NUffNang

Thursday, December 31, 2015

Kau dan Aku

Lately saya rasa saya banyak sangat memikir. Otak busy berfikir tapi fikir apa pun tak tahulah. Fikir benda-benda yang menakutkan diri sendiri.

Thank you Yam sebab selalu ada dan buat aku gelak. Kadang saje jek gelak macam orang gila tak ingat dunia sebab nak lupakan apa yang ada dalam kepala walhal hakikatnya lepas gelak fikir balik benda yang sama. Tapi kitorang selalu la macam tu, fikir diluar kotak kewarasan manusia biasa sebab kitorang perlu gelak.

Bukan semua benda kita boleh share dengan orang, sama macam bukan semua benda saya boleh tulis dengan bebas dalam blog ni. Banyak hati yang perlu saya jaga dan hormat.

Yam tahu apa yang saya mahu dan dia selalu ada idea yang neutral. Kalau dia tidak setuju dengan pendapat saya, dia akan beritahu dan saya juga bukanlah orang yang sentiasa mahu menang.

Saya cuba faham awak walaupun saya terpaksa ikut jalan yang berbelit. Saya cuba ikut rentak awak walaupun ada waktunya ia sukar ditebak dan canggung.

Saya perlu fokus dengan apa yang saya mahu. Saya perlu beri lebih perhatian dengan apa yang saya buat. Saya rasa kita sendiri perlu melihat dan merencanakan apa yang kita perlu dan mahu, bukan dengan menunggu orang lain yang lakukan sesuatu untuk kita. Dalam dunia ni kita perlu jadi selfish tanpa menyusahkan orang lain.

I truly believe that I am on the right path.


Love,
Ziel

p/s: percaya padaku

No comments: