NUffNang

Saturday, May 7, 2016

DREAM

Bila mana kau semakin tak mampu hidup aktif seperti sebelum ini, Apa yang ada dalam kepala hanyalah sesuatu yang akan buat kau tenang.

Contohnya,

Rasa macam nak pindah, migrate duduk kat NZ. Tapi nanti kau susah plak nak jumpa orang. *takpalah, kawan ngan kambing sama lembu je la. **hahahhahahahha

Sekarang pulak dah mula berangan pindah duduk kampung. Ada rumah kecil tepi sungai ataupun tepi laut.. Hari-hari boleh dengar bunyi air. Memang happy hidup bahagialah kau Zila..
Apa yang saya mahukan hanya hidup tenang-tenang tanpa gangguan penderaan mental. kikikihhh.. Macamlah sekarang ni kau kena dera kan Zila :P

Sediakan satu ruang kecil untuk berkarya walaupun saya tau karya-karya saya tidak akan terbit di mana-mana column. Best tau duduk pinggir kota. Sudahlah hari-hari boleh hirup udara segar, boleh tengok pokok-pokok menghijau, boleh dengar air mengalir... Wahhhhhhh!!! Saya memang giler nak pindah keluar dari kota batu ini.

Tapi sebelum migrate pergi NZ or pindah balik kampung, kita pastikan survival kita kat Selangor ni dulu. Sampai bila kita nak berlumba-lumba dengan kesibukan kota ini.

Entahlah... susah kut sebab otak orang-orang town planning-politician-town developer tak bercantum. Yang mungkin bercantum hanyalah keghairahan mereka mencabuli alam semulajadi demi kelangsungan poket masing-masing.

Sedangkan di kampung pun sebenarnya tidaklah senyaman dulu. Tapi saya hanya membayangkan yang indah-indah je sebab saya tetap mahu apa yang telah saya tanam dalam otak saya ni bahawa kampung adalah tempat yang damai walaupun hakikat sebenar indah khabar dari rupa.

Wallahualam.

Bersyukur kerana masih hidup biarpun kurang sihat. Bersyukur masih bahagia dan gembira biarpun selalu keseorangan.

Syukur alhamdulillah.


Have a beautiful weekend peeps!

Love,
Ziel



No comments: