NUffNang

Monday, August 29, 2016

Kecewa...

PEPAGI rasa macam tak mahu bangun. Mimpi yang bukan-bukan sejak seminggu yang lepas, sangat memenatkan. sedar pun sebab azan subuh dah bersahut-sahutan.

Kepala berat, ajak baring semula. Nak telan painkiller or caffox perut pulak kosong. Layan ajelah kepala yang berat tu sambil pejam mata. Dan-dan terlajak.

Bila hati kita dah tak ada, semuanya jadi berat.

Bila hati kita terluka, kita jadi lebih fragile dari kaca. Kaca pun lebih teguh dan tahan, tempered and toughened bukan macam hati saya yang dah berlubang-lubang, retak menunggu belah. Hati yang dah terlalu lama memendam rasa mungkin dia tidak mampu bertahan lagi.

Indirectly saya mengadu pada dia tapi dia suruh saya mengadu pada Tuhan. Sebenarnya kalau cakap dengan dia, entah dia layan entah dia buat bodoh jek. Kalau kuncinya dia yang pegang dan kita tersekat di situ, tidak mampu ke mana-mana. 

Salah saya jugakah?

Saya memilih untuk mengadu pada blog ini kerana setidak-tidaknya lepas saya luahkan saya rasa ringan sekejap. Dah tulis dan jangan padam.

Entahlah, saya pun tak tahu macam mana lagi nak cakap dengan dia sebab saya rasa saya dah habis guna semua kosa kata dan saya dah tak ada perkataan lagi untuk saya beritahu dia. Susah kan jadi orang macam saya ni. Kenkadang terlalu memilih perkataan tapi akhirnya saya lukakan hati orang tanpa saya sedar. Kenkadang saya rasa permintaan saya sangat kecil tapi saya lupa permintaan yang kecil itu memerlukan kekuatan yang luar biasa dan pengorbanan yang besar.

Good things in life don't come easy.

Mungkin Tuhan nak kita hadapi lagi dan lagi dan lagi ujian dalam hidup, sampai kita rasa dah memor, hancur berkecai, dah jadi abu mungkin pada ketika itu Tuhan baru izinkan - Ini hidup yang kau mahu. Inilah doa yang kau pohon saban waktu.

Mungkin juga Dia tak mahu beri sebab hanya Dia sahaja yang maha mengetahui segalanya. Mungkin kita rasa kita kuat, kita rasa kita sabar, kita rasa kita boleh hadapi semua benda yang merintangi hidup tapi sebenarnya kita tak tahu sama ada esok atau lusa, apakah kita masih seperti kita yang semalam, kita yang sabar, kita yang kuat.

Semoga Dia bentangkan kita pilihan yang baik jika itu bukan jalannya.

See, when things went wrong, easily fall apart.... sampai I reply mesej kawan pun bunyinya sedih dan kejam.

"I am not the same person anymore. I can't tolerate with silly things. Happiness is gone and the happy person you know long ago is dead."

Yelah, if I don't deserve to be happy I wish this is my last. I wish I can meet my mom on Friday. I can meet my grandparents too.

Saya mintak ampun dan maaf pada semua orang dan sampaikan salam saya pada mereka yang kenal saya yang mungkin tidak baca apa yang saya tulis. Kita bukan buang tebiat, cuma kita mintak yang baik. Ada banyak permintaan yang kita boleh minta dari Tuhan, salah satunya minta Dia ambil nyawa kita tatkala kita sedang berbuat. Ingat mati pun ibadah... tanda kita percaya pada kuasa-Nya.

That's it.

Awak suruh saya mintak dengan Tuhan kan. Itulah yang saya mintak nanti. Anyway, kalau saya tak sempat mintak ampun, maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan semuanya ya.

Love,
Ziel

p/s is EMPTY.

Tuesday, July 19, 2016

Minta dari Hati

Chup! Saya teringat lagu favorite saya by Jason Mraz, I WON'T GIVE UP. Seminggu ni saya dengar lagu ni sepanjang pagi. 
Lagu ni saya nyanyi untuk diri saya sendiri, motivate diri sendiri jangan jadi orang yang senang sangat nak mengalah. Bukan nak layan jiwang ke, nak layan lentok ke, takde... sebab kita sedar kita bukan budak-budak lagi.

Encik Sibuk is busy dan dia tak ada masa nak layan kau merajuk. Dia pun tak pedulilah kau nak melalak sensorang. Dia macam orang sakit gigi, balas mesej kita yang panjang dengan HMM aje.

Kelmarin, semalam lepas solat maghrib agak lama juga saya sembang dengan seorang rakan. Bila dalam dunia BUKAN HANYA ADA KITA setiap perkara itu tidak akan pernah jadi mudah biarpun kita telah didik hati kita supaya jadi sabar dan selalu mengalah. Bila acapkali sangat kita terluka, cuba kita tanya diri kita semula kenapa dahulu kita setuju mahu jadi yang kedua. Apa tujuan kita berkahwin sebenarnya, apakah sekadar untuk menghalalkan hubungan dalam kita mencari keredaan Allah supaya kita sama-sama dapat berkongsi kebaikan dan pahala atau sebenarnya kita berkahwin untuk menjadi setaraf dengan yang pertama, mahu menuntut hak dan layanan sama-rata atau apa?

