NUffNang

Tuesday, July 19, 2016

Minta dari Hati

Chup! Saya teringat lagu favorite saya by Jason Mraz, I WON'T GIVE UP. Seminggu ni saya dengar lagu ni sepanjang pagi. 
Lagu ni saya nyanyi untuk diri saya sendiri, motivate diri sendiri jangan jadi orang yang senang sangat nak mengalah. Bukan nak layan jiwang ke, nak layan lentok ke, takde... sebab kita sedar kita bukan budak-budak lagi.

Encik Sibuk is busy dan dia tak ada masa nak layan kau merajuk. Dia pun tak pedulilah kau nak melalak sensorang. Dia macam orang sakit gigi, balas mesej kita yang panjang dengan HMM aje.

Kelmarin, semalam lepas solat maghrib agak lama juga saya sembang dengan seorang rakan. Bila dalam dunia BUKAN HANYA ADA KITA setiap perkara itu tidak akan pernah jadi mudah biarpun kita telah didik hati kita supaya jadi sabar dan selalu mengalah. Bila acapkali sangat kita terluka, cuba kita tanya diri kita semula kenapa dahulu kita setuju mahu jadi yang kedua. Apa tujuan kita berkahwin sebenarnya, apakah sekadar untuk menghalalkan hubungan dalam kita mencari keredaan Allah supaya kita sama-sama dapat berkongsi kebaikan dan pahala atau sebenarnya kita berkahwin untuk menjadi setaraf dengan yang pertama, mahu menuntut hak dan layanan sama-rata atau apa?

As I have said earlier, nobody can be fair. Dalam dunia sekarang ni susah nak jumpa suami yang mampu berlaku adil, majoriti suami yang berpoligami selalu lebihkan isteri pertama kerana dihantui rasa bersalah menduakan isterinya tapi sebenarnya kalau ketiga-tiga pihak itu tahu hukum Tuhan itu mudah, insya-Allah dunia akan aman-aman sahaja. I think I can mention here, ada tu husband dia kopiah atas kepala tapi dalam banyak hal dia tetap lebihkan isteri pertama (yang kuat mengaji mungkin kerana dia sedang berperang dengan perasaan sebab tu mengaji aje - tapi interpretasi saya kalau mahu mengaji biar kenal sekali maksud ayat yang dibaca jadi dengan mudah dia didik diri sendiri menjadi muslimah yang sebenar, yang tahu hukum, yang tidak membebankan suami yang perlu berlaku adil dengan isterinya yang lain.

Kalau dari awal tujuan berkahwin itu untuk menghalalkan hubungan dan ia perlu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga terutamanya isteri pertama - fikir dulu, sejauh mana kita mampu jadi 'perempuan simpanan', sanggupkah kita hidup tidak seperti pasangan lain, cemburu tak kita nanti dengan segalanya yang lebih tentang pihak yang di sana, kalau kita dah audit dan semuanya jelas di mata dan hati kita yakin memang itu yang kita mahu - teruskan tapi keraplah ingatkan diri sebelum pasang niat mahu menuntut hak sama rata, kita nak upgrade status kita (kira beruntunglah perempuan itu kalau lelaki itu mahu menghalalkan hubungan mereka, syukur bebanyak kendian duduk dendiam dan jangan mintak yang bukan-bukan sebab ada perempuan lain yang belum ada rezeki untuk dikahwini sesiapa).

Saya sedih bila saya cakap macam ni,

" I am only a choice bukan pelengkap hidup dia, I kena sedar diri dan bertahan selagi mampu."

My dearest friend said, you're the sweetest among all dan boleh hidup sendiri kalau you mahu, dengan jawatan dan gaji besar you dulu, you boleh hidup senang lenang goyang kaki tapi you pilih jalan yang satu itu, jalan yang kita berdua tahu jalan itu penuh ranjau, jalannya berliku tapi you sanggup tempuh sebab you sayang dia dan you nak kongsi nikmat hidup yang melimpah ruah dengan dia (in this case, we both know bila kita sorang rezeki tu macam tak habis makan dan bila kita kongsi nikmat yang kita dapat tidak seindah yang kita harapkan) namun kebahagiaan tidak seperti yang kita bayangkan.

"Suami kita ketua keluarga, semoga Allah proses hati mereka dan sedar bahawa kita adalah amanah Allah. Jangan simply mempermainkan hati orang kalau tidak bagaimana nak dapat keberkatan hidup, rezeki dan bahagia jika terusan melayan isteri begini? Kenkadang I takmo fikir sampai ke situ, itu yang I doa supaya Allah tiupkan kesedaran pada dia kerana soal keberkatan tu penting."

See, Allah temukan dia dengan seorang bidadari, tapi entahlah. Semoga hidup kita diRahmati.
Entahlah, saya bukan siapa-siapa nak ulas panjang-panjang tentang masalah rumahtangga orang sebab rumahtangga saya sendiri tak siap cat.😂
Saya tidak mahu orang cop kat dahi saya sebagai pendukung poligami nombor wahid tapi saya memilih untuk berada di belakang barisan kedua jadi duta kecil mereka dan menyampaikan apa yang saya sedia maklum tentang mereka - bukan yang kedua tapi mereka juga isteri dan mempunyai hak yang sama - pi buka kitab faraid kalau tak percaya dan yang paling penting, bukan semua mereka itu gedik, gatal, birah lalu tidak wajar sama sekali mereka dilabel sebagai perampas dan perosak rumahtangga.

Harap maklum.

Anyway, I am ready to meet my Friday. Yehuuuu...

Let's gear up and get going.

Love,
Ziel

p/s: adakalanya kita lelah dan mahu menyerah... tetapi meletakkan takdir hidup di tangan orang lain tanpa berjuang dengan sungguh-sungguh sama seperti orang mati bunuh diri.
p/ss: adakalanya kita lelah... bila kita taip pepanjang dan dia balas HMM aje lalu kita tutup telefon dan mimpi sorang-sorang.

No comments: