NUffNang

Monday, March 21, 2011

Aktiviti hujung minggu

Agak seronok cuti hujung minggu kali ni,
Jumaat memang apply leave konon2 nak bw anak-anak jalan2, tp bila tgk balik budjet untuk bulan nih dah agak2 nak terlebih terpaksa la lupakan dulu. Tp awal pagi jumaat tu aku nih pegi la mayfair konon2 nak redeem tester voucher yg dpt last year tu, last2 melayang gak RM115 utk wat body apantahkenamanya.. Selesai kat Mayfair tu dlm pkl 12pm, abang sayang jemput terus pergi IOI tuk tgk movie. Kami tgk RANGO

Jalan cerita so so, tak terlalu best tp tidakla sampai tak best. ok jer la.. lepas tu pegi makan, tgh2 makan nampak sorang kakak nih beli kain felt, wah!! teruja daku melihat, dengan muka tak malu terus pegi tanya dia, kat mana dia beli? Ropanya kat Daiso. Lepas makan terus zass ke Daiso, kat DAISO lebur la RM30, semua brg utk sewing ku.. hehehe
Sabtu
Hari sabtu cuaca agak mendung pagi tu, memang dah plan nak ke Putrajaya nak tgk Hot Air Ballon, so gerak agak lewat ker putrajaya dlm pkl 10.15am, sampai sana orang dah ramai, Jannah mula buat perangai budak2 dia tuh, ades stress daku.. Iman cool jer walaupun dia agak tak sihat. Akhirnya balik mcm tu jer.. Tapi tak terus balik, Iman memerut masa nak blk tu, singgah TAMAN PUTRA PERDANA kat putrajaya tu untuk cuci najis dia. Lepak sekejap kat situ.. best rupanya tempat tu.

Kami Baru sampai.. tgk muka masan Jannah tu

Bukti kami dah sampai .. hahahha

Lepak2 kejap sblm balik.. smbl tungu Jannah makan nasi lemak
Ahad
Sekali lagi kami ke Putrajaya tapi bukan sebab nak tengok belon, kami punya rancangan hari nih adalah rancangan kesihatan.. hehehehe (JOGGING!!) Sekali lagi kami ker Tmn Putra Perdana, sbb tempat tu memang sangat best untuk beriadah.. Sempat la daku pusing 1 round tmpt tu sementara suami tunggu+layan budak2 main kat playground. Lepas nih setiap minggu ni la aktiviti pagi kami..

Nah pic separuh muka dari aku utk tatapan korang.. Jannah la nih

petua nak cantik..

RESIPI KEKALKAN KEANJALAN KULIT


1. Hebatnya putih telur...



•Yang ini, memang dah biasa sangat kita dengar kan... tapi inilah yang paling basic dan mudah nak ikut...
•Sediakan sebiji telur, ambil putihnya sahaja & masukkan ke dalam bekas ...

•Kemudian, masukkan dua sudu kecil perahan lemon dan pukul sehingga sebati...
•Sapukan rata keseluruh wajah dan biarkan selama 5 minit...

•Sapukan lapisan kedua menggunakan lebihan ramuan tadi... biarkan sepuluh minit...
•Bilas dengan air bersih...

satu petua setiap hari.. Ini sahaja untuk hari ini, mari mencuba

Wednesday, March 16, 2011

Angan2..

Tadi semasa tengah berblogwalking jumpa 2 3 blog orang yg tulis pasal angan-angan, aku pun tetiba terpikir.. herm.. ok gak kan klu ada angan-angan, jadi untuk entry hari nih nak tulis pasal angan-angan aku untuk tahun nih.. kira-kira angan-angan cum wishlist la nih.
1) Nak beli Peti Ais 2 pintu..(yelah, dah nak msk 10 thn kawen peti ais kami yg satu pintu laki.i.punya.masa.bujang tu la kami guna)bila nak rosak ni? Paling biasa pun nak yg macam nih..

*Sumber dr 'Mr. G'
2) Nak tambah Air Cond kat ruang tamu & bilik No. 2
3) Nak Hias bilik anak-anak (kalau blh nak wat mcm nih)

* jgk sumber dr google
4) Nak beli mesin jahit. (yang ni nak merialisasikan impian En. Suami tersayang)

Tapi semua yang di atas tu hanya angan-angan la, belum tentu jd kenyataan..Tapi akan berusaha untuk merealisasikan nya..Harap2 dapatler

Monday, March 14, 2011

Diet..

Tajuk jer dah mcm menyampah kan..
Jangan la mcm tu, bukan nak cerita pasal diet ker hapa (tp mmg pasal diet)hahahaha..
Rileks la korang..

Aku nih dah naik berat badan sebenarnya, Last month ada turun sikit sebab banyak susah hati+sedih sebab dapat bonus+increament sikit..hahahaha apa kaitan? Bulan nih dah datang selera tu pulak, ader jer tekak aku nih nak makan.. sekarang dok hingaq nak makan Roti Nan Cheese. Dari ujung bulan feb tu lagi dok request kat hubby minta dia tolong beli, tak dapat makan kat kedai, tapau bawa balik tuk wife dia nih pun dah ok sangat+ syukur.. Tapi sampai la ni tak dak pun, alasan yang dia bagi, "kat Putra Perdana nih kedai mamak mana yang ada jual Nan tu?". Last2 sampai hari nih aku dah malas nak minta.

Dulu aku suka makan nasi lemak pagi2, tp lunch hour tak makan, malam pun mkn sikit jer, jadi badan takder la naik sangat, sekarang mkn sikit pun naik banyak.. hais macam mana tuh.. Nak makan oat papagi tak lalu, jadinya tukar menu ker bihun gorang pagi2. Tapi kalau hari2 kembang jugak kepala nak telan kan, jemu weh!!

Cerita pasal makan nih aku pun pelik, dari mana la aku dapat tabiat suka makan macam-macam sekarang nih, dulu mana reti nak minta benda-benda tu semua, yang aku tau, nasi, bihun, mee.. kiranya semua yg biasa-biasa jer la.. sekarang ni jer yang pandai minta benda-benda gitu..

Meh aku list benda-benda baru yang aku dah pandai nak makan sekarang.
1) Egg Tart
2) Tauhu Bakar
3) Pretzel frm Aunty Ann
4) Roti Nan
5) ETC (sbb rasanya bnyk lg yg aku dah pndai makan)

Sekarang dah pandai makan Fast Food kerap plak.. adeh!!

Sunday, March 13, 2011

kahwin.. kahwin..

Jom tgk majlis kahwin yang aku hadiri sepanjang bulan feb & March..

Rosni Yat Bandar Jengka

Hairuddin @ Along kecik(sepupu) Jengka 7

Hujung Minggu=Bosan

Minggu ni bosan sikit sbb mcm entah... masa yang ada gunakan untuk laundry & jahit felt, suami keluar siapkan opis baru JMB Kiambang.. Anak-anak menjadi-jadi perangai masing-masing.
Sambil-sambil tu dapat buat hair clip..

Cantik tak? kahkahkah