NUffNang
Saturday, March 24, 2012
Bosan tahap melampau..
Hari ni pegi kerja dengan mata tak berapa nak besar, tapi tak berapa nak bengkak sangat dah.. cover ngan pakai eyeliner then pakai spek, kalau pakai contact lense mmg sure nampak la kan.. Hantar anak2 kat K.long hari ni sebab Babah derang kena pegi cabut undi beli rumah, haih!! nak beli rumah pun nak bercabut undi bagai, bukan rumah sendiri plak tu.
Tadi dapat sms bagitau lambat banyak, sah2 la saya kena betapa kat opis ni sampai dia datang. Tu la part yang paling tak suka. MENUNGGU..
Wednesday, March 21, 2012
Itu Ini TAK BOLEH!!!
Itu ini tak boleh adalah kerana saya terganggu emosi setelah menghabiskan segelas Nescafe tarik segera, kat depan pc tadi. Punca saya minum nescafe adalah kerana terhidu nescafe yang Agnes bancuh tadi. kuikuikui.. (sgt x blh blah kan alasan)
Kenapa marah? Bukan marah, cuma terganggu sebab entah.. minum itu x boleh, makan ini pun tak boleh.. adui.. nak salahkan sapa. Saya la kan..
Dulu saya sangat cerewet bab makanan sebab badan saya sangat mengada-ngada (bukan bangga okey). Jadinya sekarang saya dah tak mau nak pikir boleh ke tak boleh, semua saya hentam, tapi yang jadi mangsa badan saya jugak..
Yang tak boleh mkn (bila mkn akan gatal-gatal):-
- Telur (ini sgt sya sedar)
& benda2 yang blh mengakibatkan kegatalan..
- Seafood
Yang tak boleh makan atau minum (nnt kulit muka akan menggelupas dan gatal)
- seafood
- Susu segar (mana blh tahan)
- Tempoyak, belacan, budu, cencaluk, (saya sgt suka semua ni)
Aish, bnyk la lagi.. tapi semua saya hentam jer, stress sgt klu pk yang tak boleh makan tu.
Saya jugak tak boleh minum air yang berkafein, kalau minum saya akan di serang kembung perut yang membawa kepada sakit kepala yang teruk. Makanya senang cerita bnyk nyer ko tak blh makan & minum....
Mee kuning jugak saya tak boleh makan, klu mkn saya akan terkucil bnyk kali dengan kuantiti yg sikit2 bersama rasa sakit mcm tersepit tu.. (mcm ne nak descripe rasa tu ek?)
Dulu-dulu kalau mak buat gulai masukkan ikan dlm gulai tu sah-sah saya akan rasa sedih sbb tak blh mkn ikan tu, bila mak tau saya mcm tu, dia akan asingkan ikan tu dah gorengkan untuk saya. Jadinya.. saya akan ambil kuah jer, ikan mkn yg goreng jer.. Kenapa saya tak makan ikan tu? Sebab saya rasa ikan tu hanyir.. kahkahkah.. Dan sampai sekarang saya tetap macam tu. Masakkan gulai or lauk berkuah untuk suami, saya amik kuah jer.. ikan suami yang hentam. (leceh kan saya)
*tetiba keluar cerita lama-lama pulak..
Motif cerita saya nih adalah (untung nyer suami saya sbb kahwin dengan saya) sebab saya hanya makan yang murah-murah jer.. Yelah, ketam (seafood) tu kan mahal, tp saya tak makan seafood. Tak ke untung tu.
Psssttt...
Bebas dari Lampin pakai buang
Bermula kelmarin masa ambil dia di Taska pengasuh bgtau Iman dah tak pakai pempers. Balik rumah selang 10 minit saya akan tanya dia samada dia nak kencing ke tak. huhuhuhu... komited nyer saya bila masuk bab-bab berjimat ni kan. Bukan apa.. dah sampai masa dia untuk bercakap. Umur pun dah nak masuk 3 tahun, sebulan jer lagi. jadi elok sangat la kan. Saya tak nak bandingkan dia dengan siapa2 or anak orang. Sebab lain budak lain perkembangan dia kan. Sekarang saya hanya nak berbangga je dengan anak saya, tak kira lambat atau cepat perubahan dia tu. Kesian kat anak-anak asyik dibandingkan dengan orang lain.
Jadinya sekarang saya tetap akan bekalkan 3 keping diapers dlm beg taska dia, (for special case) tapi dah 2 hari ni diapers tu tak berusik, maknanya dekat taska memang sepanjang hari dia free tanpa pakai Diapers. Alhamdulillah... Pengasuh pun rajin layan kan Iman kot. Derang tak bnyk cakap, malah derang yang usaha lebih untuk bebaskan Nur Iman ni dari berdiapers.
