NUffNang

Friday, May 6, 2016

Kebergantungan

Hidup ni dah macam tidak perlu lagi kebergantungan pada orang lain. Pepandailah kau nak hidup sendiri macam mana. Pepandailah kau nak manage hidup, uruskan duit gaji tiap bulan, cukup ke tidak, boleh shopping ke tidak, boleh payung boyfriend ke tidak, boleh support orang lain ke tidak. Kita payung yang berkenaan ajelah... yang belum tentu membawa bahagia tu kita tak usahlah bazir masa nak payung dia bagai. Kau sibuk pasang payung - dia pulak payung awek dia noks!

Hahahhaha.. this is what we talking yesterday. Hanging out with a long lost friend sampai lupa ada orang yang perlu diberitahu hala tuju kaki melangkah.
*Sorry pok

Kalau tak ungkit sekaligus hati ikhlas tak jadi masalah, sebab untuk menjadi reda itu bukan perkara yang mudah. Kita susah nak anggap sesuatu itu bukan rezeki kita tapi kita sibuk akan pertikai kenapa orang dapat, kenapa kita tak dapat. Kalau kita yakin dengan rezeki yang dilimpahkan Allah, insya Allah cukup. Jangan kata nak payung orang, payung satu family pun lepas lagi.

Jadi... daripada kita sibuk kira akaun orang, eloklah kita audit akaun kita sendiri. Ada lagi tak baki nak dibawa ke depan. Kalau cukup-cukup makan pakai pun dah bersyukur patutnya uols!

Dunia ini penuh dengan permasalahan. Masalah orang, masalah sendiri. Kenkadang kita kena tolong orang selesaikan masalah dia, sedangkan masalah kita juga rumit...tapi ada waktunya dalam kita mendengar masalah orang tu hati kita terhibur dan ada waktunya juga dengan mendengar rintihan orang tetiba kita pun dapat jalan penyelesaian untuk masalah kita. Bila kita terbuka hati untuk membantu, Tuhan pasti akan bukakan lagi satu pintu nikmat untuk kita.

Bila jodoh kita dah expired lalu hubungan kita sudah tidak lagi relevan, kita berlapang dada dengan apa yang berlaku. Tak usahlah kita ungkit kenapa dah mengapa dia tinggalkan kita, kenapa hubungan kita tamat begitu sahaja seperti tidak dihargai - first of all, lelaki yang pandai menghargai wanita tidak akan mensia-siakan hubungannya dengan wanita itu dan tidak perlulah kita tanya pada dunia kenapa lelaki itu begitu atau begini.

Biarkan dia bahagia dengan jodohnya yang baharu, bahagia untuk kita pasti ada nanti.
Insya Allah.



I need hugs

Love,
Ziel

No comments: