NUffNang
Saturday, December 24, 2011
Tanggungjawab suami terhadap keluarga
Riwayat Al-Bukhari
Huraian:
» Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat.
» Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.
» Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.
Alhamdulillah..
Friday, December 23, 2011
Cuti, jaga orang sakit
Bangun awal pagi macam biasa, vacuum bilik & hall sebab rasa macam dah lama tak kemas rumah. (nampak sangat pemalas) kebetulan dah cuti kan, gunalah masa yang ada utk menikmati keindahan "rumahku syurgaku". hihihi...
Selesai sumer baru pagi beli sarapan, tak pernah dibuat saya beli sarapan sebelum ni, memang Abam Roi ku itula yang pegi membeli. Tapi disebabkan dia tak boleh jalan dengan betul akibat cerita sadis dia tu, maka tugas membeli sarapan jatuh ke tangan saya la kan. Pegi la tergedik-gedik dengan Nur Iman kat depan rumah tu bungkus mee & nasi lemak. Sebelum keluar sibuk dak Iman nak ikut bila tgk saya dah sarung tudung. Jadi kena nagkut sekali dengan syarat kena ikat rambut. (malu mama nak bawa Iman yang tak ikat rambut sebab rambut tak mandi, mcm Hantu Kak Limah).
Lepas breakfast bagai trus masak nasi dengan harapan boleh sambung tido, sebab malam nyer tak boleh tido sebab Abam Roi asyik berdecit jer dalam tido. Mungkin bisa jatuh tu kot. Sambil masak sambil dengar-dengarkan mesin basuh dah siap ke blm? Selesai semua masak & sidai kain dalam pukul 11.40am. Gila slow masak, mana tak nya ada jer yang datang minta itu ini.
Pukul 2pm, lps makan & segala operasi menidurkan Nur Iman, kemain susah nak tido dak kenit tu. Tak berjaya, akhirnya lantak kan ajer. Last-last bila tgk sekali lagi, ini la yang terjadi.
Suami excident.
tetiba dia cakap (saya dengar bunyi hujan je lebih dari suara dia)
abam roi: Abang excident.
saya : Hah excident!! kat mana?(dlm nada kuat)
Abam roi : Kat USJ 3, mengelak orang melintas..aduhhh..
Saya : Boleh bangun tak? teruk ker? Abis macam ner ni?
Abam roi : Tak boleh bangun, tak per la.. dah call foo, Ayang balik dulu la.
Saya: ok.. ok.. (pk balik, mana ada kunci rumah, nak masuk macamner?
Ofismate dah tawar diri nak hantar balik, trus sms pengasuh budak2 bagitau lambat sikit. Call kakak minta dia ambil budak-budak dulu. Selesai satu hal. Turun tangga kawan tu tny, nak balik ker nak pegi tengok husband akak dulu? Saya ok jer kalau nak pagi tengok dia dulu. Then dicided pegi USJ 4 cari husband dulu.
Sampai kat USJ Abam roi ku call bgtau bos dia suruh pagi wat checup kat SDMC. Tak jadi ke rumah Foo, proceded trus ker SDMC. sampai sana dalam few minit Abam Roi sampai dengan En. Jamal. Trus ker ER. lepak2 Xray bagai. selesai masa jam dah pukul 9pm. Aduh perut lapar ni. Dah ler lunch tak makan.
Ni waktu duduk sorang2 tunggu dia selesaikan checkup.
Ingatkan dah selesai boleh terus balik rumah rupanya En. Jamal suruh Abam ku itu berurut dulu, dia siap dah call kan tukang urut tu minta datang ke rumah dia. Makanya ikutkan je la. Tukang urut tu namanya Pak Aziz, ddk kelana jaya. Pelan jer dia mengurut, tak pakai minyak pun, tapi nampak gak la berkerut muka Abam ku itu. Selesai berurut, minum dulu.. then baru blk rumah. Many Thank's to Kak Linda & En. Jamal atas layanan 1st class walaupun dah malam. Siap tapau bawa balik untuk bebudak lagi.
Abisla sudah cerita birthday yang tragis untuk tahun ni. Ada hikmah semua tu.. Alhamdulillah..... Mungkin Ingatan Allah untuk kami. Makin bertambah umur, makin pendek nyawa kita.. Banyakkan la Amalan..
Backdated Entry
Tahun ni dia dah 34 tahun. After 12 years kenal tak pernah sekali lupa tarikh birthday dia. Tapi.. tahun ni tetiba saya terlupa kat birthday suami. Tanjat gigirl bila pagi sampai ofis handphone berbunyi. Bukan bunyi call masuk tapi bunyi reminder. Bila tengok "alamak!!" tepuk dahi mak. Apsal beloh terlupa date birthday laki sendiri ni?.
Cepat-cepat call dia wish birthday. Dia pun sambil buat suara sedih cakap, "Abang tunggu gak dari malam tadi, sampai dah drop ayang kat depan pun ayang tak cakap apa-apa. Tau dah mesti ayang lupa." Alahai siannya dia.
SORRYYYY YER ABANG. Banyak sangat hal yang jadi bulan dec ni sampai ayang terlupa date tu. Sorry sekali lagi okeh.
Sampai ke petang pun macam-macam hal nak kena settle, dari call yang tak berenti-renti, dari orang yang tak faham bahasa yang saya takder pc untuk wat keje, dengan melayan taufan paper. (Vongok punya orang tu)
Then, dalam pukul 5pm si suami call bagitau "hari ni kita balik naik motor yer." (OK)
Tak lama tu sms plak masuk.. "lambat sikit, kena hantar maid Dato' pegi klinik, batuk berdarah." msh di jawab (OK). Melangut la saya ni menunggu, mujur la ramai lagi yg blm balik waktu tu. Lebih dari sorang tu kira ramai la kan.
Sampai pukul 6.30pm suami call, ingatkan dia dah sampai sebab sblm tu ada sms dia bgtau klu dah smapai miss call saya. Cecepat angkat trus cakap "dah ada kat bawah yer? jap ayang turun". Tapi lain macam jer bunyi nyer. (BERSAMBUNG...)
Monday, December 19, 2011
bilikku di pecah masuk!!
Terlewat masuk opis hari ni sebab ke sekolah Nurjannah Ambil buku teks. So, sampai opis dlm pukul 9.05am. Tengok semua org pun tak masuk lagi sebab masing-masing tak bawa kunci. Haish derang ni.. hihihi
Macam biasa masuk opis gelak2, tetiba mamat ni cakap, "roboh ke kak?" sambil tunjuk kat bilik ku itu. Aish, apa sudah jadi. (sambil garu2 kepala) kenapa pintu bilik terbuka?? Few minit macam blur.. then baru leh cakap "kena pecah la!!" terus ketar lutut, nak nangis pun ada.. sambil jenguk2 kat bilik tu pc+cpu dah ilang. sah kena curik dah tu. Lagi rasa mau nangis.. manyak woo pic2 personal dln pc tu. Dah la last week tak wat backup sbb external hard disk der problem. Terus rasa stress. Macam ner ni??
Derang pegi wat report, pkl 1.50pm baru abam-abam polis tu datang. Tapi katanya tak blh wat per sbb tak dapat cap jari sbb deme-deme tu pakai glove. cisss!! Shiallu penjenayah!!hanJ sungguh. (inspector pulis tu ensem)kuikuikui
sementara tunggu pulis2 tu datang macam-macam speku ler kami bertiga pikirkan. tunggang langgang bilik ai deme kerjakan.
Ni ler keadaan bilik masa kami sampai tadi
Friday, December 16, 2011
Gores!! dan Menang!!
On da way ke tempat kerja pagi tadi nyaris di langgar oleh pemandu kereta HONDA WARNA BIRU. No pendaftaran (WEN ....) sebelum traffic light ke Pulau meranti tu. Memang HANJI la orang yg memandu kereta itu. Bawa kemain laju dihimpitnya kami ni hok naik moto jer nih. Woi shiallu, kami ada anak nak bagi makan tau. Memang penjenayah ini orang.
Mujur ko belok ke Pulau Meranti, kalau terus sah-sah kami laki bini kejar sampai ke luar. itupun laki dah hon kuat2 sambil tunjuk kat dia. Kot yer pun dah lambat nak pegi keje jgn la sampai nak ragut nyawa orang lain.
Tunggu la, kalau ko memang penduduk Taman PP ni, tak ke mana, nanti jumpa jugak, dan bila aku jumpa lagi kereta ko itu memang aku akan buat peraduan GORES & MENANG la. Tungguuuuu
Friday, December 9, 2011
Salam Jumaat..
Memula kita belajar ini:-
Nampak jelas tak, kalau tak berapa jelas klik jer pic tu, besar la dia.. buleh??
Kata-kata hikmah untuk hari ini:-
Jangan pernah bosan untuk menjalani harimu. Karena hari ini mungkin akan menjadi hari yang indah untuk dikenang.#katakatahikmah#
Thursday, December 8, 2011
Entry tak sihat
Bila boboi jumpa gegirl
Friday, December 2, 2011
AL-FATIHAH...
Thursday, December 1, 2011
1st Trial
Meroyan atau gila??
Ini kisah minggu lepas, minggu yang penuh dengan stress. Minggu Audit ISO. (baru Internal) Menda ni saya dah telan berminggu-minggu, kalau ikut tak sabar minggu-minggu yang sebelum ni saya dah hangin, tapi sebab kesabaran masih ada dalam diri.
Ceritanya begini...
Ada seekor kucing warna cekelat tompok-tompok kat kawasan ofis saya ni, Ofis saya ni kat tingkat satu. Tapi, setiap pagi oleh kerana saya orang terawal yang sampai ke ofis maka sayalah yang kena buka/angkat roller shutter kat bawah tu.
Kucing yang dimaksudkan suka berak merata-rata, sebelum ni molek amat ler dia berak kat atas jalan la tepi jalan la, tutup dengan pasir yang ada tak ada tu kan. lantak dia la kan.. TAPI!! sejak berminggu-minggu terbaru ni dia amat suka membuang di atas simen (coridor) bawah tu. Sah-sah la takde pasir dia nak kais tutup najis dia tu kan. Memula dia cirit atas coridor, lepas tu up sikit berak atas corridor yang atas sikit. Lepas tu up lagi.. berak atas ROLLER Shutter yang saya akan angkat tetiap pagi tu. Memang nak kena fire la maknanya.
1st time dia berak kat situ saya angkat roller shutter sebelah, 2nd time dia buat pun saya angkat yang sebelah jugak, bila masuk kali ke-3 memang angin satu badan la. Kemuncaknya, jumaat lepas sedang elok saya sampai dia baru lepas membuang kat tempat yang sama. Kesian kakak cleaner tu hari-hari kena cuci najis dia. Time tu tindakan reflex saya adalah jerit-jerit sambil lompat2 sambil berusaha nak buka helmet untuk baling kat kucing tu. Rupa-rupanya ada yg tgk aksi gila saya tu, dan mereka sedang gelakkan saya. Berganda la saya punya kemarahan. Dan dengan tak sangkanya saya boleh pulak terjerit sama kat Guard-guard yang gelak kat saya tu. Di tterangkan disini, (guard2 itulah yang beri kucing itu makan) itulah yang bagi marah saya berganda-ganda.
Tapi bila dah masuk opis malunya lah rasa.. bodohnya tindakan saya tu, tapi saya kan manusia. Sabar saya pun ada batas nya. TU yang Pagi Jumaat yang hening dah di cemari dengan kelakuan gila saya. Bengong plak rasa..
Alhamdulillah, lepas aksi gila saya tu takde dah kucing tu berak kat tempat yang sama lagi. Dan sekarang saya tak perlu lagi nak angkat roller shutter sebab opis bawah ni dah ada orang sewa, skrg dalam renovation.
Selesai cerita panjang lebar saya.. giler panjang untuk kisah kucing itu.
Jom buat Detox Diet
During the first 7 days you must drink 10 glasses of water each day.
DAY ONE
All fruits except bananas. Your first day will consists of all fruits you want. It is suggested you consume lost of watermelon and cantaloupe.
DAY TWO
All vegetables. You are encouraged to eat until you are stuffed with all the new and cooked vegetables of your choice. There is no limit on the account or type. Avoid oil and coconut while cooking vegetables. Have large boiled potato for breakfast.
DAY THREE
Any mixture of fruits and vegetables of your choice. Any amount, any quantity. No bananas yet and No potatoes today.
DAY FOUR
Bananas and milk. Today you will eat as many as 8 bananas and drink 3 glasses of milk. You can also have I bowl of vegetables soup.
DAY FIVE
Today is a feast day. You will eat 1 cup of rice.** You also have to eat 6 whole tomatoes and drink 12 glasses of water today to cleanse your system of the excess uric acid you will be producing.
** yang nie kita gantikan dengan roti/bihun (selain nasi ler)
DAY SIXToday is another all vegetables day. You must eat 1 cup of rice today and eat all the vegetables you want cooked and uncooked to your heart’s content.
DAY SEVEN
Today your food intake will consist of 1 cup rice, fruit juice and the vegetables you care to consume. Tomorrow morning you will be 5 to 8 kgs. lighter than 1 week ago. If you desire further weight loss, repeat the program again. Repeat the program as often as you like, however, it is suggested that you rest for 3 days before every repetition.
You have your system under control now and it will thank you for all the purging and cleansing you just gave it. Even more than a diet program it is good to follow this diet once in a while to clean your
digestive system and remove toxic substances that have a accumulated in the system.
ADDITIONAL COMMENTS
The most important element of the program is the 10 tall glasses of water a day. You can also flavor the water with some lemon to make the drink easier. While on the program, take only black coffee and never more than one teaspoon of oil. Preferably do not use oil because the high calorific content. No fruit juices before day seven.
Here is what happens to you body while you are on this program and how and why it works.
Day 1: You are preparing your system for the upcoming program. Your only source of nutrition is fresh fruits. Fruits are nature’s perfect food. They provide everything you can possibly want to sustain life except total balance and variety.
Day 2: Starts with a fix complex carbohydrates in the form of a boiled potato. This is taken in the form of a boiled potato and taken in the morning to provide energy and balance. The rest of the day too consists of vegetables which are virtually calories free and provide essential nutrients and fiber.
Day 3: Eliminates the potato because you get your carbohydrates from fruits. Your system is now prepared to start burning excess pounds. You will have cravings, which should start to diminish by day four.
Day 4: Bananas and milk. You are in for a surprise. You probably will not be able to eat all the bananas allowed. But they are there fore the potassium you have lost and the sodium you may have missed the last three days. You will notice a definite loss of desire for sweets and you will be surprised at how easy this day will go.
Day 5: Rice and tomatoes. The rice is for the carbohydrates and the tomatoes are for the digestion and the fiber. Lots of water purifies your system. You should notice colorless urine today. Do not feel you have to eat one cup rice, you may eat less. But you must eat six tomatoes.
Day 6: It is similar to five. Vitamins and fiber from the vegetables and carbohydrates from the rice. By now your system is in a total weight loss inclination. There should be a noticeable difference in the way you look today compared to day one.
More than one cup of coffee with milk is especially forbidden. Milk and oil add empty calories to your diet. Avid coffee lovers can console themselves with black coffee. However, after the first week, it will help your digestion and set your stomach. The key think to remember is that if you are hungry at any time, then you are not following the diet correctly. Almost all people give up the diet when they are hungry because of dieting. The secret of this program is that you should never hungry. If it is a vegetable day, eat so much vegetable so that you are never hungry. If it is a fruits day, eat so much fruits that you are never hungry. You may be bored of eating vegetables all day, but you should not be hungry.
Wednesday, November 30, 2011
Cuti 3 hari
Pergi cuci kereta kat BP sat Iman buat lawak, beria ketar kot takut ker mesin hok cuci keta automatik tu. Lagi la kami suka nyakat. Selesai trus gerak balik.. Iman pun terus lelap.
Ahad pulak kami attend kenduri kahwen ahkak secret-tary opis husband kat De Palma Shah Alam, Makan Ala-Carte stail so kena sampai tepat pada waktunya. Kami sampai pengantin tgh get ready nak naik tangga ke dewan. Ngam-ngam la tu kiranya. Selesai semua Iman buat operasi pulak, udah kelam kabut mama pg cari dypers. Ropa-ropanya takde bawa, mujur tepi hotel tu ada kedai runcit, sambar je la apa yg ada kat kedai tu. Dapat ler Huggies pants. Balik hotel cari tandas, selesaikan apa yang patut. Then gerak ke Subang parade, harusla meronggeng lagi kan, awal pun time tu, baru pukul 2.45pm pun. Sampai Subang Parade gagah ler mencari MBO. Kami nak tengok Puss In Boots. Tiket untuk yang takder #D pkl 5pm. Lama lagi tu, decide ler beli hok 3D, tambah RM2 dpt ler twin seat. TOTal RM40. Telan liur haku.. Lepas begitu begini sampai rumah semula 7.30pm. Iman sekali lagi melayarkan tirai. Haih budak ni asal senja nak tido.