Cuma waktu tido malam jer saya pakaikan dia diapers, yelahkan.. baru sangat lagi.. kot-kot kang tetiba terkucil kawan tu atas katil tak ke naya. Dalam 2 malam ni Alhamdulillah... kering jer, sblm tido buang dulu sisa, bangun pagi cepat2 buka diapers dia, tgk kering cecepat bawa ke toilet untuk buang sisa. Rasa best pulak bila dia rajin cakap.. Walaupun kadang2 dia kata nak kencing tapi bila bawa ke toilet tak der apa pun, sekurang-kurangnya dia pun berusaha untuk diri sendiri.
Serupa, tapi tak sama..
Tuesday, March 20, 2012
Jangan Monyet!!
Comel je kan monyet tu berasap telinga.
Tapi yang saya nak tunjukkan disini bukan monyet tapi Si kenit Nur Iman ni. Suka buat benda-benda yang orang tak bagi. Bila dah terkena mulalah melalak macam haper jer..
Nampak tak tangan dia kat telinga tu, tu telinga tengah berasap la tu makan pedas sorang-sorang, tak bagi orang tolong. Ni la salah satu perangai baru dia, asal kepedasan mesti nangis sambil tutup telinga. Hish!! macam macam Iman ni. Lagi dia buat perangi lagi kami sayang.
Bila babah dia tunjuk tu cecepat amik phone nak snap pic ni, mama bukan nak tolong dia ni. Babah jugak la jagi penyelamat. hihihihi
Potong Rambut
Dan nasib agak baik bila dia bagi kerjasama, tapi tak bertahan lama, bila smapai part nak repai yang lebih-lebih tu dia dah tak nak duduk diam. Kalsium pun dah habis, makanya capai mana yang dapat je la. Dan inilah hasilnya..
Oklah dari tak berpotong + tak panjang-panjang sebab rambut dia yg hujung-hujung tu dah berbuah & pecah, kalah rambut orang tua. Syampu kerap sangat kot...
Lepas sisi potong rambut dia tetiba menjadi sangat buas, sapai babah dia tanya "kenapa buas sangat ni adik"? takkan sebab rambut dah pendek akal tetiba menjadi panjang. hihihihi... Lagi dia melasak, lagi kami sayang. Kalau menjadi-jadi marah dia ngan penyangkut baju jer.. confirm blm kena dah ckp "tak nak" sambil nangis.
Monday, March 19, 2012
Tutti Fruiti..
Flavor ukit tekak kami (saya & Jannah)
Flavor : Coklat, Vanilla & Delima (ini babah yg nak)
Topping : mcm macam (msh ikut tekak Jannah
Total RM28.40 (amik kaw)
Terpaksa makan kat tempat lepak luar sebab dlm kedai dah penuh orang. Not enough places for us. Sampai licin hingga menghirup kecairan (itu dak iman). Lepas ni nak tuju "KAW KAW BURGER BAKAR". Tunggu!!
weekend!!
Saya sangat excited bila tiba hujung minggu sebabnya susah nak merasa duduk rumah 2 hari to the fullest. Kan saya kena kerja sabtu. Jadinya bila time off on saturday jadi sangatla rasa berbaloi..
Weekend kali ni takder aktiviti membasuh. Kenapa?? sebab my washine machine ROSAK. Part ni rasa stress bila fikir.. yelah kan, dah la ahli rumah dah ramai, kain baju melambak tak berbasuh, mesin basuh rosak pulak, mau tak stress mak.
Then my lovely man decided meng'clear' kan sampah sarap yang kami kumpul. Yer.. kami sangat cintakan alam sekitar okey. Sanggup simpan tong-tong kosong, tin-tin minuman dan lain2 barang yang lain. Kami hanya buang sisa pepejal. Walaupun begitu, saya masih menggunakan disposable diapers untuk Nur Iman, kerana mcm tak mampu nak beli Cloth Diaper walaupun ada cita-cita begitu masa mengandungkan dia dulu.
Maka inilah hasilnya setelah sampah2 itu dikumpulkan...
Hasil dari jualan sampah-sampah tu dapatla RM21. On d way pulang ke rumah terserempak dgn lori jual buah, benti pegi beli mangga RM 5, Kundang pun RM5. Ada lagi balance RM11. Tambah RM1 lagi dapat bayar duit dobi untuk minggu ni. (kan mesin basuh rosak, kena la hantar baju ke dobi)
Friday, March 16, 2012
9 'SITI' yang patut dijadikan contoh
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak ‘Siti Nurhaliza’ sahaja sebagai ‘role model’ untuk anak-anak kita.
Sumber: http://www.hafizamri.com/
Thursday, March 15, 2012
John Carter
Pastu tak tau nak kemana, last2 pegi IOI jer.. Jadila kan. Sampai sana lagi 3 minit nak pukul 1, cecepat beli tiket. Mujur lada kosong lagi, tapi yg twin seat la.. Boleh la dari takde.. tapi kami tengok yg biasa jer.. Bukan yang 3D.
Jalan cerita best, memang tak bosan, ingatkan cerita perang2 sepanjang cerita rupanya tidak okey!! Ada sense of homur gak la cerita dia. Best best..
Kalau korang nak tengok beloh pegi tengok, saya yang tak minat cerita epik or geduh2 or perang2 ni pun boleh layan. Memang best.. see.. dah berapa kali saya taip best.
