NUffNang

Wednesday, February 29, 2012

Nasi Arab

Isnin 27hb tadi babah dapat gaji, dia tanya nak makan apa? kami serabut la bila bab pikir nak makan apa ni, dari nak order Pizza sampai ker Popeye's. Last dicision kita makan nasi arab je lah.

Benornya dah lama ngajak dia ke situ tapi macam2 alasan di bagi. Tapi kali ni nekad le kunun, kita hentam jer order apa pun, yang penting nasi. Kebetulan masa kami datang tu agak ramai gak la yang datang makan situ. Mungkin sebab hari gaji kut kan, sama macam kami.

Kami dua-dua order ayam, saya dah tentu la kalau boleh nak ngelak makan kambing, walaupun takde darah tinggi tapi tetap akan sakit kepala kalau makan kambing.

Babah order Teh Arab (rasa cengkih)

Nasi dia sangat banyak

Ini saya punya, see.. Iman sedang cuba mengambil nasi mama

Jannah takde dalam ini cerita sebab dia ke kelas Tuisyen. Kami tapaukan dia Subway jer. Lepas ni nak menjejak makanan apa lagi yer??

29 Feb 2012

Owh, hari ni 29 Februari 2012, tahun lompat katanya, Empat tahun sekali jer ada 29hb ni.

Saya kembali setelah lama tak de mood nak menaip di sini. Sibuk le kunun-kunun. hihihi...

Tadi saya dapat Nasi lemak terakhir dari makcik yang jual nasi lemak tpi jalan depan petronas tu. Kesian kakak sorang tu x merasa. sib baik dia tunggu tak lama. Makcik tu sedekah kat saya kuih karipap & kuih gelang. Balance yg tak habis tu. Terima Kasih yer Makcik.


Wednesday, February 15, 2012

Trip kuantan pekan lagi

hahahahaa....
tak habis lagi cerita ke Kuantan ritu, lepas rasa tak best yang menggangu jiwa masa kat Pantai Cherating kami decided ke Balok. Kita tengok apa yang ada kat Balok pulak.

Sampai sana tengok orang ramai, i biasa la.. Mula nak tunjuk stress. Memula lepak tepi pantai jer, pehtu tengok ada orang mandi kat pantai, lagi pulak Laut dia tak jauh sangat dari pantai. Makanya pergi la ke gigi air. Memula bebudak celup-celup kaki jer, lps tu minta nak basahkan punggung plak. Ok la bagi je la budak berdua ni mandi air kuning tu.

Dak Iman macam biasalah, kemain takut nak pijak pasir, Jenuh angkat & acah-acah kaki dia ke pasir tak di maunya. Last2 tinggal kan aje dengan Tok Wan & Atuk kat situ. Tapi mana leh tahan tengk kami main air. Tok dia bawa jugak dia ke Gigi air, mula2 kasi celup sikit kaki lps tu biarkan dia main sikit2 air.. tapi sudahnya....


Sibuk Jannah tunjuk siput kat Atok

Hahahaha... melungkup Iman dalam air

Tiga beradik yang enjoy main air kotor

Setelah berjaya pujuk supaya naik ke darat
Dak Iman buat "PEACE" tp jari yg kecik mcm tgh nak korek idung


Tuesday, February 14, 2012

Try test mr H

Kemain jakunsss kami kan

Kakak Jannah yang banyak hal.. Sayang dia lebih!!
Habis tarik senyum dak Iman
laki pun kemain....
Hahahah... cam haremmmm je kan. Takperla, Bak kata laki. "tak mampu beli merasa naik pun jadila. Sempat la ronda-ronda dari Puchong-damansara-subang jaya. Best turrr



Angry Bird!!

Budak ini pun dah terkena angin Burung Marah tu. Adoiiyaii.. semuanya bermula masa i beli h/p baru akhir tahun lepas, sesaja upload aplication games Angry bird tu. Kemain la dia gigih nak main menda tu.. (Tak reti pun benornya)

Hasilnya, baru ni bawa dia ke pasar malam (sbb skrg anak2 ddk kat taska, segan plak nak ambil lmbt)dan ada pulak orang jual belon plastic bentuk binatang tu. Udah sepanjang panjang pasar malam tu asyik menyebut ajer. Akhirnya babah mengalah, belikan jugak sekor. Terus ok jer bila mama ajak tunggu babah dalam kereta jer. Sebab babah nak beli ikan.



