NUffNang

Thursday, March 10, 2016

It's You

Saya teringat pesan seseorang, kalau nak cari suami carilah yang lebih 'berpangkat' dari kita. Maksud pangkat tu bukan dia ada title Datuk, Tan Sri whatsoever tetapi pangkatnya dalam keluarga biarlah atas sikit daripada kita. Kalau kita anak bongsu carilah suami yang sulung atau no.2, 3 asalkan bukan sesama bongsu sebabnya anak bongsu biasanya manja terlebih dan kalau dedua manja siapa nak lead siapa?

Itu cuma pesanan yang mungkin masih relevan dengan dunia sekarang atau mungkin tidak jika masing-masing tahu peranan setiap orang dalam rumahtangga.

Bagi saya, saya perlukan lelaki yang lebih dominan daripada saya (yang juga dominan). Saya mahu lelaki yang saya pandang dia penuh dengan rasa hormat (kalau perlu tunduk masa cakap dengan dia...haiiiit!), lelaki yang boleh kawal saya sebab saya tahu diri saya (yang degil ni).

Saya bukan Khadijah, sudah pastinya tidak mampu juga menjadi seperti Aisyah (tapi saya Rozila, dan kalau saya memilih untuk berkongsi hidup dengan orang semestinya saya telah bersedia untuk berkongsi apa yang saya ada. Saya sudah diajar berdikari sejak kecil dan saya menyusun perjalanan hidup saya sejak mula dan saya percaya setiap hentian yang saya singgahi dalam hidup saya ini, saya tidak menyusahkan sesiapa kerana saya telah bawa bekalan secukupnya sebelum saya memulakan perjalanan saya.

Arwah emak saya pesan, diakhir cerita nanti kita sendiri yang akan menanggung segala akibat daripada perbuatan kita. Kalau baik maka kita akan dapat ganjaran yang baik, kalau buruk kita harus bersedia untuk menerima kekurangannya (tapi mak saya takdelah cakap macam tu, mak saya kata macam ni... hidup kena sentiasa beringat, waktu susah waktu senang sebab bila kita susah belum tentu ada orang lain yang boleh tolong (mungkin sebab orang pun susah juga) tapi bila kita senang kita kongsilah apa yang kita ada.)

Hidup ini mungkin tidak semudah apa yang saya tulis dan apa yang awak baca tetapi apa yang saya tulis inilah yang saya hadap hari demi hari.

Cerita saya tidak sama seperti cerita orang lain kan?

Take as much time as you need. Timbang seadilnya untuk kita semua, untuk saya, untuk awak, untuk dia, dia dan dia. I knew this is not a fairy tale...



Love,
Ziel

p/s: Awak sangat penting dalam hidup saya. Membayangkan hidup saya tanpa awak...saya tak pernah fikir. There is no way out,  valve dalam hati saya cuma satu hala aje. It's very important for me to have you and my beautiful life...







No comments: