NUffNang

Monday, May 16, 2016

Short Vacay??

Yes!!

Tak berapa nak percaya, tapi itu la yang saya buat. Hahahhaha.. Dasat ea kau Zila. Kadang-kadang diri sendiri pun tak percaya saya seberani itu. Huh!! Berpeloh mak noks, malam sebelum pergi dah tak lena tidur dok memikir kemungkinan-kemungkinan yang akan jadi.

Sebenarnya plan bercuti datang tiba-tiba lepas saya berada pada tahap nyawa-nyawa ikan lepas ditinggalkan orang yang saya sayang. *Sila telan muntah korang
Hahahahha.. betul la, dia antara orang yang paling saya sayang setakat ni lepas anak-anak. Bertahun menyemai kasih, macam-macam dah lalu, tapi akhirnya semua yang saya pertahankan lebur macam tu je. Takpa lah, saya terima.

Terima Kasih untuk seseorang yang merancang this CrazyTrip. Called it crazy sebab semuanya tiba-tiba, dengan macam-macam hal jadi. Dari salah book flight sampailah terkejar-kejar dengan masa. Alhamdulillah, ditemukan dengan seseorang yang sangat pentingkan masa. Tapi saya pulak yang jadi takut bila dia sangat punctual.

Percutian yang sangat-sangat singkat, tapi sangat berbaloi. Alhamdulillah, saya temui apa yang saya perlukan. Bukan apa yang saya mahukan. Saya sangat sedar saya sebenarnya tak mahukan ini, tapi Allah tahu apa yang saya perlukan. Dia beri, walaupun sedikit tapi cukup besar pada saya.

Saya tahu apa yang saya buat dan saya tahu apa yang saya mahu. Setiap hari saya berdoa pada Tuhan semoga dikurniakan apa yang saya mahukan. And yes, I have no doubt that GOD knows the best dan saya tidak pernah sesekali menolak ketentuan-Nya.

Celik mata itu ayat pertama yang terlintas dalam kepala saya. Terkejut? Ya, saya pun terkejut sebab berani cakap walaupun antara dengar dengan tidak.. Fuhhh!! Drama sangat lah kau ni Zila.

Selebihnya tentang dua hari yang kalau dirangkumkan hanya sehari sebenarnya biarlah saya simpan untuk diri sendiri. Nak cerita banyak tak reti nak descriped perasaan tu. The best word is "I'm Happy".


Thanks for the company. 
Thanks for your time. 
Thanks for everything.


I am happy <3 .="" i="">

Much Love,
Ziel

p/s:  kata orang, simpan apa yang kita tahu, rahsiakan apa yang kita rasa kerana ada waktunya keterbukaan itu bisa menutup pintu-pintu bicara.

Tak faham? Fahamkanlah...









No comments: