NUffNang

Friday, February 12, 2016

T.E.N.A.N.G

Alhamdulillah.. Jumaat sekali lagi.

Pagi ni semua orang bercakap sesama mereka sepertinya sebelum ini mereka tidak pernah punya ruang untuk bercakap. Gimana ya, mereka boleh bercakap dan bersembang dalam hingar bunyi vacuum kakak cleaner opis ni. Aduhaiiii.......

Hurmm...
Kepala rasa sejuk sangat pagi ni, mungkin sebab malam tadi ada hujan sikit. *takda kaitan
Jangan la sakit kepala menjengah lagi. Saya dah kehabisan stok Caffox. Giler..., telan Caffox macam telan Vitamin C. Setiap hari.. Jangan la ada sakit lain pulak datang akibat dari Caffox tu.

Apa ya?
Saya rasa saya terlalu tertekan dengan kerja saya sekarang. Sebab tu sakit kepala dan sakit perut macam dah jadi sahabat karib saya. Kerja tambahan yang kena buat ni lagilah buat saya nak muntah hijau.

Chenta kata saya insan terpilih, sebab tu bos bagi saya buat kerja tu. Memang terpilih sangat la ni. Terpilih untuk tua sebelum usia dan mati lebih cepat. :(
Huhu.. saya tak bahagia dengan kerja tambahan ini.

Tapi takpalah, sementara anak-anak ada dengan saya sekarang, segala sakit hilang bila balik rumah. Nak-nak pulak bila mek sorang tu tak berenti membebel bercerita itu ini. Alhamdulillah.. saya patutnya lebih bersyukur. Orang lain tu, ada suami macam tak ada. Ada anak tapi anak-anak tak rapat dengan parent. So, bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kunci nya hanya SABAR.

aaarrrrgghhh!! Rindu nak pegi pantai. Macam nak cabut lari dari opis dan vroommm ke pantai.


Untuk awak Mr. Chenta,
Saya tersenyum seawal pagi hari ini. Terima kasih untuk rasa sayang yang di berikan.


Much Love,
Zila










No comments: