NUffNang

Tuesday, July 19, 2016

Friend, Enemy or Stranger??

Don't know where to start..

Secara logik akal atau secara logik seorang perempuan bernama Zila jika sesuatu yang telah berakhir cukuplah sampai di situ. Tiada lagi ruang untuk berbaik atau sesuatu hubungan yang di kategorikan sebagai "member". Melainkan memang di kedua-dua pihak sedar dari awal bahawa hubungan itu tidak akan berakhir seperti yang kita mahukan. Maka, mungkin boleh di fikirkan semula.

Tetapi dalam hal yang satu ni, saya tidak nampak apa relevan-nya meneruskan hubungan yang telah di titik noktahkan. Saya tidak bersedia menjadi kawan atau "member" atau musuh awak. Saya hanya boleh jadi "Orang Asing".

Kalau kita "KAWAN" (Friend)
Kawan bermakna akan ada talian-talian hayat yang mungkin akan membawa kepada rasa yang pelbagai. Sebab apa? Sebab kita pernah merasa lebih dari kawan.

MUSUH (Enemy)
Kalau musuh... Entah, saya tak pernah fikir saya nak memusuhi sesiapa.

Orang Asing (Stranger)
Bila kita orang asing, kita takkan punya apa-apa rasa. Suka pun tidak, benci pun tidak. Sebab secara logik, pernah ke korang tetiba lalu sebelah orang yang korang tak kenal tapi tetiba korang rasa macam menyampah kat dia? Kalau tanya saya.. Jawapannya tidak pernah. Sebab saya bukan seorang yang menilai orang lain. Saya boleh senyum pada stranger tapi bukan membenci stranger.

Bila kita jadi orang asing kita mungkin boleh mulakan sesuatu hubungan itu. Mulakan dengan semua yang baru. Bermakna kembali belajar kenal satu sama lain. Tinggalkan atau lupakan apa yang pernah terjadi. InshaAllah hubungan baru yang kita cuba cipta akan lebih bermakna dan hasilnya lebih lancar.

Takpalah, malas cakap banyak.

Hendak merayu saya malu. Selalu ingin mengingatkannya semula tetapi yang tercetus dari hati tetap tersimpan dalam hati kerana saya tidak berani untuk menyampaikannya.

Kalaulah dengan bersabar ini pahala saya sebagai hamba Allah membukit dan mampu membantu saya di akhirat nanti, saya akan belajar untuk reda dengan apa yang mendatangi saya nanti. Tuhan maha pengasih, Dia tidak pernah bebankan saya dengan sesuatu yang tidak mampu saya pikul.

Setiap ujian itu pasti datang bersama rahmat-Nya.

Usaha untuk melakukan sesuatu itu amat penting. Usaha tidak terhenti dengan niat untuk melaksanakannya atau sekadar menanam impian.

Mungkin saya salah semalam bila saya kata saya baik, mungkin saya kurang baik untuk membuka hatinya. Namun saya lega ketika saya minta sesuatu yang baik daripadanya dan tidak diendahkan, disertakan dengan pelbagai alasan... lalu saya buat kesimpulan sendiri.

Yang salah tidak perlu diperbetulkan
Yang patah tidak perlu diperbaiki
Yang luka dibiarkan berdarah
Yang sepi terus dibiarkan sunyi

Cukupkah sekadar maaf?

Maaf tidak mampu menyembuhkan hati yang terluka. Kalaulah maaf itu mampu membantu kita melupakan semuanya dan menjadi orang baharu tanpa tertinggal secalit memori, mungkin maaf itu berbaloi.

Maaf dan berlalu pergi. Tinggalkan semua kerosakan tanpa perlu diperbaiki. Biarkan dia terumbang ambing sendiri dengan harapan nanti akan ada orang lain yang akan menggantikan tempatnya untuk memperbetulkan keadaan. Begitukah?

Semoga ada cahaya di hujung jalan yang akan membantu saya meneruskan perjalanan, cahaya yang akan membimbing saya menjadi yang lebih baik. Cahaya yang memimpin saya supaya tidak sesat.

Sayang, pastikan ini rebahmu yang terakhir dan kau akan bangun dan tidak akan jatuh lagi. Bertahanlah selagi Tuhan mahu kamu hidup.

I choose to be legal and you refused.
May we find peace in our heart.






Love,
Ziel



No comments: