NUffNang

Friday, July 20, 2012

Cameron Highland part 2

Sambungan lepas ke Bharat Tea yer..

Dari Bharat Tea kami naik lagi ke atas.. On da way nak ke Brinchang, jumpa Cactus Valley, singgah kejap, tak membeli apa2 pun, tgk2 lepas tu blah..

Sampai atas jumpa Time Tunnel, memang dalam rancangan maka kita masuk. Tiket tak mahal, dewasa RM5, kanak2 RM2 (Total RM14).. Puas la pusing2 dalam tu, Iman mula2 nak keluar, gelap katanya..  Apa la Iman ni..

Meh nak tunjuk sket gambar2 masa kat dalam tu. (dari H/P jer)

Area ni dia letak tin2 susu, mainan2 zaman kita dulu2..


Kakak sgt berminat dengan piano lama tu..

derang tgh tgk mercun & bunga api.

see..

Babah derang kata, masa dia kecik2 dulu dia sgt menginginkan game tu (hok ada button merah kiri kanan tu) tapi tak merasa sebab tak mampu.. kesian dia..

TiBi gini saya sempat dulu2 (itam putih gambarnya) ada pintu lagi..

Paksa Jannah bergambar dengan air botol lama2 nih..

See.. dah kata memang dia berminat sgt dengan piano ni..

Adik Iman pun nak jugak...

last but not lease, Jannah tingin nak bergambar atas trishaw ni..

Keluar dari Time Tunnel ni kami jalan skit kedepan konon nak masuk ke Strawberry apa ntah kat ujung tu, sekali nampak ada kedai makan, singgah dulu la nampaknya. Memandangkan memang kami tak makan lagi dari pagi jadinya memang masa untuk isi perut la kan.. 

Lepas tu lupa dah.. kahkahakaha... Pic banyak kat Camera, tapi sebab gatal tangan semua dah transfer kat lappy kat rumah, (cut ok, bkn copy) tunggu rajin nak bawa lappy baru ada tambahan gambar yg cerah sikit hasil dari camera.

Sambung nanti pulak la yer..

Thursday, July 19, 2012

Cuti Bermalas-malasan!!

Ayuh baca dan lihat activiti cuti-cuti kami kali ni.

Sebelum ni saya ada bagitau yang kami dapat voucher percutian percuma kan.. ha, ni la dia. Dari empat tempat yang dia bagi tu kami pilih yang tak dekat dan tak jauh sangat, dan jugak yang tak pernah kami sampai lagi.. (CAMERON HIGHLAND)

Mesti ada yang kata, "ala.. apa la sangat pergi Cameron." Tapi bagi kami yang sangat susah nak pergi bercuti ni dah syukur sangat la dapat pergi Cameron tu kan.

Tak payah cerita banyak la yer..

Pagi Khamis tu gerak dari Puchong pukul 8.30am. Dari tol Putrajaya keluar di tol Tapah (RM24++) tak ingat brape yang plus2 tu.

Sebelum tu singgah R&R mana ntah sebab Abam nak luruskan kaki katanya. Dak Iman memang sangat behave masa ni, pukul 9++am dia dah ngantuk & sambung tido. Sampai R&R tu baru bangun pulak. Trus pegi buang sisa dulu. Gerak balik makan telur rebus hasil tangan babah dia. Mujur Babah tergerak hati nak merebus telur subuh2 tu.

Habis 2 biji telur rebus dia start suruh nyanyi. Ades la anak.. Kakak macam biasa bosan, bagi main PSP tak jalan dah, akhirnya games dalam handphone mama jugak yang derang lapah.. kihkihkih

 ok, dah sampai.. tapah kot..

Jom amik pis syok sendiri (sial la tgk kakak Jannah tu, suka wat cacat gambar)


Ok, sambung lagi, sampai keLata Iskandar kami berenti kejap, babah beli stok air & makanan untuk anak2. Takut derang lapar katanya. Syabas Babah sbb ingat kat kami yang sentiasa lapaq ni.