Best kan.
Berdoa Untuknya..
Ni berita beliau dalam SinarHarian
Anggota bomba hilang selepas terjun ke laut - Selangor & KL - Sinar Harian
Jadilah Sekental Khadijah
Semua resah dan mengeluh kepenatan.
Ada yang menangis menanggung derita dan perit. Ada juga yang selamba. Semuanya inside-out !
Tika mana Allah mentaqdirkan bahawa Siti Khadijah r.a menjadi pasangan hidup Baginda s.a.w, dunia dakwah yang dulunya kelam menjadi terang.
Secara maklumnya, Siti Khadijah binti Khuwailid merupakan seorang peniaga yang berjaya didalam bidang perniagaan. Seorang yang kaya. Kesanggupan memilih untuk menjadi Penyejuk Mata kepada seorang yang tidak berharta ternyata memberi tamparan kepada seluruh wanita tika itu. Cinta sejati tidak kenal harta !
Rasulullah SAW bersabda:
“Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa.”
Kekentalan Cinta Siti Khadijah
Selepas bergelar Isteri kepada Baginda s.a.w pastinya banyak yang perlu dirintangi bersama.
Kaum Kuffar Quraisy yang sentiasa memusuhi Baginda.
Abu Jahal dan seterunya.
Sehinggakan pernah semua barangan niaga Siti Khadijah diboikot serta merta dek memilih untuk bersama Baginda s.a.w
Namun, itu sedikit pun tidak mengoyahhkan cintanya kepada Baginda kerana Siti Khadijah tahu bahawa perjuangan Baginda perjuangan yang benar dan mahu bersama Baginda hingga ke syurga.
Sifatnya yang tidak terburu-buru dan sentiasa berhati-hati dalam membuat tindakan sebanyak sedikit membantu Baginda menjulang tinggi kalimah tuhan Allah yang Maha Esa.
Cacian. Makian. Herdikan. Perlian semuanya dihadam begitu sahaja oleh Siti Khadijah.
“Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” – (An-Nahl: 97)
Jadilah Siti Khadijah Abad Ini
Bagi muslimah diluar sana yang banyak dugaan merintangi kehidupan. Jejaki jejak Siti Khadijah yang lama tercicir dek kealpaan kita.
Sifat lemah lembut dan hikmahnya.
Tegas dan prihatinnya.
Tenang dan menenangkan serta yang lebih penting cekal dalam kehidupan !
Rintangan dalam berdakwah itu perkara biasa. Keluarga, kaum kerabat dan sahabat terdekat.
Rintangan dalam melalukan perubahan itu juga perkara yang amat biasa. Kerna ianya melibatkan banyak jiwa.
Oleh kerana itu, berdakwah, berubah, berhijrah dan segalanya melibatkan jiwa manusia ianya memerlukan pengorbanan
Hati yang ikhlas merelakan perubahan dan mendambakan keredhaan mampu mengubah keadaan sekeliling yang sentiasa memusuhi.
Jejakilah jejak Siti Khadijah. Wanita pertama yang beriman kepada Allah dan RasulNya.
Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, “Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?”
Khadijah berkata, “Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah.”
Wahai muslimah jangan menangis dan mengeluh ! Kerna tanpa anda umpama tiada lampu untuk disuluh.
“Disetiap lelaki yang hebat, dibelakangnya pastinya ada wanita yang hebat membantu. Behind every great man, there is a great women”
Apabila bercakap tentang dakwah, tidak semestinya kita perlu berada dibarisan hadapan. Tidak semestinya perlu menjadi barisan utama. Memegang pisau, mengupas bawang untuk barisan pertama pun sudah cukup mulia dan dikira sebagai dakwah. Jangan gusar ! Ada jalannnya.
Anda pilih, Anda mampu mengubahnya !
Saya copy dari MyIbrah.
Friday, March 2, 2012
Bila selalu selsema..
Thursday, March 1, 2012
Bila "Medical Leave"
Saya diserang selsema sekali lagi dalam tempoh kurang satu bulan, sampai sakit-sakit hidung & sampai menggelupas le kulit idung ni kena tonyoh. Makanya Jumaat 17/2/12 tu decided takmo pegi keje, amik MC je kata babah. Iman pun tak payah antar taska buat teman mama dekat rumah.
Bila Iman teman mama maknanya mama pun takde masa nak golek2 beria la kan, oleh sebab kami awal-awal dah mandi makanya Iman jadi sangat bosan tak tau nak wat apa, Dia bukan melayan kartun sangat. Tak macam si Kakak Jannah, pantang tgk kartun x dengar dah menda lain.
Jadi Macam-macam la di buatnya.
Memula main, lps tu hentam biskut
Lps tu susun selipar la pulak..
Bosan-bosan ajak mama ke kedai paw mama suh beli aiskrim
Dah kenyang makan itu ini, tido..
Barula mama pun dapat join tido sama. Dah kabor awal-awal ke babah, hari ni mama tak memasak tau, mama nak rehat jer.. Sib baik dia ok jer.. Thank's jer Abang