Isnin tak kemana, ajak suami cari coklat konon nak wat goodies tuk kenduri nnt, dia buat2 pekak. Trus merajuk layan diri dlm bilik, masak pun tak. Dia layan la Iman sengsorang kat luar, Iman datang ngacau pun ai buat tatau.. Memang emosi terganggu la sekarang ni. Cepat nau nak meradang tak tentu hala. Kesian dak Iman..:(
Ganguan Emosi
Sebab
- Berat badan dah naik
- Seluar banyak dah sendad tang punggung
- Tumit kaki dah mula kering dan menebal + kasar, (klu ddk diam2 sorang2 selalu kopek2 kulit tumit tu)
- Suami sayang phone dia lebih dari saya (kemana aja usung phone dia tu) mencik!!
- Kurang uwang dalam simpanan. (selalu stress, bila stress nak shopping, bila nak shopping tgk dulu duit dalam akaun, bila tgk dlm akaun bertambah stress)
- Penat kerja, sebab banyak duduk jer.. B*ntOt pun membesar dengan sendirinya.
Abih camno!!tulun2
1st ntri (Jannah & sekolah)
Rosak budak ni. Dan memang tak terkejut bila markah English dia lagi tinggi dari Bahasa Melayu. Tahun 1 sekarang guna standard baru, bukan lagi (KBSR) seperti sebelum ni tapi dah di tukar kepada (KSSR) standard soalan sama dengan darjah 3 punya soalan (susah tau) macam kawan saya cakap, bukan budak jer susah, cikgu 10x susah.
Bila tiba hari ambil buku rekod, kali ni abah dia pulak yang pergi mengadap cikgu sebab pertengahan tahun hari tu saya yang pergi. Adil la kan..Buat anak sesama, jaga anak pun kena sesama la kan. Bab ni memula saya frust jugak bila tgk tapi bila fikir2 balik takpelah, nanti kita selesaikan. Jannah dapat no 21 dalam kelas (amekaw!!) yang no 1-15 semua 5 A, pengsan la anak saya yang ala kadar ni nak bersaing dengan bebudak tu kan. Tapi cikgu dia punya rekod Jannah masih Gred A(Baik). Darjah 1 ada 10 kelas yang mana Jannah kelas ke-4 terbaik. Ok la tu kan. Tapi bila jadi (KSSR) ni agak runsing la sebab markah peperiksaan dia akan dikira dari darjah satu hingga darjah enam (60%+40%) 60% untuk penilaian, 40% dari peperiksaan. Maknanya dia kena sentiasa A dari darjah 1 hingga 6. Kesian budak-budak sekarang. Bila jadi macam ni kami dah fikir nak guna plan B dalam mengajar Jannah. Tunggu la yer plan B kami nanti.
Ok,selesai bab periksa, keluar bab cuti pulak, sekarang Jannah dah ada kat kampung saya (jengka) tapi tak lama, dalam 2 minggu jer sebab kami ada kenduri nanti.(kisah kenduri cerita nanti) Lepas selesai kenduri dia akan balik sini dan bermula la plan B kami. (harap-harap terlaksana). Malam tadi K.long sms bagitau Jannah demam, teruk gak la katanya, pagi ni atuk dia akan bawa dia ke klinik. (mungkin dah blk kut skrg, jap lg nak call la).
ok chow dulu buat waktu ni. Nak bertukang jap kat opis ni.. (gantung soft board). Stress dengan bunyi bising orang merenovate opis kat bawah ni.
YES!!
Sejak balik dari bercuti beberapa bulan yang lepas(wahh mcm lama dah je kan) mood untuk taip-taip kat sini makin kurang, penyakit M huruf besar sudah hinggap dekat saya. Ditambah pulak dengan hal-hal sampingan yang merimaskan dan lelelahkan. Ni nak mula cerita pasal apa yer??(sambil garu kepala)
Thursday, October 27, 2011
Sembilan tahun sudahhh...
Kisah sembilan tahun lepas
Waktu yang sama sembilan tahun lepas rumah Abah sibuk + bising dengan orang. Lepas Asar ai sah jadi isteri dia. Dan sekarang ai tengah dok senyum-senyum sebab dari malam tadi dia asyik dok ucap "HAPPY ANNIVERSARY SAYANG". awwww, mak suka!!