Sempat snap pic dari dalam kereta je la masa kat Lata Iskandar tu, malas nak keluar, kalu keluar kang entah bila pulak budak2 nak masuk kereta semula.


Jadi la kan dari takde langsung.

Teruskan perjalanan yang penuh berliku dan corner yang gerun & ngeri. Tapi best sebab tak panas. Segar sangat sebab dapat tengok pokok kiri kanan jalan. Dari sini Nur Iman dah mula tak sedap perut. Asyik kata sakit perut. Mujur la mama dia ni dah stanby segala mak nenek minyak dalam beg Doremon mama ni, cepat2 sapu minyak Yuyi. Tapi masih tak dapat legakan ketidakselesaan dia. (poor Iman)

Jannah maintain cool, kejap2 baring, kejap2 kang duduk pulak. Sampai Ringlet berenti lagi, babah nak isi minyak kasi penuh tank katanya. Sebelum tu Nur Iman dah muntah dah. Mujur dia bagitau dia nak muntah. Sempat buka plastik kasi tadah..

Dari Ringlet ke Tanah Rata masing2 dah tak banyak bunyi, penat dah kot. kihkihkih.. Kami tak berenti pun kat Tanah Rata, sebab target memang nak terus ke Brinchang. Tapi Sempat berenti kat Bharat Tea amik2 gambar sat.

 masa ni babah tak berapa nak turun, tak nak penat katanya..


 Hasil pujukan anak2, babah mengalah


 Saya yang excited..


 Motif korang menonggeng anak2?



 Iman yang sibuk nak petik daun teh tu


 Derang pun eksited sama mcm mama..


Dah naik, muka babah penat..


Iman membuang sisa lagi, ni lps keluar, sempat lagi ko nak bergambar yer nak?


Kami yang separuh semput panjat bukit, (ada jalan elok nak cross bukit gak)

Ok, sampai sini dululah kisah part 1 Cameron kami yer, nnt sambung kat part 2 pulak..


 

Wednesday, July 4, 2012

Memperkenalkan!!!

Taraaaa!!!

Asyik cerita pasal kami jer kan, meh nak runjuk wajah-wajah kesayangan kami.

Inilah Mak saya, ni masa mak datang sini lepak sambil jaga cucu. 


Ini pulak abah saya, ada gambar abah sorang tapi abah tak paki baju pulak, sexy sangat nak tunjuk kat sini. Jadinya gambar ngan cucu-cucu jer la adanya.

Nadhrah Nur Iman

Lagi!! Asyikk-asyik pasal Iman, Cerita la pulak pasal Jannah. (mesti ada yg kata gini)

Ini memang cerita Iman tapi bukan sebab saya hanya sayang anak saya yang bernama Nur Iman ni sahaja. Saya sayang Jannah saya jugak. Tapi disebabkan Kakak Jannah semakin membesar dan perangainya semakin kurang yang membuat darah saya mendidih maka memang akan banyak cerita dak kecik ni la kan. Nanti saya buat Entry pasal Jannah yer.. Mesti korang geleng kepala kuasa 100.

Kali ni nak tepek pic Iman masa dia nakal dan masa dia tak bergerak. hihiihi (tidur)

Dah pernah ada rasanya pic ni, ni kat opis saya hari sabtu.. tgklam bawah kerusi pun jadi..


Penat sekejap minum susu.. kasi re-charge energy
!
!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!



taaaraaaaaa!! ni muka suci bersih masa tengah tidur.  Tenang jer kan


Saya selalu geram dengan bibir dia yang muncung-muncung tebal tu. memang selalu jadi mangsa kena cium dengan mama la. Kakak pun dah mau cium adik dia ni sekarang.

Ok, chow dulu, nak pikir entry seterusnya. hahahhaha

Iman dan Mainan

Assalamualaikum...

