Sudah tersilap langkah dari mula, sudah sesat jalan dari awal lagi dan sepanjang mencari jalan keluar habis hati calar balar, terluka, cedera parah dan dah takde rupa lagi.
Ini jalan yang terbaik. Bencilah kalau itu hanya satu-satunya survival yang ada. Bina tembok tinggi-tinggi sampai hati kuat biarpun ia telah roboh beberapa kali. Bangun dan bina lagi.
Kalau dengan membenci, hidup orang lain bahagia, biarlah kita benci sesama sendiri, tak berdosa pun. Tuhan aje yang tahu apa ada dalam hati. Tuhan aje yang tahu bila bibir sebut benci, apakah hati juga turut sama membenci? Tidak pada saya. Saya tidak pernah mahu membenci.
Lupakan. Anggap ia tidak pernah berlaku. Pejam mata dan padam semuanya perlahan-lahan. Biar hilang dalam gelap, biar sirna bersama kelam.
Kuatkanlah hati dan Tuhan selalu ada.
Kalau mahu menangis pun, biarlah airmata tumpah bila berhadapan Dia.
Hidup ini satu perjalanan yang penuh dengan ujian, menduga sejauh mana kita mampu bertahan, sekuat mana hati ini mampu bertarung. Ada waktunya kita rebah, ada waktunya kita kalah, ada waktunya kita akan merasa nikmat.
Bencilah, kalau hanya itu sahaja jalan keluar daripada belenggu ini.
Love,
Ziel
p/s: Chenta, Setiap doa yang terucap hanya ada nama kamu.
No comments:
Post a Comment