NUffNang

Monday, January 30, 2012

Masquerade Party


Cebisan cerita dalam cerita ke PD tadi.

Family day dia sekali dengan annual dinner. Theme nyer adalah MASQUERADE. Pegi la kejap ker pekan PD mencari baju Dinner. Motif membeli baju disaat akhir? Konon nak beli sebelum ke sini sekali orang tu sibuk sangat sampai tak sempat nak mencari. Harusla mencari di sini aja.. Mujur jumpa satu kedai namanya "PEACE", dapatla selai dress chiffon. Saya beli warna peach. Rambang mata tengok warna2 nya. Ambil keputusan suruh Jannah jer pilih warna. Gambar?? nan hado... mood kelaut masa kat PD nun, malas nak snap pic bagai.

Ini la gambar bebudak ni bertopeng.




CNY 2012

Venue: Tiara Beach Resort, PD
DAte: 21-24 Jan 2012
*HZN Family Day


Budak ni kerjanya naik turun jer. Takut masuk pool katanya ada "fish"
Tengok la tu, saya kat atas tu tengah gelakkan orang
Kakak bosan, adik tolong sejukkan.
Muka budak bosan.. baru duduk sekejap dah bosan
Kena la naik bilik, bebudak besar ni lagi dasyat bila buat perangai. Tengok game dari atas jer la. Mujur apartment tu kami jer yang duduk..
Keseluruhan tak best langsung. Bosan sebab asyik kena tinggal dengan laki jer, sibuk sangat kunun ngan kerja-kerja dia tu. Jadi committe jer pun..






Monday, January 16, 2012

Ujung Minggu Yang Singkat

Hujung minggu yang sangat pendek untuk keluarga kami kali ini.

Sabtu kena kerja, kemain memasing bangun awal. Apa hal plak bebudak ni. Kalau kena kerja tu Sah-sah la setengah hari dah terbuang di opis tanpa di manfaatkan dengan sebaik mungkin. (ayat orang takde keje)

Balik kerja di jemput PakCik Driver NCP1 (ayat riak). Motif saya dijemput kali ini?
Abam Roi saya terpaksa ke PD atas urusan kerja. Susah betul jadi saya ni. Lesen kereta takde, nak bawa kereta tanpa lesen pun tak reti, sudahnya menyusahkan orang....

Pakcik tu pulak tak tau jalan, Susah jugak jadi driver tapi tak tau jalan dalam Klang Valley.. Takper, saya kan ada.. Saya akan bantu Pakcik!! Minta dia hantarkan sampai ke rumah kak long jer la, makanya melepak di sana sampai pukul 6. Kengkunun nak menapak jer dengan bebudak sampai ke rumah, tapi bnyk benda la pulak dibuat sampai petang. Alih-alih Abam Roi jer datang jemput.

Ahad

Pun bangun awal pagi jugak masing-masing. Lepas sarapan sambung membuta, anak-anak buat sepah.. Abam Roi tengok-tengok kereta sekejap. Lepas tu diajaknya keluar, nak cari baju budak-budak katanya. Begitu begini udah pukul 12++. Keluar tu tak tau pulak nak tuju ke mana, congak-congak dia decided ke Bukit Tinggi Klang. Pusing-pusing dapatla selai baju Iman & 3 lai baju Jannah. Mewah pulak Jannah kali ni. Untuk 4 helai baju tu jer melayang RM250. Botak la babah korang kalau gini. Itu belum masuk harga tali pinggang mama, selai T-Shirt Babah, 2 pcs headband korang, 2 botol juice. Aduss.. bila keluar memang kena bawak duit lebih la gini.

On d way pulang singgah bandar klang, Abam Roi nak makan Mee Jawa katanya. Sekali tengok macam ramai orang, memula kami tunggu dalam kereta jer, kot ramai orang dia tapau je la, pehtu dia call kata ada meja kosong. Maknanya jadi jugak la makan tak situ. Sedap gak la mee jawa orang tu. Kos untuk lunch kat situ RM13.80. (Mee Jawa 2, Mee gorang 1 & segelas teh Ais)

Sampai rumah ngam-ngam tengah azan Asar kat masjid. Selesaikan kerja semua.. pkl 6.30pm perut terasa lapar. Bancuh tepung buat cekodok bilis. Laju jer budak-budak makan. Bapak budak pejam mata seketika melepaskan lelah bejalan & drive.

Malam pulak selesaikan menseterika baju-baju kerja untuk seminggu & baju sekolah Jannah. Kemas2 beg baju budak Iman untuk esok. Selesai tu semua baru boleh rehat.

Selesai cerita hujung minggu saya kali ini.








Friday, January 13, 2012

Angin perubahan.. Ep. 1

Jom kita berubah angin, selalu saya asyik meroyan jer kat blog ni kan, hari ni kita sejuk-sejukkan hati kita pulak. Layan yer kengkawan.. Pada yang dah tengok jom tengok sekali lagi, buat yang belum tengok sila la menengoknya. (Apa susah benor nak naip ayat nyer ni, udah tua-tua ni slow plak otak ni berfikir)


Dah tengok, sedih tak, terasa sampai tak mesej tu kat hati korang? Jom ler kita berubah yer kengkawan.



Thursday, January 12, 2012

Giler Kamera


Hamik kau, tengah tunggu Nur Jannah balik sekolah kami bergedik berdua beranak. Nur iman ni susah benor nak senyum cantik-cantik.

Ermmm.. rasanya kat mana persamaan muka kami yerk??

Ni kalau tunjuk kat babah dia ni muntah mak kena kutuk.


Wednesday, January 11, 2012

try & error

Cuba pelbagaikan cara pemakaian shawl. baru reti yg ni, lps ni nak cuba pki mcm budak-budak zaman sekarang pulak.

Poyo jer kan beria tunjuk muka sendirik...
Pedulik la blog haku, memang la tunjuk muka haku. Takkan nak tunjuk muka mamak depan rumah plak.

Tuesday, January 10, 2012

Bermekap ker??

Tajuk tak der kena mengena dengan cerita.
Oklah, sesambil kurang kerja ni gatal la tangan nak menghapdate blog kan. Selama berbelog ni rasanya tak pernah ada lagi cerita pasal make up kan? Kali ni nak cerita pasal mekap la pulak.

Macam mana nak ada, bermekap nya dalam sebulan tu sekali jer kot. Itupun kalau time period tu ada masa sebelum pergi kerja nak ngadap cermin lama sket. Kalau tak muka pucat lesi ni la saya bawa pergi opis. Lagipun bukan reti nak bermekap macam orang lain tu. Jenuh la saya ni nak menconteng muka sendiri. Alat mekap nyer pun ada ngan tak ada jer.. Jom tengok apa yang saya ada dalam beg kecik tu.

Bedak ni kak long yang bagi, katanya dia ada 2, beli time pormosi. Saya baru guna sekali. Best rupanya 2 way cake Miyami ni. Tak pernah tau pun sblm ni. Padahal mak & kakak memang guna bedak ni lama dah. Saya jer dok guna Compact Powder dari Johnson tu sejak dulu. Bukan apa, takut nak cuba sebab kulit muka saya ni sensitif sangat.
Untuk mascara pulak sebelum ni guna Brand Silky Girl Lashprism(no.2-Dark Brown) dah habis pun. Punya la lama nak bagi perabis. Lepas tu paksa cik Abam belikan Brand Maybeline macam kat bawah nun.

Sekarang guna yang ni la. Best jugak, kemain panjang bulu mata saya bila dah calit menda alah ni. hihihihi

Untuk moisturiser saya guna Garnier. Dah habis 3 botol pun. Setakat ni kulit muka takde gatal.. maknanya product ni sesuai dengan kulit muka saya. Terus la guna yang ni jer lepas ni.

Ini pulak eye shadow, beli sebab terpaksa, last year nak dinner saya langsung tak pernah ada eye shadow makanya, pesan kat kak long minta jiran dia tolong belikan. Brand COSWAY.

Yang ni pun beli last year, tapi beli kat watsons, sikit lagi nak habis. Best jugak sebab warnanya kena dengan warna kulit saya yang tak berapa nak terang ni.
Lain-lain macam Lipstick, setakat ni saya ada sebatang jer, Brand COSWAY. (L'elan Vital ExtremeShine Gloss Stick). Lipstick, Lip Gloss, Lip Treatment ALL-IN-ONE. Ini jer yang bibir saya boleh terima, yang lain semua akan buat bibir jadi gatal2, panas+pedih dah akhirnya akan kering dan bewarna hitam. Bila dah jadi macam tu kena la repair semula guna ini.
Vaseline Intensive Care Lip Therapy (petroleum Jelly)
Susah sangat bila sensitif sana sini ni, tapi itulah saya. Teringin nak mekap comei-comei macam orang lain, tapi tak boleh sebarangan guna product. Abih Camno?? hihihihi... Redha je la kan. Allah tu Maha Adil. Alhamdulillah....
Ini la hasilnya dari barang-barang di atas.


Kelakar Seram

Cerita pendek

Petang semalam nak balik rumah, Abam dah tunggu ataih moto. Cecepat ler saya ni turun pakai helmet bagai tengok tayar belakang berpusing.
saya: Tayar ni berpusing, mesti abg tak free kan gear.
abam: eh, tak prasan plak.
saya: Baik-baik, nnt terbang kita bang.
abam: ok.... (sambil free kan gear) dan naikkan tongkat.

Dah selesai pakai helmet saya dengan confident nyer naik ler motor itu. Abam pun masuk gear satu pulas minyak. Dannnn.......

PRANG PRENG KRAKK.. ADUH!!

HAHAHAHHAHAHA... APA NIE???

JATUH DA....

Terlentang ler saya ni tepi motor, cecepat bangun sebab pakai baju kurung, takut plak kang ada yang ternampak kat mana-mana sebab sebelah kaki lagi dok ada ataih motor yang dah terbalik itu. CISSS sungguh!!

Sambil gelak-gelak sebab nak cover malu. tapi lutut pedih amat bangun betul-betul kan kain baju.

Ropa-ropanya dia tak buka solex kat tayar depan. Motif dia bermangga bagai adalah sebab sblm ni tadi dia naik ofis saya minta gam nak tampal setem hasil. Udah ler sepanjang jalan pedih lutut teman ni ha. Masin gak mulut saya ni. AllahuAkbar.

Minta di jauhkan dari segala kecelakaan. Amin...

Pagi tadi on da way nak ke tempat kerja nampak sorang kakak & suami dia & seorang lelaki lepak kat traffic light tgh start motor. Kaki kakak tu berdarah sikit, dan saya tau betapa pedihnya kaki dia walaupun luka tu tak berapa besar. Tapi lagi teruk dari luka kat lutut saya ni, sebab boleh nampak dari jauh.

Hari ni saya pakai seluar jer, mudah nak mengangkang ataih motor. Abam Roi saya plak terus ke Putrajaya Hantar Dokumen Maid Dato' & Family.


p/s: Hidup ini ibarat meniti seutas tali- kadang kala kita jatuh sakit dan terluka- dan itulah yang kita rasai saat ini.



Monday, January 9, 2012

Annual Dinner @ Marriot Putrajaya

6/1/12
Dinner kami tahun ni di Marriot Putrajaya
Theme nyer adalah FASHIONISTA NIGHT.

Saya tak membeli baju pun untuk dinner kali ni, pakai jer baju apa yang ada dalam lemari tu. Kebetulan last year ada selai lagi baju yang memang reserved untuk dinner, patutnya pakai tahun lepas, tapi sebab dah apa pilihan baju lain, baju yang ni simpan dulu.

Dinner mula 7.30pm, tapi lewat plak mula. Biasala kan..

Ramai la umat manusia bergaya tak ingat agama. Yang Ca Ya Nun Alif & InDia tu boleh la terima, yang melayu ISLAM ni nak bergaya punya pasal sanggup lupakan agama. Apa kes. Dedah la segala aset yang ada. Rambut yang seciput tu tutup dengan jaring seciput gak. Haishh.. malas nak komen banyak la, Saya pun bukan bagus mana.

Opening untuk food Presentation memang tip top la. Memang gempak habis. 5 bintang untuk Marriot. Jarang2 pegi dinner ada yang buat macam tu. Sayangnya meja saya nun jauh di belakang, maka tiada gambar yang dapat diambil. (lagipun camera battery agak sedih!!)

Yang lain-lain biasa-biasa jer.. makanan sedap. kenyang la perut saya ni.

Layan gambar jer la yer


Ni la kami yang kenal jer, orang-orang picisan

Pembuka selera

With Yati & Zul (gemuknya saya)

Mr Boss (Azizi=Current bos) & (Law=Ex Bos). Amir dalam anugerah 10 years. Tak lama lagi nak tinggalkan kami. (mood=Sedih)

Our Biiiiggg BOS tgh pikir nak letak berapa K untuk special lucky, akhirnya (RM11,888.88) memang giler la, last year 10k. Perghhhh... Tapi, bukan rezeki kami.

with Siti Hajar & Nizam (nak balik dah)

Sampai rumah pukul 1am. Ana-anak dah tido, cik Abam sayang jer yang masih berjaya tunggu isteri pulang. kuikuikui.... Terima kasih Abam.

1st MasterChef Malaysia

Semalam petang dah tengok kat saluran apa yerk..
Malam tadi tengok lagi kat Ria. Ok la sebab tak tengok hari-hari pun benornya, bukan tak minat ke hapa.. cuma ramai manusia yang nak tengok channel lain bila ai nak tgk Masterchef. Takder hal la kan sebab asal namanya ASTRO mesti ada ulangan. tenok je la siaran ulangan nanti. Malam tadi laki bini la menengok final Masterchef Malaysia.

Dan tu la abam komen itu ini. Ai tau la dia suka memasak, tapi tengok jer la.. jgn banyk cakap..

Pemenang memang dah agak dari mula. Bukan nak pandang rendah pada WAHIDAN, benornya suka tgk dia. Tapi sebab ikan tu jer dia tersilap sikit.. Takperla, belum rezeki dia. Yang penting lepas ni mesti ada jer yang nak ambil dia kerja dengan derang.