As I have said earlier, nobody can be fair. Dalam dunia sekarang ni susah nak jumpa suami yang mampu berlaku adil, majoriti suami yang berpoligami selalu lebihkan isteri pertama kerana dihantui rasa bersalah menduakan isterinya tapi sebenarnya kalau ketiga-tiga pihak itu tahu hukum Tuhan itu mudah, insya-Allah dunia akan aman-aman sahaja. I think I can mention here, ada tu husband dia kopiah atas kepala tapi dalam banyak hal dia tetap lebihkan isteri pertama (yang kuat mengaji mungkin kerana dia sedang berperang dengan perasaan sebab tu mengaji aje - tapi interpretasi saya kalau mahu mengaji biar kenal sekali maksud ayat yang dibaca jadi dengan mudah dia didik diri sendiri menjadi muslimah yang sebenar, yang tahu hukum, yang tidak membebankan suami yang perlu berlaku adil dengan isterinya yang lain.

Kalau dari awal tujuan berkahwin itu untuk menghalalkan hubungan dan ia perlu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga terutamanya isteri pertama - fikir dulu, sejauh mana kita mampu jadi 'perempuan simpanan', sanggupkah kita hidup tidak seperti pasangan lain, cemburu tak kita nanti dengan segalanya yang lebih tentang pihak yang di sana, kalau kita dah audit dan semuanya jelas di mata dan hati kita yakin memang itu yang kita mahu - teruskan tapi keraplah ingatkan diri sebelum pasang niat mahu menuntut hak sama rata, kita nak upgrade status kita (kira beruntunglah perempuan itu kalau lelaki itu mahu menghalalkan hubungan mereka, syukur bebanyak kendian duduk dendiam dan jangan mintak yang bukan-bukan sebab ada perempuan lain yang belum ada rezeki untuk dikahwini sesiapa).

Saya sedih bila saya cakap macam ni,

" I am only a choice bukan pelengkap hidup dia, I kena sedar diri dan bertahan selagi mampu."

My dearest friend said, you're the sweetest among all dan boleh hidup sendiri kalau you mahu, dengan jawatan dan gaji besar you dulu, you boleh hidup senang lenang goyang kaki tapi you pilih jalan yang satu itu, jalan yang kita berdua tahu jalan itu penuh ranjau, jalannya berliku tapi you sanggup tempuh sebab you sayang dia dan you nak kongsi nikmat hidup yang melimpah ruah dengan dia (in this case, we both know bila kita sorang rezeki tu macam tak habis makan dan bila kita kongsi nikmat yang kita dapat tidak seindah yang kita harapkan) namun kebahagiaan tidak seperti yang kita bayangkan.

"Suami kita ketua keluarga, semoga Allah proses hati mereka dan sedar bahawa kita adalah amanah Allah. Jangan simply mempermainkan hati orang kalau tidak bagaimana nak dapat keberkatan hidup, rezeki dan bahagia jika terusan melayan isteri begini? Kenkadang I takmo fikir sampai ke situ, itu yang I doa supaya Allah tiupkan kesedaran pada dia kerana soal keberkatan tu penting."

See, Allah temukan dia dengan seorang bidadari, tapi entahlah. Semoga hidup kita diRahmati.
Entahlah, saya bukan siapa-siapa nak ulas panjang-panjang tentang masalah rumahtangga orang sebab rumahtangga saya sendiri tak siap cat.😂
Saya tidak mahu orang cop kat dahi saya sebagai pendukung poligami nombor wahid tapi saya memilih untuk berada di belakang barisan kedua jadi duta kecil mereka dan menyampaikan apa yang saya sedia maklum tentang mereka - bukan yang kedua tapi mereka juga isteri dan mempunyai hak yang sama - pi buka kitab faraid kalau tak percaya dan yang paling penting, bukan semua mereka itu gedik, gatal, birah lalu tidak wajar sama sekali mereka dilabel sebagai perampas dan perosak rumahtangga.

Harap maklum.

Anyway, I am ready to meet my Friday. Yehuuuu...

Let's gear up and get going.

Love,
Ziel

p/s: adakalanya kita lelah dan mahu menyerah... tetapi meletakkan takdir hidup di tangan orang lain tanpa berjuang dengan sungguh-sungguh sama seperti orang mati bunuh diri.
p/ss: adakalanya kita lelah... bila kita taip pepanjang dan dia balas HMM aje lalu kita tutup telefon dan mimpi sorang-sorang.

Friend, Enemy or Stranger??

Don't know where to start..

Secara logik akal atau secara logik seorang perempuan bernama Zila jika sesuatu yang telah berakhir cukuplah sampai di situ. Tiada lagi ruang untuk berbaik atau sesuatu hubungan yang di kategorikan sebagai "member". Melainkan memang di kedua-dua pihak sedar dari awal bahawa hubungan itu tidak akan berakhir seperti yang kita mahukan. Maka, mungkin boleh di fikirkan semula.

Tetapi dalam hal yang satu ni, saya tidak nampak apa relevan-nya meneruskan hubungan yang telah di titik noktahkan. Saya tidak bersedia menjadi kawan atau "member" atau musuh awak. Saya hanya boleh jadi "Orang Asing".

Kalau kita "KAWAN" (Friend)
Kawan bermakna akan ada talian-talian hayat yang mungkin akan membawa kepada rasa yang pelbagai. Sebab apa? Sebab kita pernah merasa lebih dari kawan.

MUSUH (Enemy)
Kalau musuh... Entah, saya tak pernah fikir saya nak memusuhi sesiapa.

Orang Asing (Stranger)
Bila kita orang asing, kita takkan punya apa-apa rasa. Suka pun tidak, benci pun tidak. Sebab secara logik, pernah ke korang tetiba lalu sebelah orang yang korang tak kenal tapi tetiba korang rasa macam menyampah kat dia? Kalau tanya saya.. Jawapannya tidak pernah. Sebab saya bukan seorang yang menilai orang lain. Saya boleh senyum pada stranger tapi bukan membenci stranger.

Bila kita jadi orang asing kita mungkin boleh mulakan sesuatu hubungan itu. Mulakan dengan semua yang baru. Bermakna kembali belajar kenal satu sama lain. Tinggalkan atau lupakan apa yang pernah terjadi. InshaAllah hubungan baru yang kita cuba cipta akan lebih bermakna dan hasilnya lebih lancar.

Takpalah, malas cakap banyak.

Hendak merayu saya malu. Selalu ingin mengingatkannya semula tetapi yang tercetus dari hati tetap tersimpan dalam hati kerana saya tidak berani untuk menyampaikannya.

Kalaulah dengan bersabar ini pahala saya sebagai hamba Allah membukit dan mampu membantu saya di akhirat nanti, saya akan belajar untuk reda dengan apa yang mendatangi saya nanti. Tuhan maha pengasih, Dia tidak pernah bebankan saya dengan sesuatu yang tidak mampu saya pikul.

Setiap ujian itu pasti datang bersama rahmat-Nya.

Usaha untuk melakukan sesuatu itu amat penting. Usaha tidak terhenti dengan niat untuk melaksanakannya atau sekadar menanam impian.

Mungkin saya salah semalam bila saya kata saya baik, mungkin saya kurang baik untuk membuka hatinya. Namun saya lega ketika saya minta sesuatu yang baik daripadanya dan tidak diendahkan, disertakan dengan pelbagai alasan... lalu saya buat kesimpulan sendiri.

Yang salah tidak perlu diperbetulkan
Yang patah tidak perlu diperbaiki
Yang luka dibiarkan berdarah
Yang sepi terus dibiarkan sunyi

Cukupkah sekadar maaf?

Maaf tidak mampu menyembuhkan hati yang terluka. Kalaulah maaf itu mampu membantu kita melupakan semuanya dan menjadi orang baharu tanpa tertinggal secalit memori, mungkin maaf itu berbaloi.

Maaf dan berlalu pergi. Tinggalkan semua kerosakan tanpa perlu diperbaiki. Biarkan dia terumbang ambing sendiri dengan harapan nanti akan ada orang lain yang akan menggantikan tempatnya untuk memperbetulkan keadaan. Begitukah?

Semoga ada cahaya di hujung jalan yang akan membantu saya meneruskan perjalanan, cahaya yang akan membimbing saya menjadi yang lebih baik. Cahaya yang memimpin saya supaya tidak sesat.

Sayang, pastikan ini rebahmu yang terakhir dan kau akan bangun dan tidak akan jatuh lagi. Bertahanlah selagi Tuhan mahu kamu hidup.

I choose to be legal and you refused.
May we find peace in our heart.






Love,
Ziel



Thursday, June 2, 2016

Don't Assume, Ask!!

It's kinda stressfull week.

Sakit kepala yang tak mau berjarak berjauh. Susahnya nak pergi jauh-jauh. Sedangkan orang bercinta pun tahu berjarak. Kenapalah sakit kepala dan saya tak mau berpisah?

Bermula dengan hujung minggu yang pada mulanya sangat di tunggu-tunggu. Tapi akhirnya, hambar. Dan bertitik mula dari situ, dari detik rasa yang memang kadang-kadang tepat. Tiada satu pun yang dirancang berjalan lancar. "Agaknya Allah murka dengan saya.."😭😭

Saat menerima komen-komen di ruang itu. Menggeletar tangan, malu nak baca, akhirnya tanpa sempat lihat, semuanya masuk tong sampah. Biarlah... biarlah.. biarlah..

Tak mampu nak cermin diri sendiri pun waktu tu. Hurmmm.. Kesedihan pada skala 10. Yang dia tahu hanya sebut "serabut, serabut, serabut.." *saya benci pada orang yang lari dari masalah.

Andai ini harga yang perlu saya bayar untuk merasa bahagia mungkin. Tapi, kalau begini rasa peritnya, saya tidak mampu. Sungguh saya tidak mampu kuat untuk teruskan. Biarlah saya undur diri. Biar saya tidak punya apa-apa atau siapa-siapa. Asalkan tidak saya gadaikan rasa hormat orang pada saya. Asalkan saya tidak mencemar rasa percaya orang pada saya.


Cukuplah kebergantungan saya hanya pada Allah..
Cukuplah anak-anak bidadari yang berdua tu dalam hidup saya.
Andai ada yang Allah takdirkan, biarlah "dia" datang dengan bersahaja.


Love,
Ziel


p/s: saya tak minta semuanya selesai sekelip mata, tp saya minta usaha
p/sa: berjarak dan berdiam bukan caranya

Monday, May 16, 2016

Short Vacay??

Yes!!

Tak berapa nak percaya, tapi itu la yang saya buat. Hahahhaha.. Dasat ea kau Zila. Kadang-kadang diri sendiri pun tak percaya saya seberani itu. Huh!! Berpeloh mak noks, malam sebelum pergi dah tak lena tidur dok memikir kemungkinan-kemungkinan yang akan jadi.

Sebenarnya plan bercuti datang tiba-tiba lepas saya berada pada tahap nyawa-nyawa ikan lepas ditinggalkan orang yang saya sayang. *Sila telan muntah korang
Hahahahha.. betul la, dia antara orang yang paling saya sayang setakat ni lepas anak-anak. Bertahun menyemai kasih, macam-macam dah lalu, tapi akhirnya semua yang saya pertahankan lebur macam tu je. Takpa lah, saya terima.

Terima Kasih untuk seseorang yang merancang this CrazyTrip. Called it crazy sebab semuanya tiba-tiba, dengan macam-macam hal jadi. Dari salah book flight sampailah terkejar-kejar dengan masa. Alhamdulillah, ditemukan dengan seseorang yang sangat pentingkan masa. Tapi saya pulak yang jadi takut bila dia sangat punctual.

Percutian yang sangat-sangat singkat, tapi sangat berbaloi. Alhamdulillah, saya temui apa yang saya perlukan. Bukan apa yang saya mahukan. Saya sangat sedar saya sebenarnya tak mahukan ini, tapi Allah tahu apa yang saya perlukan. Dia beri, walaupun sedikit tapi cukup besar pada saya.

Saya tahu apa yang saya buat dan saya tahu apa yang saya mahu. Setiap hari saya berdoa pada Tuhan semoga dikurniakan apa yang saya mahukan. And yes, I have no doubt that GOD knows the best dan saya tidak pernah sesekali menolak ketentuan-Nya.

Celik mata itu ayat pertama yang terlintas dalam kepala saya. Terkejut? Ya, saya pun terkejut sebab berani cakap walaupun antara dengar dengan tidak.. Fuhhh!! Drama sangat lah kau ni Zila.

Selebihnya tentang dua hari yang kalau dirangkumkan hanya sehari sebenarnya biarlah saya simpan untuk diri sendiri. Nak cerita banyak tak reti nak descriped perasaan tu. The best word is "I'm Happy".


Thanks for the company. 
Thanks for your time. 
Thanks for everything.


I am happy <3 .="" i="">

Much Love,
Ziel

p/s:  kata orang, simpan apa yang kita tahu, rahsiakan apa yang kita rasa kerana ada waktunya keterbukaan itu bisa menutup pintu-pintu bicara.

Tak faham? Fahamkanlah...









Saturday, May 7, 2016

DREAM

Bila mana kau semakin tak mampu hidup aktif seperti sebelum ini, Apa yang ada dalam kepala hanyalah sesuatu yang akan buat kau tenang.

Contohnya,

Rasa macam nak pindah, migrate duduk kat NZ. Tapi nanti kau susah plak nak jumpa orang. *takpalah, kawan ngan kambing sama lembu je la. **hahahhahahahha

Sekarang pulak dah mula berangan pindah duduk kampung. Ada rumah kecil tepi sungai ataupun tepi laut.. Hari-hari boleh dengar bunyi air. Memang happy hidup bahagialah kau Zila..
Apa yang saya mahukan hanya hidup tenang-tenang tanpa gangguan penderaan mental. kikikihhh.. Macamlah sekarang ni kau kena dera kan Zila :P

Sediakan satu ruang kecil untuk berkarya walaupun saya tau karya-karya saya tidak akan terbit di mana-mana column. Best tau duduk pinggir kota. Sudahlah hari-hari boleh hirup udara segar, boleh tengok pokok-pokok menghijau, boleh dengar air mengalir... Wahhhhhhh!!! Saya memang giler nak pindah keluar dari kota batu ini.

Tapi sebelum migrate pergi NZ or pindah balik kampung, kita pastikan survival kita kat Selangor ni dulu. Sampai bila kita nak berlumba-lumba dengan kesibukan kota ini.

Entahlah... susah kut sebab otak orang-orang town planning-politician-town developer tak bercantum. Yang mungkin bercantum hanyalah keghairahan mereka mencabuli alam semulajadi demi kelangsungan poket masing-masing.

Sedangkan di kampung pun sebenarnya tidaklah senyaman dulu. Tapi saya hanya membayangkan yang indah-indah je sebab saya tetap mahu apa yang telah saya tanam dalam otak saya ni bahawa kampung adalah tempat yang damai walaupun hakikat sebenar indah khabar dari rupa.

Wallahualam.

Bersyukur kerana masih hidup biarpun kurang sihat. Bersyukur masih bahagia dan gembira biarpun selalu keseorangan.

Syukur alhamdulillah.


Have a beautiful weekend peeps!

