NUffNang

Thursday, October 18, 2012

Tentang Dia..

Assalamualaikum...

Sekadar ingatan buat saya dan anak-anak tentang dia. Dia yang telah pergi menemui Nya.

12 sept 2012 hingga 16 sept 2012 kami ke Sarikei, Sarawak atas undangan kenalan untuk memeriahkan majlis perkahwinan kenalan emak tu.

Macam biasa arwah gembira sebab dah agak lama kami tak terbang. hihihihi.. Tapi mmg dah takdir jugak pergi dan balik kami tak dapat ddk satu barisan. Arwah duduk dengan emak & abah, saya dan anak2 tercampak jauh ke belakang. Puncanya seat untuk anak2 sesuka hati derang letak merata.

Masa kat sana pun arwah macam biasa dengan sikap peramah & tak malu dia tu. Rasanya semua orang tak kisah pun dengan perangai dia tu. Tapi ada satu insiden yang buat mood kami bercelaru masa kat sana. Biasala orang tua ni bila panas sikit mula menggelegak otak dia. Mulala nak cari pasal marah orang tak tentu hala. Kesian arwah.. bukan maksud dia pun. Entahla.. (kan dah terkilan)

Dan bila balik ke sini arwah ada sekali cakap ("takpela, kalau dia dah cakap macam tu, lepas ni abag tak nak amik tau dah la pasal diaorang") Jadi betul la, mmg dia tak perlu ambil tau dah la pasal orang tu. Orang tu pulak sampai sekarang rasa bersalah..(tak guna dah, arwah dah xder..)

beberapa keping gambar masa kat sana


 yang ni baru sampai, betapa serabutnya rambut dia.


 
Yang ni dah potong rambut, kemas bnyk..
 


Gambar terakhir kami satu keluarga.
 
Ada ajak dia ke studio untuk buat family picture, tapi dia diam jer.. agaknya dia dah rasa kot.
 
Alfatihah... buat arwah suami ku. Moga tenang disana dah diRahmati Allah, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang Allah kasihi. Aamiin...
 

 



Wednesday, October 10, 2012

Dia telah tiada...

Assalammualaikum...

Lama sangat dah tak berupdate kan. Banyak hal yang terjadi, dari suka kepada duka.

Untuk pengetahuan semua, suami saya Mohd Sabri Bin Nadzri telah pulang ke Rahmatullah pada Hari jumaat 28 sept 2012, pada pukul 3.30pm. Akibat kemalangan jalan raya. (Dirempuh lori dari belakang)

Al-fatihah buat Arwah suami.
Semoga rohmu Dicucuri Rahmat suamiku.

Friday, August 3, 2012

Budak2 & bunga api..

Hari tu babah dia ngemas rumah terjumpa sepeket kecil bunga api balance last year punya, tunjuk kat Budak2 punyalah excited derang tak sempat2 tunggu lepas berbuka. Tapi sempat la sampai lepas berbuka pun kan.




Tengokla budak kecik ni, dengan baju singlet dari taska lagi, kebetulan masa ni dia tak berapa sihat, tapi bila bab main ni terus jadi sihat. kakak biasalah dia, gembira mengalahkan budak tak pernah main bunga api. Gasakla korang. Janji korang happy sudah.



Bahagian kakak habis dulu, so kakak lepak tunggu adik. Masuk rumah mandi yer adik.


Hokkaido Cake

Sebab teringin, masa ker Summit sabtu lepas singgah berry's tapau 2 ketul Hokkaido Cake ni. Berbuka hari tu berdua dengan dak Iman jer sebab Babah & kakak Berbuka ngan Officemate dia kat SACC, tahun ni malas nak ikut sebab x kuasa. Iman pun behave jer makan sekor ikan singgang sampai habis.

Sungguh lembut rasa Cake ini. Kenala dengan tekak saya yang tak berapa gemar manis.
 2 ketul, filling strawberry & chocolate, dlm plastik siap ikat ngan getah x bagi masuk semut. hihihihi


Yang ni dah dingap sikit oleh saya, offer kat Iman dia tak mau. Habis saya sorang jer bedal. Yang satu lagi tinggal kat Kakak.

Nakhoda Malaya Steamboat & Grill

A night before Ramadhan husband ajak makan steamboat kat Cyberjaya, pergilah kami ni menjejak kedai tersebut. Maju sungguh dah Cyberjaya ni rupanya. Walaupun hanya 5 mnt dari rumah tapi jarang sgt masuk Cyberjaya ni, sebab jalan dia nama pelik2. Selalu lupa.

Pusing punya pusing akhirnya ketemu jugak. Meng'order'lah kami ni steamboat segala, kami amik set jer. Itupun kembang kepala nak habiskan. Udah anak2 dah ngantuk selera makan pun dah kureng. Mak paknya lah yang kena telan jugak kan.


Ini jer pic yang ader, lagi 3 keping dah di"delete' oleh dak Iman tu.

Kemain lagi kakak senyum, nampak 2 batang gigi kapak tu.

Rasa tomyam dia agak kurang la pada tekak saya, tak tau la orang lain.
Harga untuk set Malaya RM 49.90 + tomyam 2.50, so total RM52.40.

Resit jangan buang nnt pegi Tutti Fruity sebelah dia tunjuk resit tu boleh dapat 20% discount. Tapi, hanya di Tutti Fruity sebelah dia jer. Kenapa?? Sebab owner dia orang yang sama.




Advance Gifted??

Birthday lambat lagi tapi dah dapat advance gift dari Abam... Weeiii, suka hati ler teman. Kalau ikut hati nak barang mas, tp dah dia kasi ni, terima jugak dengan sukaaa hati..

TERIMA KASIH ABANG!!!


Friday, July 20, 2012

Cameron Highland part 2

Sambungan lepas ke Bharat Tea yer..

Dari Bharat Tea kami naik lagi ke atas.. On da way nak ke Brinchang, jumpa Cactus Valley, singgah kejap, tak membeli apa2 pun, tgk2 lepas tu blah..

Sampai atas jumpa Time Tunnel, memang dalam rancangan maka kita masuk. Tiket tak mahal, dewasa RM5, kanak2 RM2 (Total RM14).. Puas la pusing2 dalam tu, Iman mula2 nak keluar, gelap katanya..  Apa la Iman ni..

Meh nak tunjuk sket gambar2 masa kat dalam tu. (dari H/P jer)

Area ni dia letak tin2 susu, mainan2 zaman kita dulu2..


Kakak sgt berminat dengan piano lama tu..

derang tgh tgk mercun & bunga api.

see..

Babah derang kata, masa dia kecik2 dulu dia sgt menginginkan game tu (hok ada button merah kiri kanan tu) tapi tak merasa sebab tak mampu.. kesian dia..

TiBi gini saya sempat dulu2 (itam putih gambarnya) ada pintu lagi..

Paksa Jannah bergambar dengan air botol lama2 nih..

See.. dah kata memang dia berminat sgt dengan piano ni..

Adik Iman pun nak jugak...

last but not lease, Jannah tingin nak bergambar atas trishaw ni..

Keluar dari Time Tunnel ni kami jalan skit kedepan konon nak masuk ke Strawberry apa ntah kat ujung tu, sekali nampak ada kedai makan, singgah dulu la nampaknya. Memandangkan memang kami tak makan lagi dari pagi jadinya memang masa untuk isi perut la kan.. 

Lepas tu lupa dah.. kahkahakaha... Pic banyak kat Camera, tapi sebab gatal tangan semua dah transfer kat lappy kat rumah, (cut ok, bkn copy) tunggu rajin nak bawa lappy baru ada tambahan gambar yg cerah sikit hasil dari camera.

Sambung nanti pulak la yer..

Thursday, July 19, 2012

Cuti Bermalas-malasan!!

Ayuh baca dan lihat activiti cuti-cuti kami kali ni.