Doktor Ezani Farhana Md Monoto, Doktor Gigi muda yang berasal dari Kajang, Selangor telah dinobatkan sebagai Juara MasterChef Malaysia yang pertama. Ezani yang berusia 26 tahun ini telah menewaskan pencabar terdekatnya, Wahidan yang berusia 42 tahun dalam Santapan Penamat MasterChef Malaysia. Ezani membawa pulang sebuah trofi, wang tunai berjumlah RM100,000 dan peluang menerbitkan buku masakan sendiri.

TAHNIAH!!



Thursday, January 5, 2012

My Jannah

Ini kisah Nur Jannah.

Semalam 1st day sekolah untuk tahun 2012 ni. Alhamdulillah.. berjalan lancar, yerlakan, dah darjah 2 apa nak kecoh nyer. Bukan pasal tu. Cuma nak cari kelebihan pada Nurjannah ni.

Tahun ni kami tak belikan dia beg sekolah baru. Memang tiap kali ke shopping complex or kedai baju dia akan cakap "mama, tu beg sekolah." macam nak minta beg baru la kan. Tapi saya akan cakap balik."Nanti kita beli, tapi mama tak janji". Dia ok jer..

Kesian gak kat dia. Orang lain semua berbeg baru dengan macam2 gambar. Tahun ni tgk Saham Burung Ilang telo tu tengah naik. Mostly budak akan banyak la ada burung tu. Alahamdulillah Jannah tak merengek minta di belikan beg baru. (Dia tau kot mak pak dia kurang wang) tapi kami belikan la jugak sepasang baju baru & 2 pasang kasut baru. Kasut tu jadi 2 pasang bukan apa, sebab last year punya ilang 2 pasang, makanya takder langsung untuk lenjan tahun ni. Kena jugakla belikan 2 pasang. Ingat nanti nak belikan sepasang lagi yang harga RM10 tu wat pakai hari ada pendidikan Jasmani.

Duit belanja
Duit belanja harian kami masih bagi dia RM1 sehari. Last year pun macam tu. Tapi kami pesan siap-siap kat dia, kalau ada nak beli apa-apa barang lain cakap jangan ambil tanpa mama or babah tau. Itu namanya mencuri, kalau kami ada kami akan bagi. Kalau takda pun kalau benda tu penting untuk dia guna kami akan usahakan cari. Jangan sesekali mencuri.

Botol air.
Last year 3 4 botol gak la ilang. Tahun ni bagi dia guna botol air babah dia. Brand Tupperware. sebab tu jer ada kat rumah buat masa ni. Nanti tunggu gaji baru beli 1 yang muran-murah punya bg dia guna.

Semalam dia dah dapat timetable. Hari ni dah mula bawa buku. Jenuh lenguh tangan menlis nama dia kat buku-buku dai kelmarin. Dah pesan kat babah dia minta buatkan cop nama Nur Jannah. Senang sikit.. (nnt nak sms dia lg ingatkan)

Sweet kan Jannah, banyak ikut muka mama. Pic dlm toilet pun jadi.. Motif? mama tgh test camera phone baru..


Wednesday, January 4, 2012

Dia buat apa?

Hari ni hari pertama persekolahan sessi 2012. NurJannah dah darjah 2, masih sessi petang. Babah dia yang akan uruskan dia petang nanti. Good Luck Abam!!


Agak-agak korang apa yang Nur Iman ni tengah buat? Ni ikut pesen babah dia la ni.

Tuesday, January 3, 2012

Penggal Persekolahan (2012)

Ni untuk korang yang dah ada anak yang bersekolah. Tapi hanya bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Perincian Persekolahan mengikut Penggal bagi kumpulan B.

Bila dah ada jadual macam ni senang nak tengok bila masa yang best untuk apply leave. Moga-moga tahun ni berjalan dengan lancar untuk kami sekeluarga. Amin...




2012



Haha.. dah masuk hari ke-3 dalam bulan Januari tahun 2012. baru nak ingat update blog. Hujung tahun yang suam-suam kuku. Dah masuk bulan safar kan, sekejap jer.

Sebelum menginjak ke tahun 2012 kami telah menambah beberapa lagi gajet baru untuk dibuat main. Esok Kakak Jannah akan mula bersekolah semula setelah bercuti panjang. Memang cuti sungguh dia, langsung tak sentuh buku. Kalau ada pun buat latihan math beberapa muka surat, lepas tu tutup..

Checklist for Januari:-

1)4/1/12~ Check in Jannah sekolah (Darjah 2)

2)6/1/12~ Annual Dinner (JW Marriot)

3)22-24/1/12~ Family Day (ofis asben) @ PD(Tiara Beach)

Setakat hari ni itu saja, kalau ada penambahan baru update.