Love,
Ziel



Friday, May 6, 2016

Kebergantungan

Hidup ni dah macam tidak perlu lagi kebergantungan pada orang lain. Pepandailah kau nak hidup sendiri macam mana. Pepandailah kau nak manage hidup, uruskan duit gaji tiap bulan, cukup ke tidak, boleh shopping ke tidak, boleh payung boyfriend ke tidak, boleh support orang lain ke tidak. Kita payung yang berkenaan ajelah... yang belum tentu membawa bahagia tu kita tak usahlah bazir masa nak payung dia bagai. Kau sibuk pasang payung - dia pulak payung awek dia noks!

Hahahhaha.. this is what we talking yesterday. Hanging out with a long lost friend sampai lupa ada orang yang perlu diberitahu hala tuju kaki melangkah.
*Sorry pok

Kalau tak ungkit sekaligus hati ikhlas tak jadi masalah, sebab untuk menjadi reda itu bukan perkara yang mudah. Kita susah nak anggap sesuatu itu bukan rezeki kita tapi kita sibuk akan pertikai kenapa orang dapat, kenapa kita tak dapat. Kalau kita yakin dengan rezeki yang dilimpahkan Allah, insya Allah cukup. Jangan kata nak payung orang, payung satu family pun lepas lagi.

Jadi... daripada kita sibuk kira akaun orang, eloklah kita audit akaun kita sendiri. Ada lagi tak baki nak dibawa ke depan. Kalau cukup-cukup makan pakai pun dah bersyukur patutnya uols!

Dunia ini penuh dengan permasalahan. Masalah orang, masalah sendiri. Kenkadang kita kena tolong orang selesaikan masalah dia, sedangkan masalah kita juga rumit...tapi ada waktunya dalam kita mendengar masalah orang tu hati kita terhibur dan ada waktunya juga dengan mendengar rintihan orang tetiba kita pun dapat jalan penyelesaian untuk masalah kita. Bila kita terbuka hati untuk membantu, Tuhan pasti akan bukakan lagi satu pintu nikmat untuk kita.

Bila jodoh kita dah expired lalu hubungan kita sudah tidak lagi relevan, kita berlapang dada dengan apa yang berlaku. Tak usahlah kita ungkit kenapa dah mengapa dia tinggalkan kita, kenapa hubungan kita tamat begitu sahaja seperti tidak dihargai - first of all, lelaki yang pandai menghargai wanita tidak akan mensia-siakan hubungannya dengan wanita itu dan tidak perlulah kita tanya pada dunia kenapa lelaki itu begitu atau begini.

Biarkan dia bahagia dengan jodohnya yang baharu, bahagia untuk kita pasti ada nanti.
Insya Allah.



I need hugs

Love,
Ziel

Friday, April 29, 2016

Friday Wishes

Suddenly come out with this idea. After a longggg Hiatus.

Dunia ni kejam sangat untuk saya tinggal sendiri. I wanna go somewhere safe where no one will hurt me, no one will make me cry, no one will drive me crazy and shouting in silence.

I tunaikan tanggungjawab pada someone dan lepas tu I nangis sensorang bawah bantal. Selalu fikir, apa jadi kalau saya sakit dan takde sesiapa untuk jaga dan temankan saya. Then I wish for something quick and easy, I wanna die like him. Gone in a blink. That was too easy for him because he's  very good husband n father, Someone yang tak pernah susahkan saya, orang yang damai hatinya, someone yang tak pernah simpan benci dan iri dalam hati, someone yang banyak berkorban untuk orang lain.

And Dear, because you're gone in a blink, for four years, I never stop crying since then. I stop counting my age because I wanna be your little wife forever. *sebab tu bila orang tanya umur saya, saya selalu lupa. :P  I wish I can turn back time and spend that gloomy Sunday with you at home. I knew, I can't. You're in the safest place now and you don't have to worry about me anymore.

"Kalau kita sakit masuk ICU ada tak orang datang ramai macam orang tengok Arwah Puan Laila?"

"Insya-Allah ada."
"Kita tak ada ramai kawan. Kita tak ada suami macam En. Hafiz yang boleh menulis panjang di Facebook tentang isterinya"
".. jadi kalau kita dah tak sedar diri terlantar sensorang kat ICU, siapa nak tolong announce kat Facebook or kat wassap?"
"ataupun...kalau perlu tulis kat surat khabar tak pun nanti kita beritahu lawyer kita, please find Yam if I am on life support." :))
*macam ada lawyer je.. hihihihi

 I would not know who will take care of me but I do have plan, planned way ahead. I pledged as an organ and tissues donor.

You can take everything, my eyes although it wasn't pretty but they're in perfect condition, I hope my eyes later can be benefited by someone, help him/her to see the world again, to appreciate everything that she will see. My skins, although tak putih melepak tapi kulit saya cantik. Kulit yang saya jaga ini mungkin dapat menampal kesan-kesan luka atau terbakar pada seseorang dan kembalikan semula keyakinan diri dia. You also can have a pair of my kidney, they are in TLC. You can have my heart for sure, I try my best to eliminate cholesterol from bugging him. As I said, you can have them all. I am no longer alive by that time, I wont feel anything. Don't worry about me because a good doctor will take care of me before all of you can have me in you.

I just have one request, send me your prayers coz I will need it to lighten up my grave.