Ini la budaknya, sanggup posing sbb dah dpt apa yg dihajati.





Xdek mood

Sedang menghadapi hari-hari yang tak best. Bosan macam nak muntah. Sib baik Abam Roi banyak bagi kasih sayang.. Agaknya kalau kurang kasih sayang mau cuti panjang nih..



Tak pernah teringat pun tarikh 14/2 ni. Pagi tadi pun tak perasan.. Seperti ayat di atas. Hari-hari i dapat kasih sayang dari orang-orang yang sayangkan i.

Dua tiga malam ni Nur Iman sangat rajin menyembang sebelum tido, tapi sembang cara dia, sepuluh perkataan dia cakap 7 jer i faham. Ok la tu, dah ada peningkatan.. cuma kadang-kadang tak faham pun apa yang dia dok cerita tu. Akhirnya i sembang jer benda yang konon-konon ada kaitan dengan cerita dia tu.

Jannah dah start tuisyen sejak 2 minggu lepas, jadinya dari isni hingga rabu dia sangat sibuk.


Saturday, February 11, 2012

Balik Kampung!!(Ahad)

Ahad pulops bersiap awal pagi (tak awal mana pun) dengan harapan kami sampai tempat yang ingin dituju awal.

Begitu begini pukul 10am baru gerak, Abah, Jannah & Aqilah naik kereta adik, Emak naik dengan kami. Pusing punya pusing tak jumpa tempat yang di cari. Call sana sini akhirnya jumpa.. Cherating, indah khabar dari rupa. Tak best mana pun. Ke kami salah tempat.. Entah la


Baru sampai.. best sebab angin sangat kuat

Makan, pun beratur, bagus sungguh
Budak berdua ni awal-awal dah kalut nak terjun laut
Budak sorang ni pulak tido kemain lena, kejut pun tak nak bangun

Balik Kampung!!(sabtu)

Dah lama tak balik kampung. (2 bln ++)lama la tu kan. Ada rancangana sebetulnya.. Sepatutnya masa CNY tu tapi sebab kami tak dapat balik time CNY tu kena la tanggung sampai cuti Thaipusam ni.

Mujur Cuti bersambung-sambung, dapat la bercuti tanpa perlu mohon cuti, udah ler cuti seciput.

K.long & Family tak dapat join sebab banyak hal la.. Salah satunya Ayah suaminya (Besan Abah) Pakcik Yusof meninggal..

Sabtu balik Jengka, keluar rumah pukul 10am. sampai karak tetiba Sesak. Ah sudah apa haal lak ni, rupanya orang tengah repair jalan.


Dalam 30 minit gak la gerak pelan.. lepas tu lancar sangat la pulops.

Sampai Temerloh singgah beli Ikan Patin. Memang selalu beli kat sini kalau balik Jengka.

Tu Abam Roi baju biru tengah membeli ikan.

Sampai rumah trus hentam makan nasi. Lapor beor dah memasing. Kebetulan mak masak lauk pelik-pelik lagi la laju kami membahan.



psstt:0 :- Korang pernah makan kulit nangka jeruk tak.. hrrmmm sedaapppp..





Friday, February 10, 2012

Baru lagi!!

Bukan apa pun, benornya dah lama kami ni sakit badan-badan bila bangun tido, nak membeli asyik la lupa, kalau tak lupa pun duitnya kurang.. dan macam-macam lagi la.

Akhirnya cekalkan hati butakan mata keluarkan sedikit duit yang tak seberapa bayar harga sebijik tilam. Bukan mahal mana pun tapi sebab jenis bernanti-nati tu yang tak terbeli-beli tu. Dapat le sebijik yang murah-murah. Jadi la kan...


ini ler dia. Tiada lagi sakit belakang.. kuikuikui


Giler kentang la.. Sumer benda nak baru ni, sudahnya nanti cabut bulu wat bayar harga makanan. (klu ler boleh mcm tu kan..)

P/S: blm mampu nak beli VONO

Thursday, February 9, 2012

Mari memasang..

Kesinambungan dari ke Ikea membeli computer rack tu kan, makanya kena la memulakan sesi pasang memasang. Udah beli yang sangkut kat dinding kekdahnya.

Gambar selingan, Thermo Pot tu wat ganti ceret yang dah tanggal penutup mulutnya. Periuk Nasi tu dapat masa Dinner kat PD ritu.

Ini baru gambar sebenar


Jenuh mengukur ikut keselesaan Jannah
Ok, dah nak siap
Akhirnya siap jugak

Jadilah sesuai dengan ruang rmah kami yang comel tu. Sebelum ni semua benda buat atas meja makan. Bila masa makan jenuh ngemas sumer benda dulu baru boleh makan.





Cerita lama-lama

Sejak-sejak kurang orang di tempat kerja ni, maka bertambah la kerja saya kan.. Takperla, derang dapat yang lagi best, biarlah mereka pergi.

Apa sebenarnya nak cerita eh??

Okey nak cerita pasal menambah barang dalam rumah. 2 minggu lepas punya ahad, dalam mood merajuk ngan laki pun sempat lagi laki bawak ke Ikea nun. Nak pujuk ler tu. Tapi tulah, merajuk la tang mana pun kalau bab perabih duit ni serah la.. memula macam tak nak sekali ter'nak' pulops.

Ini jer pun yg kami beli..
Meja Computer ni. (ntah apa nama)
Stool ni wat tambah koleksi
Ini untuk meja tu.

Kerja-kerja pemasangan dalam entry satu lagi.

Balik dari Ikea singgah beli durian. Sampai hari ni ada lagi durian dalam peti ais tu. Nak try buat tempoyak la balik nanti.




Thursday, February 2, 2012

Weekend=Penat

Biasala la kan bila hujung minggu takde lain kerjanya clearkan rumah yang macam tempat pembuangan sampah. Lagi besar budak iman tu lagi handal dia menyepahkan rumah. Dia sorang pun jadi. Oleh sebab dah berapa kali hujung minggu kami keluar makanya hujung minggu kali ni kononnya nak duduk rumah kemas rumah.

Kain dalam bilik tu dah nak sama tinggi dengan katil. Punya la banyak tak berlipat, malam sabtu tu gagah la saya melipat mana yang mampu dengan bantuan CIk Abam & Jannah.(derang tukang terbalikkan jer) ok la dari tak membantu langsung kan.

Tak dapat juga nak habiskan semua malam tu, maka sabtu tu bangun awal macam hari kerja biasa dan habiskan melipat kain baju yang tinggal. Selesai semua bersiap pegi kerja pulak. (stress bila kena kerja hari sabtu)

Balik kerja kononya nak trus amik budak-dari rumah k.long. Tapi.. sebaliknya, terjengah pulak ke Karnival buku Karangkraf.. kuikkuikui. Sangat ramai orang. Sampai rumah K.long Pkl 3++. hihihi. Dapat la novel 2 biji, buku cerita untuk bebudak ni 5 buah & 1 buku resepi desert. (entah bila aku nak try buat)

Masa sampai tu kebetulan K.long dapat berita sedih. (Ayah mertua nya Meninggal Dunia)~
Al-Fatihah...

Begitu begini sabtu tu kami kepenatan.




Pizza Hut Tasik Prima Puchong

PH ni dah lama buka pun, tapi kami ni kan susah benor nak makan kat luar sejak-sejak ada dak Iman tu. Renyeh sangat budaknya.. Tapi sebab kebetulan "duit tengah banyak" dan Kakak masih bercuti gagahkan jugak la try makan kat sini. Besar rupanya tempat ni, sebab dia combine dengan KFC.
Dari semua aspek ok la tempatnya, cuma ruang antara meja tu kecik sikit, udah makan malu-malu ayam, sebab dekat sangat dengan meja orang sebelah. Orang sebalah tengok je kome2 ni pelahap makanan pasai deme punya order blm sampai.. kuikuikui
Toilet pun ok.. Motf tetiba crita pasal toilet??
Biasa la Nur Iman asal makan kat luar jer mesti dia membuang diam-diam, tau-tau dah busuk jer. Geram tau dak ni! Tu yang kena gak menjengah ke Toilet tu.

Kami order Pepperoni, mashroom sup, spagheti meatball & chicken wing.

Dak Iman ni makan dagingnya saja, rotinya ngak mau
See.. the budak nakal
dia lagi.,.
Kakak Jannah & babah (kemain lg babah melantak)