Dah masuk ofis pun dapat lagi sms berbau cinta dari dia. Lagi lebau senyum ai. Lama dah rupanya hubungan kami ni, Macam-macam rasa dah kami lalu. Bergaduh sampai nak lari rumah, menangis sampai bengkak mata. Kes cemburu tak bertempat, etc..
Tapi, Alhamdulillah.. sampai hari ni dia sabar lagi layan perangai tak sudah ai ni. Walaupun anak dah dua, perangai budak-budak tu susah nak buang. Jangan la letih yer ABANG nak layan perangai ai. Nanti balik ai masak sedap-sedap sikit.
Bila dah lama-lama kahwin ni.. hubungan suami isteri tu dah jadi macam kawan-kawan pulak.. bergurau kasar sambil tumbuk-tumbuk perut tu dah biasa. Alhamdulillah.. dah jarang gaduh jugak... Memang kalau boleh sapa nak bergaduh kan. Sekarang kalau tak puas hati 'sound direct' jer. Takde nak tapis-tapis dah, cuma ayat tu masih lembut lagi la. hihihi..
Wednesday, October 26, 2011
Autumn in Beijing_Day 4(Part One)
Awal pagi gerak dari Hotel ker Juyongguan Great Wall, Juyongguan ni hanya di buka untuk pelancong asing, jadi nya kata tourist guide kami mungkin tak ramai orang macam kat TIAN AN MEN SQUARE. We will see....
Dari Hotel kami ke Great Wall tu ambil masa dalam 1hr45m. Keluar awal pagi mujur tak bertembung dengan jem. Kalau tak tetiap pagi kat Beijing ni akan kena tempuh jalan yang sesak berkilo-kilo meter. Nasib kami agak baik la pagi ni. Dalam pukul 10.30am kami sampai di Great Wall. Sejuk sangat, glove takde terpaksa beli glove kat kedai bawah tu, mujur murah jer 10yuan untuk sepasang. sama dengan RM5 la. Mula2 ambil group photo dulu, Group A harus la dulu dari group lain kan. Lepas tu baru bergabung 3 group ambil gambar kat tangga Great Wall tu. Tourist lain pun giler amik pic kami sbb pelik kot tgk kami ramai sangat sampai penuh tangga tu.
Sebelum naik tu ramai la duk menempah sijil tulis atas buluh, belum naik lagi dah tempah sijil, ai memula nak juga menempah, tapi bila pikir2 semula, tak jadi la pulak. Bila tengok tembok China tu dari bawah gayat benor rasanya, hati dah berkobar-kobar nak mendaki. tapi stamina kelaut.
Apa-apa pun jom layan gambar-gambar ni dulu.
Dalam bas, dah nak sampai pun waktu ni
Okey, dah sampai.. sejukkkkk
Kabus tebal
Memulakan pendakian, yg banyak2 flag tu benornya tour2 guide. tp bukan tour guide kami
Geng geli-geli, sampai kat sini jer jumpa derang, lepas tu terpisah dah
Mangga-mangga ni simbolik sebuah hubungan, lepas letak mangga ni kat sini, buang kuncinya.
Ni tak faham apa tulisan tu, saja amik gambar
Blm sampai tower 7 pun, dah mengah, take a rest
Berenti lagi, penat der mendaki tangga yg tak sama saiz
Okey, dah sampai tower 9, sweater sumer dah tanggal, panas dah walaupun cuaca sejuk
mamat tinggi dan besar itu namanya syah
Masa turun jumpa dak2 group A, lepak jap amik gambar
Kat bawah ada kedai jual cenderahati, tak beli pun, mcm mahal, T-Shirt selai 60yuan
Sangat cantik tasik kat belakang tu
Ni masa kat atas tadi, Group A jugak derang ni
with Has & Zul (Group C)
Ai tak dapat naik sampai ke Tower 13, cuma dapat sampai ker tower 9, ok la dari langsung tak mencuba kan. Itupun dah separuh nafas di buatnya. Sampai ramai yang menegur muka dah pucat lesi, pucat tu terjadi sebab ai PMS time tu. Bukan sebab ai nak pengsan okey. Masa nak turun tu betis & lutut dah gigil. Betul la kata tour guide kami. Apa-apa pun IMPIAN MENJADI NYATA!! tak pernah sangka akan dapat panjat Tembok Besar China tu.