NUffNang

Wednesday, June 13, 2012

Super GT 2012 @ SIC

Boleh la kan tajuk nyer tu.

Oleh kerana kami dapat ticket free makanya janganlah di sia-siakan peluang yang ada. Sementelah kanak-kanak adalah FOC. Mestilah on kannnn.

Hari sabtu kami tak pergi, masing-masing kena kerja, aku kena la angkut Iman datang opis sama, Babah bawa Jannah. Maka bosan macam nak pengsan la budak Iman tu datang opis aku. hihihi

Awal pagi ahad buat sambal telur cicah roti jer untuk breakfast sebab babah lambat bangun untuk beli sarapan. Aku malas nak pegi beli...

Siap-siap semua pukul 11.30am keluar pg amik ticket satu lagi kat Honda Glenmarie. Pergerakan kami sengaja diperlahankan agar tak sampai awal sangat kat sana.


Ok, tiket dah dapat jom gerak!!

Sampai SIC tengok paring dah penuh, kami parking kat bawah kena la charge RM10. (hambik kaw!) Dia dah sediakan shutle bus untuk ke atas. Rapid tau.. mujur selesa..

Ini budak blur2 lagi, baru bangun tido dah kena naik bas. Mujur dia tak buat perangai.

Dan yang selebihnya layan jer la gambar-gambar yang ada yer. Jap nak rotate dulu.