NUffNang

Tuesday, April 17, 2012

Orang ni macam-macam


Hari ni nak buat sessi luahan perasaan.

Ini perasaan aku yang tak berapa nak best bila masuk bab kerja. Kita ni kan dah ada tugas masing-masing, kekadang sorang kena buat 5 6 kerja, jadi pikirkan la.

Rasa nak meluah ni terjadi (eceh) bila si polan ini. (position as #narrR) yang rasanya banyak kerja.
minta aku tolong dia scan document. Aku punnnnn.. benda kecik ni pun nak kecoh kan. huhuhu TAPI!! dia jadi banyak kerja sebab :-
1. Office Hour 9-6. (datang tepat2 pkl 9am, kekadang 9++) balik dah tentulah 6++ jugak kan.
2. Dah la datang sharp2 / lewat.. sampai2 bukan nak buat kerja terus, malah lebih gemar on laptop tengok game bola atau baca surat khabar dulu.
3. Suka buat tak nampak bila aku letak document atas tray dia untuk disemak.. bila orang call tny payment blh plak suruh aku yang jawab.. (mau aku tak mendidih)
4. Dan BANYAK LAGI

Haishh stress dengan orang gini. (malas ah nak nilai2 orang ni)Buat tambah dosa jah.

Tapi dia sangat dengki bila tengok aku boleh duduk dendiam atas kerusi depan pc ni tak buat apa2. (kemungkinan aku tak buat apa2 tu adalah sangat kecil okey) mgkn masa tu aku tengah fikir blk ni nak msk apa.. hahahhaha

Dan baru sekejap tadi dia datang minta aku tolong scankan document untuk dia, bila mungkin dia tengok aku macam tak buat apa-apa. Helllooooo.. Encik!! meh aku list cara kerja aku ok

1. Msk kerja pkl 9am, tp pkl 8.10am aku dah ada dlm pejabat. (sbb tumpang laki kan) trus on pc
2. Aku akan clearkan barang2 atas meja ni dulu, mana yg perlu diproses akan terus di proses, mana x cukup document utk matching masuk dlm folder sulu siap2 & buat remark.
3. Pkl 9am on UBS trus proses apa2 yg ada kaitan dgn payment.
4. By 11am aku memang selalunya akan selesai buat kerja-kerja payment ni. Nak2 pulak sekarang project dah kurang kan.
5. Barula aku akan terjengah2 (ter tu..)fb ker blog ker apa ker.. jln2 kejap then ddk diam2 atas kerusi sendiri.
6. Cukupla, buat tambah riak jer.. (dosa lagi)

See, betapa berbezanya aku dengan dia, (tentula berbezakan dia kan berpangkat). Sebenarnya dia boleh jer uruskan kerja-kerja dia tu mengikut waktu, tapi dia yang malas & tak der inisiatif untuk tingkatkan mutu kerja dia tu. Sepatutnya orang yang belajar tinggi ni lebih pandai uruskan kerja2 macam ni kan. Aku ni apalah sangat, setakat SPM jer pun, tapi aku dah terbiasa berfikir sendiri tanpa bantuan orang untuk selesaikan kerja aku. (semua ni hasil didikan BOS LAMA) Many thank's to MR. L. Bila dah memang tak boleh selesai sendiri baru tanya orang. (maknanya jangan menyusahkan orang yang dah tentu ada kerja derang masing-masing, walaupun korang tengok dia orang tu tak buat apa-apa waktu itu.)

Bukan nak bangga diri atau nak jadi berat tulang sebab tak nak tolong dia, boleh jer kalau aku nak tolong dia tapi aku jadi geram bila berdepan dengan orang macam ni. Apalah sangat kalau setakat nak scan document tu kan. Aku boleh jer buat benornya, cuma nak bagi pengajaran sikit ke orang-orang jenis gini. Sesuka ati ko je yer.

Thursday, April 5, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar!!

Tak yah cakap bnyk la yer.. moh ler layan gambar dulu..

Ni masa beratur 2nd time untuk tambah order..


Ok, dah sampai, ni saya punya, roti tu dah di cubit2 dek budak kenit tu, dia nak ker cheese tu benornya

Sabri melayan kesedapan Burger itu..kihkihkih (Ijam usha line)

Dia lagi.. tgk la cara mkn dia tu..

Layan kat rumah pulak...


Yeay!! akhirnya berjaya jugak pergi merasa burger ni. Tunggu dari bulan 2, akhirnya dapat gak. Memang berbaloi.. (TV punya pasal la ni)

Kami sampi sana pukul 8.10pm.. orang dah beratur amik no. & order.. Luckily kami dapat No. 38.. Beratur pun tak lama.Masa tu orang no. 19 dah dapat burger derang.

Tunggu sekejap dlam pukul 8.30pm tu order kami pulak siap. Mula nak tapau jer sekali sabri kata "makan sini jer la". Ijam pun sampai untuk amik Burger dia..

Lokasi : Tempat makan nama "LOKAS MAKANA"

Area :Puchong Utama (landmark "CAREFOUR")

CAri la tempat ni, smlm kami blk kul 9.00pm orang makin ramai.. dan dengarnya pukul 9.40pm patties dah habis..


Psst~ Benornya sblm keluar ni kami dah makan nasi tau kat rumah..:0 memang dasar kan. hahahhah

Makan pagi dan lewat malam..

Semalam punya aturan makan memang kacau bilau.

Bawa roti ke tempat kerja, bancuh milo kaw-kaw punya untuk cicah roti.



Lunch tak makan sebab selera makan tgh tak berapa ok dan kemalasan melanda untuk turun tapau. Tapi opismate yang baik hati telah beli kuih yang bnyk, so.. saya makan ler jugak lepat labu 1, karipap pusing satu & pisang goreng comel 2. cukup la wat alas perut sampai petang.

Balik rumah Suami tersayang siap-siap dah masa nasi, tinggal panaskan lauk jer. Kemain laju lagi makan nasi putih+tomyam+daging salai paprik. Hawwwliaawww...

Sebenarnya kami nak makan kat luar mlm tadi. Tapi mcm sedap sangat pulak tomyam tu, tu yang kaman jugak nasi tu kat rumah.

Tapi... plan untuk keluar tetap on. tunggu entry lepas ni...

Tuesday, April 3, 2012

gedik di pagi hari

hahahahha... tara!!

Giler la pagi ni, lepas anta anak pg taska sibuk suruh laki ambik kan gambo, Tak sedor muka tak semenggah.. Pedulik!!

apa ni bang, snap time tak ready, tgk tgn tu.. mcm tgh garu jer.. mana cukup satu bang, meh la tolong snap lagi..

Haa... yang ni mcm ok sket, tgh tgk pokok pelam rendang tak berbuah tu..

Susah btl minta tolong laki ni, meh nak snap sendiri.. Baru namanya syok sendiri..

Hahahhaha... buat gelak dek laki jer, pagi2 dah paksa dia amikkan gambar. Katanya "ai, ayg pun dah mcm Z***D*, skit2 bergambo.. mcm2 wanita zaman baru ni".

# Top blouse dari http://www.thepoplook.com.. (dah mkn gilerkan poppy design dari poplook nih)
#shawl plk dari http://www.butikpinkku.com. Kalau nak cari shawl best2 costum made dgn harga murah kat sini la tmptnya...
# Beg tu pulak dari Maika Collection (made in Indonesia) Beg ni best, ringan jer..

Monday, April 2, 2012

CryBaby!!

Ini budak memang la, selalu buat perangai waktu mama tengah penat, huish!! menduga sungguh.

Semalam lepas marghrib, orang sibuk nak antar kakak pegi ngaji dia sibuk2 nak pakai baju sendiri, dah la lambat. Bila jadi gitu, babah dia dah gesa-gesa nak keluar ngan kakak dia sibuk nak ikut. Malas la babah dia nak angkut sekali, bukan lama pun kejap jer. Lagipulak time tu babah dah angkut sampah nak buang sekali. mana cukup tangan dah nak angkut dia. Dia bukan nak berjalan sendiri. Kena tinggal!!

Miahahahah, makanya meratap hiba la dia kat atas sofa dengan rambut tak bersikat lagi.. mama tengok jer, malas dah nak pujuk.




Babah balik kena pujuk budak manja ni. Memang dia sangat manja 2 3 menjak ni. Ala... babah pegi pun bukan lama, sekentut jer, bau kentut tak ilang lagi babah dah balik rumah semula.. Kat rumah atas jer pun kot.. Iman... Iman...