NUffNang

Thursday, October 27, 2011

Sembilan tahun sudahhh...


Ini cerita kami

Kisah sembilan tahun lepas
Waktu yang sama sembilan tahun lepas rumah Abah sibuk + bising dengan orang. Lepas Asar ai sah jadi isteri dia. Dan sekarang ai tengah dok senyum-senyum sebab dari malam tadi dia asyik dok ucap "HAPPY ANNIVERSARY SAYANG". awwww, mak suka!!

Dah masuk ofis pun dapat lagi sms berbau cinta dari dia. Lagi lebau senyum ai. Lama dah rupanya hubungan kami ni, Macam-macam rasa dah kami lalu. Bergaduh sampai nak lari rumah, menangis sampai bengkak mata. Kes cemburu tak bertempat, etc..

Tapi, Alhamdulillah.. sampai hari ni dia sabar lagi layan perangai tak sudah ai ni. Walaupun anak dah dua, perangai budak-budak tu susah nak buang. Jangan la letih yer ABANG nak layan perangai ai. Nanti balik ai masak sedap-sedap sikit.

Bila dah lama-lama kahwin ni.. hubungan suami isteri tu dah jadi macam kawan-kawan pulak.. bergurau kasar sambil tumbuk-tumbuk perut tu dah biasa. Alhamdulillah.. dah jarang gaduh jugak... Memang kalau boleh sapa nak bergaduh kan. Sekarang kalau tak puas hati 'sound direct' jer. Takde nak tapis-tapis dah, cuma ayat tu masih lembut lagi la. hihihi..
Takmo merepek dah la. Bukan ada yang baca pun, syiok sendiri jer lebih.kahkahakah..
Inila hasilnya selepas sembilan tahun.
Dan hari ni Nur Iman demam, kesian dak kecit tu.

Wednesday, October 26, 2011

Autumn in Beijing_Day 4(Part One)

Kisah Beijing bersambung lagi, kali ni jumpa kat Great Wall pulak.

Awal pagi gerak dari Hotel ker Juyongguan Great Wall, Juyongguan ni hanya di buka untuk pelancong asing, jadi nya kata tourist guide kami mungkin tak ramai orang macam kat TIAN AN MEN SQUARE. We will see....

Dari Hotel kami ke Great Wall tu ambil masa dalam 1hr45m. Keluar awal pagi mujur tak bertembung dengan jem. Kalau tak tetiap pagi kat Beijing ni akan kena tempuh jalan yang sesak berkilo-kilo meter. Nasib kami agak baik la pagi ni. Dalam pukul 10.30am kami sampai di Great Wall. Sejuk sangat, glove takde terpaksa beli glove kat kedai bawah tu, mujur murah jer 10yuan untuk sepasang. sama dengan RM5 la. Mula2 ambil group photo dulu, Group A harus la dulu dari group lain kan. Lepas tu baru bergabung 3 group ambil gambar kat tangga Great Wall tu. Tourist lain pun giler amik pic kami sbb pelik kot tgk kami ramai sangat sampai penuh tangga tu.

Sebelum naik tu ramai la duk menempah sijil tulis atas buluh, belum naik lagi dah tempah sijil, ai memula nak juga menempah, tapi bila pikir2 semula, tak jadi la pulak. Bila tengok tembok China tu dari bawah gayat benor rasanya, hati dah berkobar-kobar nak mendaki. tapi stamina kelaut.
Inila rupa Cert tu


Apa-apa pun jom layan gambar-gambar ni dulu.

Dalam bas, dah nak sampai pun waktu ni
Okey, dah sampai.. sejukkkkk
Kabus tebal
Memulakan pendakian, yg banyak2 flag tu benornya tour2 guide. tp bukan tour guide kami
Geng geli-geli, sampai kat sini jer jumpa derang, lepas tu terpisah dah
Mangga-mangga ni simbolik sebuah hubungan, lepas letak mangga ni kat sini, buang kuncinya.
Ni tak faham apa tulisan tu, saja amik gambar
Blm sampai tower 7 pun, dah mengah, take a rest
Berenti lagi, penat der mendaki tangga yg tak sama saiz
Okey, dah sampai tower 9, sweater sumer dah tanggal, panas dah walaupun cuaca sejuk
mamat tinggi dan besar itu namanya syah

Masa turun jumpa dak2 group A, lepak jap amik gambar


Kat bawah ada kedai jual cenderahati, tak beli pun, mcm mahal, T-Shirt selai 60yuan



Sangat cantik tasik kat belakang tu


Ni masa kat atas tadi, Group A jugak derang ni
with Has & Zul (Group C)

Ai tak dapat naik sampai ke Tower 13, cuma dapat sampai ker tower 9, ok la dari langsung tak mencuba kan. Itupun dah separuh nafas di buatnya. Sampai ramai yang menegur muka dah pucat lesi, pucat tu terjadi sebab ai PMS time tu. Bukan sebab ai nak pengsan okey. Masa nak turun tu betis & lutut dah gigil. Betul la kata tour guide kami. Apa-apa pun IMPIAN MENJADI NYATA!! tak pernah sangka akan dapat panjat Tembok Besar China tu.



Tuesday, October 25, 2011

Autumn In BeiJing_Day 2(Part two)

Assalammualaikum...
Cerita BeiJing bersambung lagi. Jangan ada yg meluat pulak yer.
Jom sambung cerita ker QIANMEN CULTURAL STREET. Tapi, sebelum kita jalan-jalan ke Qianmen kita ker Chinese Tea shop dulu ok.

CHINESE TEA
Sampai di Chinese tea kami di bawa masuk untuk sessi penerangan dan di tunjukkan cara & jenis-jenis teh di china. Dan salah satunya adalah PU'ER tea. PU'ER tea ni yang paling mahal sebab ia di jual dengan kiraan tahun bukan by kg. Lagi lama teh tu lagi mahal harganya. Daun teh untuk menghasilkan Pu'er tea ni hanya boleh di petik oleh monyet sebab pokoknya sangat tinggi dan besar. Jom tengok gambar.

Inila rupa Pu'er tea tu


Dalam kedai, tgkla warna baju dan tudung ai tu, ni kes capai jer apa yg dapat


Mahal ni




QIANMEN CULTURAL STREET
A district that most intergrally preserves the local scenes, historical sites and cultural relics.

Masa group kami sampai kat sini group B dah nak balik sebab kami twisted time masa kat Chinese Tea shop. Sempat la bertanya geng kat mana kedai best nak shopping. Sekali org yg menunjuk arah tak betul, kami berdua yg lurus ni pun jadi tak betul. Kuikuikui.. tak pasal-pasal kami masuk ntah mana-mana lorong. Bila tanya polis kat mana Sturbuck polis cino tu geleng-geleng pale tanda dia tak faham english. Ciss..apparaaa... kat sini pun tak banyak gambar.

Mahal-mahal kat sini


Kawan menyesat


Starbuck derang

Dah gelap, walaupun waktu ni jam baru pukul 5 petang

Balik dari sini terus ke kedai makan untuk dinner, dalam bas gelak-gelak sampai tegang urat pipi. Mujur ada yang handal bab-bab kuar cerita lucu ni.

After dinner, back to hotel.. cuci badan tido mati, recharge untuk berjuang esok hari.

Esok jumpa di great wall ok!!

Autumn In BeiJing_Day 2(Part One)



Assalammualaikum...
Jom sambung cerita trip ke BeiJing
Day 2
Venue : Tian An Men Square, Forbidden City, Qianmen Cultural Street & Chinese Tea

Breakfast di hotel, morning call mereka set pada pukul 6.45am. Tapi ai & my roommate dah bangun pukul 6.15am lagi. bersiap ala kadar. Tapi tahap kecerdasan tinggi sebab dah recharge malam tadi. Lepas sarapan berkumpul di lobi hotel pukul 8am, naik bas dan trus ke TIAN AN MEN SQUARE

TIAN AN MEN SQUARE
Tian An Men Square is the largest city square in the world; it has great cultural significant as it war the site of several key events in Chinese history.

Pemandangan kat sini pagi tu memang cantik, dengan langit biru, suhu dalam 18-21 darjah. memang cantik la. So, jom tgk gambar.


Ni pulak kat dataran luar, lps tempat tiket




Ini muzium terbesar mereka, tapi kami tak msk sini

Cerita tandas kat Tian Am men Square ni sangat meloyakan, ai dah sampai depan pintu tandas dia trus u-turn semula sebab tak tahan, tu baru depan, belum masuk lagi.. Few group member yang memang tak boleh tahan terpaksa masuk & bila keluar ada cerita pengalaman masing-masing. Ada yang makan jagung, then jagung tu jatuh atas lantai tandas, dengan tak rasa pape amik balik jagung tu dan trus ngap. Cerita lain pulak, masuk tandas tengok ada selonggok dlm mangkuk, trus sentap.. tak jadi berhajat. Pengotor sungguh la mereka ni. Kebanyakan yang berperangai macam ni adalah orang-orang yg tinggal jauh di pedalaman China. Itu belum lagi yg boleh bersembang sambil berhajat besar. siap cakap kuat-kuat lagi dengan tak tutup pintu tandasnya. Anunya tutup dengan surat khabar jer. Ok, sudahla yer cerita pasal benda kotor tu, jom sambung cerita jalan-jalan pulak.

FORBIDDEN CITY

It was the Chinese Imperial Palace from the Ming Dynasty to the end of the Qing Dynasty, and now houses the PALACE MUSEUM

Dari Tian An Men Square kami kena jalan kaki dalam 500m dengan sambil berhimpit-himpit dengan ombak manusia. Sangat ramai manusia waktu itu. Dari elok-elok sejuk terus rasa panas. hihihi..

Terowong dari Tian An Men Square & Forbidden City