NUffNang

Thursday, October 18, 2012

Tentang Dia..

Assalamualaikum...

Sekadar ingatan buat saya dan anak-anak tentang dia. Dia yang telah pergi menemui Nya.

12 sept 2012 hingga 16 sept 2012 kami ke Sarikei, Sarawak atas undangan kenalan untuk memeriahkan majlis perkahwinan kenalan emak tu.

Macam biasa arwah gembira sebab dah agak lama kami tak terbang. hihihihi.. Tapi mmg dah takdir jugak pergi dan balik kami tak dapat ddk satu barisan. Arwah duduk dengan emak & abah, saya dan anak2 tercampak jauh ke belakang. Puncanya seat untuk anak2 sesuka hati derang letak merata.

Masa kat sana pun arwah macam biasa dengan sikap peramah & tak malu dia tu. Rasanya semua orang tak kisah pun dengan perangai dia tu. Tapi ada satu insiden yang buat mood kami bercelaru masa kat sana. Biasala orang tua ni bila panas sikit mula menggelegak otak dia. Mulala nak cari pasal marah orang tak tentu hala. Kesian arwah.. bukan maksud dia pun. Entahla.. (kan dah terkilan)

Dan bila balik ke sini arwah ada sekali cakap ("takpela, kalau dia dah cakap macam tu, lepas ni abag tak nak amik tau dah la pasal diaorang") Jadi betul la, mmg dia tak perlu ambil tau dah la pasal orang tu. Orang tu pulak sampai sekarang rasa bersalah..(tak guna dah, arwah dah xder..)

beberapa keping gambar masa kat sana


 yang ni baru sampai, betapa serabutnya rambut dia.


 
Yang ni dah potong rambut, kemas bnyk..
 


Gambar terakhir kami satu keluarga.
 
Ada ajak dia ke studio untuk buat family picture, tapi dia diam jer.. agaknya dia dah rasa kot.
 
Alfatihah... buat arwah suami ku. Moga tenang disana dah diRahmati Allah, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang Allah kasihi. Aamiin...
 

 



Wednesday, October 10, 2012

Dia telah tiada...

Assalammualaikum...

Lama sangat dah tak berupdate kan. Banyak hal yang terjadi, dari suka kepada duka.

Untuk pengetahuan semua, suami saya Mohd Sabri Bin Nadzri telah pulang ke Rahmatullah pada Hari jumaat 28 sept 2012, pada pukul 3.30pm. Akibat kemalangan jalan raya. (Dirempuh lori dari belakang)

Al-fatihah buat Arwah suami.
Semoga rohmu Dicucuri Rahmat suamiku.