I wish after they take out everything from my body, I won't too heavy for some people to carry my dead body and send me to my resting place. This is sole reason why pledge to donate my organs and tissues.

Dan awak, Yes, awak yang saya tak tahu lagi siapa, kalau boleh biarlah saya yang mati dulu supaya saya tak nangis kalau awak tak ada sebab saya tahu, awak tak akan menangis kalau saya takde nanti. Dan kalau saya yang mati dulu, setidak-tidaknya awaklah nanti yang akan mandikan saya sebab saya tak tahu saya mampu atau tidak untuk mandikan awak.

See you much later, yeah I do pray to see you. Please drop some notes in your favorite box for me on Friday, I'll pay you back.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua. AMIN.

Love,
Ziel










Tuesday, March 29, 2016

Seperti Dulu

Ya, saya masih yang lama.

He said that I am emotional. Yes, I am.

But at the same time, I am tired being rational to say the same thing every day, to remind, to ask again and again and again. Sampai satu tahap saya dah tak nak bercakap lagi, itu tandanya saya dah bosan. I am crying like hell with my pillow.

Am I stubborn?
Yes, you are.

I admit that too.

Saya adalah orang yang suka dengan pilihan yang saya buat. Bila saya memilih seseorang menjadi teman seumur hidup, saya bukan pilih dia berdasarkan fizikal dia, watak dia atau tebalnya wallet dia. Tidak. Saya pilih dia sebab saya rasa hidup saya berwarna-warni dan saya menghargai setiap episod dalam drama hidup yang panjang ini bersama dengannya dan matlamat saya pastinya mahu bahagia sampai ke akhir hayat dan sehingga ke jannah. Saya tetap suka dengan pilihan saya biarpun ada waktunya dia sakitkan hati kita seperti mana saya juga tanpa sedar, saya pun sakitkan hati dia but I never give up and make-up quickly soon after I realised I have done something wrong.

Mungkin akan ada waktunya nanti bila saya dah tak tahan, saya pun angkat kaki *tapi tak semudah itu.. tapi sebelum semua itu berlaku saya letak 1001% efforts untuk memastikan hubungan ini akan bertahan. Semua salah saya telan, semua salah saya terima termasuklah jadi candi pun salah saya, jadi tunggul pun salah saya, semua-semua pun salah saya. Letak sejuta salah pun saya terima kerana dalam hati masih sayang dan saya belum lelah untuk memperbaiki setiap kelemahan kerana saya yang pilih dia dan saya perlu berusaha untuk jaga hati dia kerana bila semuanya terkawal, orang yang paling tenang dalam dunia adalah saya.




Love,
Ziel

p/s: to the man I love, please take a good care of yourself. I will always be your health encyclopedia!





Wednesday, March 23, 2016

My L.A.S.T

Jika esok tiada untukku
Janganlah tangisi aku
Senyumlah kerana kamu tidak lagi perlu memikirkan aku
Bergembiralah kerana aku tidak lagi menjadi dosa kepadamu

Saya mintak maaf atas segala salah dan silap saya samada saya sengaja atau tidak, samada saya sedar atau tidak. Saya sedar, saya banyak melakukan kesilapan dan saya juga sedar saya tidak mampu memenuhi kehendak setiap orang kerana saya sendiri tidak pernah ketemu dengan bahagia yang saya damba.

Apa lagi yang tinggal andai bahagia yang disandar bukan lagi milik kita.

I won't be around.
Please celebrate my absence.

I am dying to live.

Love,
ziel

p/s: Told him... there will be no Monday.

Tuesday, March 22, 2016

OHH MARCH!!

Hurmmm.. March.. march.. march..

In this three years nothing good happened on march. Though, only bad thing happened to me. Sejak dua tahun lalu, hurmmm... sangat bersedih dengan keadaan ini.

Semuanya bermula dengan March,

7 March 2014
Seseorang merempuh Si brown dengan motor, Habis rebeh pipi brown, lekok mukanya. Waktu tu saya call cinta, tapi katanya sedang meeting. *Meeting pukul 7pm?
Takpalah, waktu tu saya tetap terima..

7 March 2015
Saya pulak merempuh signboard di PD. Rebeh bibir si biru tu.

7 March 2016
Dapat perkhabaran tak enak dari kampung.

8 March gegas balik kampung waktu kerja. Alhamdulillah, nothing serius. Tapi dalam kepala sentiasa letak risau, masih dihantui dengan hal-hal duka.

13 March
"SHE" di ambil Allah.. Innalillah.. Saya tidak dikhabarkan oleh Chenta. Pukul 10am saya pulang ke kampung tanpa tau apa yang terjadi pada dia. Alhamdulillah... Dia sangat berbangga dengan sahabat-sahabatnya yang ada di sampingnya saat itu.

18 March
On the Way pulang, cuaca best sangat. Tapi tak sure kenapa boleh pulak nak terbabas dekat corner flyover Putra Heights tu. Fuhhhh!! Alhamdulillah.. Allah lindungi saya dari kecelakaan. Tapi, lepas tu menyesat la saya memandu sampai ke KLIA dengan blur dan kaki yang takda rasa sebab masih ketar. Berjurai la air mata *memang cengeng tu tak pernah hilang rupanya.

Ada banyak rasa dalam hati yang tidak mampu diluahkan. Berbagai watak dicipta untuk melunaskan rasa hati yang terpendam. Jangan biarkan orang lihat kita menangis tapi benarkan mereka menangis bersama-sama kita sambil memegang naskhah beratus helai mukasurat, cerita tentang hati.

Awak, saya menunggu dengan sabar.
Saya hanya mahu bahagia. Itu sahaja.

Love,
ziel

p/s: rindu langit yang biru. rindu laut yang biru. rindu lily biru yang kembang sepanjang minggu.





Monday, March 21, 2016

Dalam dan Sepi

Saya tahu saya bukanlah baik sangat dan saya jauh tidak sempurna. Banyak perkara yang mendatangi hidup, melingkari sampai terbelit dan ada waktunya saya juga menyusahkan orang. Saya tak nafikan semua ini dan saya amat hargai mereka yang selalu ada di sisi saya saat saya memerlukan seseorang. Tapi sekarang rasanya saya hanya perlukan kawan baik saya. Bukan orang yang saya kenal sebulan dan terus jatuh suka. Bukan,,, Bukan dia.

Pada saya dalam hidup ini kita semua hampir serupa, kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati kita dan tentunya ada waktu kita memilih untuk berkongsi cerita kita.

Saya sedang menjauh. Itu yang sedang saya lakukan.

Mungkin dia tidak sedar, tak mengapalah... Tak perlu saya beritahu dia di mana yang tidak kena, dia tidak perlu tahu kerana dia tidak pernah peduli pun. Kalau saya hilang daripada hidupnya dia tidak rugi apa-apa pun kerana saya bukan siapa-siapa padanya.

Saya sedih tapi ini yang terbaik. Kata seseorang, dia tak pernah peduli kerana dia tidak ada perasaan.

Biarlah sepi yang menjatuhkan hukumannya.

This is not me, this mischievous is not me. This is not me. 

Love,
Ziel

p/s: Hari ini hari Isnin, esok hari Selasa. Awak, saya rindu :(
p/ss: CHENTA!! Pleasee.. please..  jangan tinggal saya.





Tuesday, March 15, 2016

#T E R L U K A

I wanna quote this...from ex California Governor...."When you go through hardships and decide not to surrender, that is strength."

And this from Angie Martinez, "We have to remember that no matter how much hardship we go through in our life, there is always going to be that fragile in our heart."

Mendengar suara itu semalam, saya mahu menangis. Mendengar bicara yang keluar dari bibirnya, hati diseru resah. Berilah semua kesusahan itu kepada saya, saya sanggup tanggung kesemuanya tapi jangan bebani dia kerana saya tak mahu apa-apa jadi pada dia. Biarlah saya sedih kerana saya ada dia untuk buat saya tersenyum tapi kalau dia bersedih, saya tak ada sesiapa lagi...saya takut kehilangan tempat saya tumpang berteduh :(

All I want you to know... I do care. I do understand.

Saya tanya berulang kali "r u okay?'

Tapi jawapan yang saya dapat.. hurmmmm :(

Love,
Ziel

Hingga Waktu Itu..

Sedih tapi apa pilihan yang ada?

Sudah tersilap langkah dari mula, sudah sesat jalan dari awal lagi dan sepanjang mencari jalan keluar habis hati calar balar, terluka, cedera parah dan dah takde rupa lagi.

Ini jalan yang terbaik. Bencilah kalau itu hanya satu-satunya survival yang ada. Bina tembok tinggi-tinggi sampai hati kuat biarpun ia telah roboh beberapa kali. Bangun dan bina lagi.

Kalau dengan membenci, hidup orang lain bahagia, biarlah kita benci sesama sendiri, tak berdosa pun. Tuhan aje yang tahu apa ada dalam hati. Tuhan aje yang tahu bila bibir sebut benci, apakah hati juga turut sama membenci? Tidak pada saya. Saya tidak pernah mahu membenci.

Lupakan. Anggap ia tidak pernah berlaku. Pejam mata dan padam semuanya perlahan-lahan. Biar hilang dalam gelap, biar sirna bersama kelam.

Kuatkanlah hati dan Tuhan selalu ada.

Kalau mahu menangis pun, biarlah airmata tumpah bila berhadapan Dia.

Hidup ini satu perjalanan yang penuh dengan ujian, menduga sejauh mana kita mampu bertahan, sekuat mana hati ini mampu bertarung. Ada waktunya kita rebah, ada waktunya kita kalah, ada waktunya kita akan merasa nikmat.

Bencilah, kalau hanya itu sahaja jalan keluar daripada belenggu ini.




Love,
Ziel

p/s: Chenta, Setiap doa yang terucap hanya ada nama kamu.

Monday, March 14, 2016

LIFE

Bismillahirrahmanirrahim...

Busy like heck. Sleepless. Hari-hari rasa macam junkie.

dan menikmati hari sabtu saya dengan tenang. Macam ada satu angin sejuk tak tau datang dari mana menghembus jiwa. Alhamdulillah.. Breakfast, Lunch and Dinner with Aqila. Talking too much about Life. Alhamdulillah, saya tenang. *saat itu saya sedar awak sangat serabut.

