.. kuikuikui..

Kenduri kat Sungai Besar (kampung Nelayan), lepas habis larian kat sekolah Jannah trus balik rumah bersiap & gerak ker sana, kami ikut jalan Ijok tu. Mula-mula agak was-was jugak sebab tak pernah ikut situ, takut pulak kot-kot nanti sesat barat kat, tapi mujurla tak sesat.

Sedang elok sampai jer pengantin tengah bersanding kat bawah, ramai jugak la jemputan yang datang memeriahkan majlis, cuaca panas tapi sebab dekat dengan laut & khemah pun ada kipas jadi tidakler kami-kami nih kepanasan.

Lepak-lepak lebih kurang tunggu mak lepas rindu dendam kat adik beradik dalam pukul 4 mcm tu gerak balik Puchong semula. Sebelum tu pusing-pusing pekan Sungai Besar kejap beli goodie bag utk majlis adik nanti. Harga kat sana ok la..

Lepas tu terus zass balik ke puchong ikut jalan biasa.


Tuesday, July 5, 2011

Hujung Minggu, Part 2


Cerita Dua
Larian Satu Murid, Satu Sukan, Satu Malaysia..

Mula-mula ingat nak lari separuh jalan jer sebab kan rushing nak balik Sungai Besar, tp bila dah lari tu.. Alang-alang kan, habiskan jer la.. Kakak Jannah biasala.. kalau bab-bab berlari ni kalau tak jatuh tak sah.. Gambar nya pun ni jer la satu..

Asyik pegang jer tangan dia yang luka tu.

Sampai semula dapat la 2 buku roti + drinking water 1 botol, derang ada sediakan makanan jugak untuk ibu bapa yang turut serta, tapi ai tak sempat pun nak tengok apa yang derang bagi sebab lepas Jannah bubuh ubat kat luka dia tu kami terus balik sebab nak bersiap untuk ke Sungai Besar pulak..



Hujung Minggu, Part 1


Hujung minggu lepas agak penat sbb bnyk tempat kena pergi..
Cerita satu.

Hari jumaat ai ambik cuti setengah hari sebab konon-konon nak selesaikan kerja rumah la sebab kengkonon nanti sabtu & ahad tak de la penat saangat kan..Sekali apa yang di rancang tak menjadi sebab tetiba banyak pulak aktiviti luar yang kami kena buat. Ok, mula-mula plan
1)Pergi Klang ambik apam comel berbintik kat kak Fifa, (Jadi)

Inila rupa apam tu, ai request warna hitam + pink..

2)Blk rumah terus (tak jadi)sebab.. tiba-tiba teringat macam nak makan nasi lemak sotong kat PKNS, boifren trus proceed ke Shah Alam..
3) Makan Nasi Lemak Sambal sotong sorang sebungkus.. pusing2 PKNS tu terbeli la pulak baju kurung cotton selai.. Dah murah, ai beli la..
3)On da way blk puchong rasa macam tak nak balik rumah lagi.. terus proceed ke IOI pulak.. Pusing2 Jusco konon2 kalau ada baju budak2 murah2 belila, sekali.. yang bnyk belinya boifren punya shirt, ai dapat selai shirt, utk budak2 beli tuala sorang selai+ pyjamas Iman sepasang..

Sampai rumah kakak mak abah dah sampai dari Pahang pun. Aduyai.. half day tak macam 1/2 day punnn.. Dinner kat rumah kakak ler... kuikuikui..