Ini cerita Nut Iman pulak. Sejak makin besar ni akal makin banyak, perangai berubah setiap hari. Makin nakal makin sayang.

Malam tadi lepas kakak pergi tuisyen dia takder geng nak berganyang (selalu dia buli kakak). So, suka la dia mengorek mainan-mainan lama kakak Jannah dalam bilik kecik tu. Selagi tak di bukakan lampu selagi tu dia jerit minta kita bukakan lampu. (penakut ke Lipas)

Maka malam tadi dia teringin nak main blok-blok ni. Layankan ajerlah.

Memula dia tak perasan saya amik gambar dia, ok lagi...


Yang ni dia dah tau saya snap pic dia. Tapi blh kontrol lagi kut hati tu nak berposing.


Akhirnya tak mampu jugak nak pura-pura tak tau mama tengah rakam aksi dia tengok jugak... kihkihkih..

Dia ni sangat mesra dengan camera. Asal orang kata nak amik gambar jer kemain cepat beraksi.

OK, yang ni saya saja cuba-cuba..



Tuesday, July 3, 2012

Saya=semangat nyerrrrr...

Hahahaha... tajuk memang tak boleh angkat punya!

Korang ader? Ini entry hanyalah untuk kenangan saya ok. Takder niat nak sindir or mengata sesapa. Hanya untuk diri sendiri.

Sejak bermenjak ni badan naik sangat mendadak.. makan adalah macam biasa. Kadang2 skip lunch tapi badan tetap naik. Naik pulak kat bahagian-bahagian yang kalau berlemak tu memang nampak.
(Lengan, perut, punggung) Aish, stress mak gini. Orang asyik kata saya tak gemuk, sebab mereka2 tak nampak apa yang saya nampak. Yelah kan takkan saya nak selak baju tunjuk kat deme kan.

Tapi tulah, nak buat camner kan, selera tengah ada, makanan pun ada.. takkan nak biar semut & lipas makan pulak kan. Harusla saya yang makan. Membazir tu kan amalan SYAITAN.

Dan ini buktinya saya sedang membesar bagai juara.

Ini gambar masa pergi GT hari tu, lihatlah lengan saya yang dah macam lengan orang lelaki itu.




PAVLOVA

Tingin nak makan punya pasal, maka order la dengan Ijan (Norazizan Yusop). Dekat jer pulak dengan rumah. Cepat pun yer.. Order tghari malam pkl 8 dah blh amik. Mula dia nak antar, tapi kami kebetulan nak keluar, kami jer la pegi amik kat rumah dia.

Sedap, kurang sikit manisnya. Abam yang tak suka kek atau makanan seangkatannya pun boleh makan. kita ok la kan.

Inilah rupanya, saya order saiz 7" jer & 1 layer jer, nak rasa jer kan.


Ini rupa dalamnya (setelah dipotong dan dirembat buah-buahannya)

Harga agak munasabah, untuk 7" ni RM45, kalau double layer RM65.



Jom Fried Chicker

Hari tu tak berapa rajin nak tempoh dapur so abam kata kita tapau jer la.. Masalah kami ni bila kena tapau mulala garu kepala.."nak makan apa yer?" Masing-masing jenis gitu dah sekarang. Pehal!! dah habis semua jenis makanan ke kami dah cuba sampai tak tau nak makan apa? hihhihi

Akhirnya abam kata jom kita cuba "JFC". saya pun ok jer lah kan.. Trus ker Pchong GateAway.. Sebenarnya kami jarang sampai ke sini, tempat ni pun baru jer banyak kedai buka.. Kira kawasan baru nak naik ler ni.

Sampai-sampai meng'order' la kami laki bini. Order cukup-cukup jer takut tak sedap. Yerlah, benda baru kan, tekak baru 1st time nak rasa. Kat sini WIFI adalah FREE.. kihkihkih.. so, sementara tunggu popcorn set kami siap berinternet la kami.


Jadila kan dari tak makan sebab malas.