NUffNang

Thursday, July 19, 2012

Cuti Bermalas-malasan!!

Ayuh baca dan lihat activiti cuti-cuti kami kali ni.

Sebelum ni saya ada bagitau yang kami dapat voucher percutian percuma kan.. ha, ni la dia. Dari empat tempat yang dia bagi tu kami pilih yang tak dekat dan tak jauh sangat, dan jugak yang tak pernah kami sampai lagi.. (CAMERON HIGHLAND)

Mesti ada yang kata, "ala.. apa la sangat pergi Cameron." Tapi bagi kami yang sangat susah nak pergi bercuti ni dah syukur sangat la dapat pergi Cameron tu kan.

Tak payah cerita banyak la yer..

Pagi Khamis tu gerak dari Puchong pukul 8.30am. Dari tol Putrajaya keluar di tol Tapah (RM24++) tak ingat brape yang plus2 tu.

Sebelum tu singgah R&R mana ntah sebab Abam nak luruskan kaki katanya. Dak Iman memang sangat behave masa ni, pukul 9++am dia dah ngantuk & sambung tido. Sampai R&R tu baru bangun pulak. Trus pegi buang sisa dulu. Gerak balik makan telur rebus hasil tangan babah dia. Mujur Babah tergerak hati nak merebus telur subuh2 tu.

Habis 2 biji telur rebus dia start suruh nyanyi. Ades la anak.. Kakak macam biasa bosan, bagi main PSP tak jalan dah, akhirnya games dalam handphone mama jugak yang derang lapah.. kihkihkih

 ok, dah sampai.. tapah kot..

Jom amik pis syok sendiri (sial la tgk kakak Jannah tu, suka wat cacat gambar)


Ok, sambung lagi, sampai keLata Iskandar kami berenti kejap, babah beli stok air & makanan untuk anak2. Takut derang lapar katanya. Syabas Babah sbb ingat kat kami yang sentiasa lapaq ni.

Sempat snap pic dari dalam kereta je la masa kat Lata Iskandar tu, malas nak keluar, kalu keluar kang entah bila pulak budak2 nak masuk kereta semula.


Jadi la kan dari takde langsung.

Teruskan perjalanan yang penuh berliku dan corner yang gerun & ngeri. Tapi best sebab tak panas. Segar sangat sebab dapat tengok pokok kiri kanan jalan. Dari sini Nur Iman dah mula tak sedap perut. Asyik kata sakit perut. Mujur la mama dia ni dah stanby segala mak nenek minyak dalam beg Doremon mama ni, cepat2 sapu minyak Yuyi. Tapi masih tak dapat legakan ketidakselesaan dia. (poor Iman)

Jannah maintain cool, kejap2 baring, kejap2 kang duduk pulak. Sampai Ringlet berenti lagi, babah nak isi minyak kasi penuh tank katanya. Sebelum tu Nur Iman dah muntah dah. Mujur dia bagitau dia nak muntah. Sempat buka plastik kasi tadah..

Dari Ringlet ke Tanah Rata masing2 dah tak banyak bunyi, penat dah kot. kihkihkih.. Kami tak berenti pun kat Tanah Rata, sebab target memang nak terus ke Brinchang. Tapi Sempat berenti kat Bharat Tea amik2 gambar sat.

 masa ni babah tak berapa nak turun, tak nak penat katanya..


 Hasil pujukan anak2, babah mengalah


 Saya yang excited..


 Motif korang menonggeng anak2?



 Iman yang sibuk nak petik daun teh tu


 Derang pun eksited sama mcm mama..


Dah naik, muka babah penat..


Iman membuang sisa lagi, ni lps keluar, sempat lagi ko nak bergambar yer nak?


Kami yang separuh semput panjat bukit, (ada jalan elok nak cross bukit gak)

Ok, sampai sini dululah kisah part 1 Cameron kami yer, nnt sambung kat part 2 pulak..


 

No comments: