NUffNang

Friday, September 30, 2011

Puan Sabariyah masuk wad

Pagi semalam abah call, sesaja katanya sambil-sambil menunggu mak kat poliklinik, lama katanya sebab mak kena masuk air. Sembang-sembang lebih kurang, oklah... letak phone.

Malam tadi dalam pukul 10pm tu dah nak tido tgk ada missed call dari bakal adik ipar, sms dia tanya kenapa. Dia reply katanya mak masuk wad.. Pulak dah, pagi tadi abah kata mak cuma masuk air kat poliklinik jer. Takperla.. kalau abah tak call tu maknanya tak serius la.. Think positive. Tapi biasa la.. tido tetap tido, tapi kepala dok pikir, kenapa pulak sampai kena admitted kan?

Pagi ni awal pg trus call abah.. Abah kata mak admitted sebab takda gula dalam badan, kencing manis & darah tinggi, tapi takder gula dalam badan, camno tu?? Abah kata tak payah la balik.. Mak tu ok jer..

Hermmm.. malam 1hb ni ada "Malam Amal" kat sekolah Kakak Jannah.. kena attend tu sebab dah beli tiket, kesian pulak kat Jannah kalau tak pergi, esok pun pagi ada briefing pasal trip. My hubs kata kalau kita balik pun kita balik Ahad la yer Yang. Ai okey jerrr.

Cecepat baik yer mak

Yang tudung pepel tu mak kami.


on sunday morning

My hubs basuh kereta & kuda tunggangan
Budak kecik ni sibuk nak keluar, bila dapat join babah dia punya la suka
Mama pun sibuk nak join, budak kecik ni mood ok, suruh kiss pun nak (abaikan muka tak mandi tu)
Heroin mama
Jom kacau babah!!

Kakak tak join acara main air ni sebab dia sibuk nak layan hantu bonceng untuk kali yang entah ke berapa. Lepas tu malam mengigau kata adik geget kaki dia. Appara.. ingat adik tu Toyol ker hapa nak geget kaki dia. Gelak jer la kami laki bini..

Kisah Budak Penjual Kuih (jadikan pengajaran)

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

(this story is not mine,forwarded from my email so that i can share with you all)

(cerita ni bkn milik saya,saya cuma tlg sebarkan seperti yg saya dpt didlm email saya)

Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje, yg tak menghargai dan bersyukur dgn kesenangan yg dimiliki.




Friday, September 23, 2011

ini jer la yg ada

Tgk 2 bdk yg depan tu sama tak.. Lain mak bapak, tapi adik mahram
Anak gadis gueh, udah besar pun
Org kat dalam beraya, dia kat luar berbuai
Jiran depan rumah mak, tgk hubs ai tgh tahan gelak.. abah ai buat lawak
Ai yang kurus ker atau kak long ai yg gumuks. Kihkihkih..

i'm back!!

Kembali semula setelah sekian lama berhibernasi. Mungkin sebab rasa cinta tu kurang, maka rasa nak bercerita pun kurang.

Kirah Raya tahun ni paling suram, satu open hauz pun ai tak pergi. Duduk rumah layan anak-anak. Macam tak der semangat nak raya pun. Entah ngaper.. Hubs ajak gi rumah kawan-kawan dia pun tak selera, alih-alih dia pergi ngan Jannah jer, ai ddk rumah dengan Nur Iman. Gambor? usah di tanya... Nan Hado. Nanti la blk dari bercuti panjang ai masukkan banyakkk pic. itupun kalau teringat nak bergambo.


Tuesday, September 6, 2011

Tengok bebudak ni




Bila baik ini la rupanya, boleh je nak share apa-apa pun, tapi bila datang angin masing-masing, hancur.. Selalu Nur Jannah la kena mengalah ngan adik. Apa yang derang hadap? Game ler apa lagi.



Ni cerita lama

Hamper Raya

Banyak sangat peram gambar-gambar ni, sebab kemalasan dah ketidak mahuan untuk memuat naik ker pc ini. Itula yg jadi kat saya..







Ini jer yang kami dapat tahun ni, tak macam tahun-tahun sebelum ni, dapat yang besar-besar saiz Nur Jannah. Alhamdulillah, ada jugak kan.


Selamat Hari Raya!!

Lama bebenor tak menaip kat sini kan, malas amat benornyer saya ni.. bukan takder cerita nak di ceritakan.. tp tulah, kalau dah datang penyakit 'M' tu kena suntik ngan vitamin 'B' pun tak jalan.

Ai nak menyucapkan SELAMAT HARI RAYA ke kamu kamu semua andai ada salah taip ker, salah cerita ker, salah faham ayat ker kan. Raya kan sebulan rasanya tak terlambat lagi kut kan nak ucap selamat.

Raya tahun ni takder gambar raya sebab tak nyempat pun nak bawa keluar kamera dari beg. Sibuk amat ler kami kami ni kununnya.

Apa-apa pun selamat beraya yer.