Sebelum ni saya ada bagitau yang kami dapat voucher percutian percuma kan.. ha, ni la dia. Dari empat tempat yang dia bagi tu kami pilih yang tak dekat dan tak jauh sangat, dan jugak yang tak pernah kami sampai lagi.. (CAMERON HIGHLAND)

Mesti ada yang kata, "ala.. apa la sangat pergi Cameron." Tapi bagi kami yang sangat susah nak pergi bercuti ni dah syukur sangat la dapat pergi Cameron tu kan.

Tak payah cerita banyak la yer..

Pagi Khamis tu gerak dari Puchong pukul 8.30am. Dari tol Putrajaya keluar di tol Tapah (RM24++) tak ingat brape yang plus2 tu.

Sebelum tu singgah R&R mana ntah sebab Abam nak luruskan kaki katanya. Dak Iman memang sangat behave masa ni, pukul 9++am dia dah ngantuk & sambung tido. Sampai R&R tu baru bangun pulak. Trus pegi buang sisa dulu. Gerak balik makan telur rebus hasil tangan babah dia. Mujur Babah tergerak hati nak merebus telur subuh2 tu.

Habis 2 biji telur rebus dia start suruh nyanyi. Ades la anak.. Kakak macam biasa bosan, bagi main PSP tak jalan dah, akhirnya games dalam handphone mama jugak yang derang lapah.. kihkihkih

 ok, dah sampai.. tapah kot..

Jom amik pis syok sendiri (sial la tgk kakak Jannah tu, suka wat cacat gambar)


Ok, sambung lagi, sampai keLata Iskandar kami berenti kejap, babah beli stok air & makanan untuk anak2. Takut derang lapar katanya. Syabas Babah sbb ingat kat kami yang sentiasa lapaq ni.

Sempat snap pic dari dalam kereta je la masa kat Lata Iskandar tu, malas nak keluar, kalu keluar kang entah bila pulak budak2 nak masuk kereta semula.


Jadi la kan dari takde langsung.

Teruskan perjalanan yang penuh berliku dan corner yang gerun & ngeri. Tapi best sebab tak panas. Segar sangat sebab dapat tengok pokok kiri kanan jalan. Dari sini Nur Iman dah mula tak sedap perut. Asyik kata sakit perut. Mujur la mama dia ni dah stanby segala mak nenek minyak dalam beg Doremon mama ni, cepat2 sapu minyak Yuyi. Tapi masih tak dapat legakan ketidakselesaan dia. (poor Iman)

Jannah maintain cool, kejap2 baring, kejap2 kang duduk pulak. Sampai Ringlet berenti lagi, babah nak isi minyak kasi penuh tank katanya. Sebelum tu Nur Iman dah muntah dah. Mujur dia bagitau dia nak muntah. Sempat buka plastik kasi tadah..

Dari Ringlet ke Tanah Rata masing2 dah tak banyak bunyi, penat dah kot. kihkihkih.. Kami tak berenti pun kat Tanah Rata, sebab target memang nak terus ke Brinchang. Tapi Sempat berenti kat Bharat Tea amik2 gambar sat.

 masa ni babah tak berapa nak turun, tak nak penat katanya..


 Hasil pujukan anak2, babah mengalah


 Saya yang excited..


 Motif korang menonggeng anak2?



 Iman yang sibuk nak petik daun teh tu


 Derang pun eksited sama mcm mama..


Dah naik, muka babah penat..


Iman membuang sisa lagi, ni lps keluar, sempat lagi ko nak bergambar yer nak?


Kami yang separuh semput panjat bukit, (ada jalan elok nak cross bukit gak)

Ok, sampai sini dululah kisah part 1 Cameron kami yer, nnt sambung kat part 2 pulak..


 

Wednesday, July 4, 2012

Memperkenalkan!!!

Taraaaa!!!

Asyik cerita pasal kami jer kan, meh nak runjuk wajah-wajah kesayangan kami.

Inilah Mak saya, ni masa mak datang sini lepak sambil jaga cucu. 


Ini pulak abah saya, ada gambar abah sorang tapi abah tak paki baju pulak, sexy sangat nak tunjuk kat sini. Jadinya gambar ngan cucu-cucu jer la adanya.