Maaf Chenta, saya tak dapat berada di sisi awak waktu awak dalam fasa itu. Maaf sangat. Bukan tak mahu, tapi saya tak diberi hak itu. :(

Tapi dari jarak ini saya sentiasa berdoa agar awak diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.
Saya tahu he is safe over there. I know he's fine as we will update each other every day. *walaupun sebenarnya dia tak lagi update apa-apa pada saya.  Saya tak mahu sesakkan kepala dengan perkara yang saya tak nampak. Saya tak mahu undang penyakit darah rendah datang dan sebab itu saya tak mahu terlebih fikir. Dia ada mesej, saya bersyukur dan happy. Dia jauh, saya doakan dia selamat. Simple kan? Tak payah sesakkan otak.

Masalah tentang manusia, tidak pernah memberatkan fikiran saya kerana saya sentiasa beri peluang pada orang yang penting dalam hidup saya untuk dia buat sesuatu dengan rela. Saya juga beri peluang pada diri saya untuk belajar terima keadaan, belajar bersabar, belajar untuk reda. Kalau berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan dia tak ada tapi bila dia ada, satu jam untuk call saya, rasa macam satu hari, satu hari rasa macam satu tahun and I will always fall for him again and again.

Saya belajar, bila dia ada, kita tak usahlah ungkit fasal cerita semalam yang menyesakkan kepala. Tak payah susun kesalahan dia sebulan tu dan kita bagi tazkirah sehari suntuk membebel fasal itu dan ini. Bila dia ada, I just want to stay in his arms. Do nothing, just stay in his arms. *Berangan

Semalam, Allah menguji dia dengan Ujian maha berat. Yang satu waktu dulu telah saya tempuh. And again, saya tidak diberitahu tentang perkara itu. Takpalah, mungkin dia tak mahu berkongsi rasa itu dengan saya. Sekali lagi saya pasrah. It's okay chenta, ambillah sebanyak mana masa yang diperlukan, uruskan semuanya. Saya tetap ada di sini. Berdoa untuk "kalian". (semoga rohnya dicucuri rahmat) *sambil memandu pulang ke Jengka mencari anak-anak buat pengubat luka akibat dipinggirkan.

Cukuplah, tak tau apa lagi yang elok mau di curah di sini.

Langit tu pun kecil untuk saya tulis how much I love him. Huh, I wish I can paint or draw but I only know how to write, straight from my heart.

I feel love when he look at me.
I feel love when he smile at me.

He's my happiness and remedy to my illness.


Love,
Ziel

p/s: I LOVE YOU
p/ss: I STILL LOVE YOU, EVERYDAY


Thursday, March 10, 2016

It's You

Saya teringat pesan seseorang, kalau nak cari suami carilah yang lebih 'berpangkat' dari kita. Maksud pangkat tu bukan dia ada title Datuk, Tan Sri whatsoever tetapi pangkatnya dalam keluarga biarlah atas sikit daripada kita. Kalau kita anak bongsu carilah suami yang sulung atau no.2, 3 asalkan bukan sesama bongsu sebabnya anak bongsu biasanya manja terlebih dan kalau dedua manja siapa nak lead siapa?

Itu cuma pesanan yang mungkin masih relevan dengan dunia sekarang atau mungkin tidak jika masing-masing tahu peranan setiap orang dalam rumahtangga.

Bagi saya, saya perlukan lelaki yang lebih dominan daripada saya (yang juga dominan). Saya mahu lelaki yang saya pandang dia penuh dengan rasa hormat (kalau perlu tunduk masa cakap dengan dia...haiiiit!), lelaki yang boleh kawal saya sebab saya tahu diri saya (yang degil ni).

Saya bukan Khadijah, sudah pastinya tidak mampu juga menjadi seperti Aisyah (tapi saya Rozila, dan kalau saya memilih untuk berkongsi hidup dengan orang semestinya saya telah bersedia untuk berkongsi apa yang saya ada. Saya sudah diajar berdikari sejak kecil dan saya menyusun perjalanan hidup saya sejak mula dan saya percaya setiap hentian yang saya singgahi dalam hidup saya ini, saya tidak menyusahkan sesiapa kerana saya telah bawa bekalan secukupnya sebelum saya memulakan perjalanan saya.

Arwah emak saya pesan, diakhir cerita nanti kita sendiri yang akan menanggung segala akibat daripada perbuatan kita. Kalau baik maka kita akan dapat ganjaran yang baik, kalau buruk kita harus bersedia untuk menerima kekurangannya (tapi mak saya takdelah cakap macam tu, mak saya kata macam ni... hidup kena sentiasa beringat, waktu susah waktu senang sebab bila kita susah belum tentu ada orang lain yang boleh tolong (mungkin sebab orang pun susah juga) tapi bila kita senang kita kongsilah apa yang kita ada.)

Hidup ini mungkin tidak semudah apa yang saya tulis dan apa yang awak baca tetapi apa yang saya tulis inilah yang saya hadap hari demi hari.

Cerita saya tidak sama seperti cerita orang lain kan?

Take as much time as you need. Timbang seadilnya untuk kita semua, untuk saya, untuk awak, untuk dia, dia dan dia. I knew this is not a fairy tale...



Love,
Ziel

p/s: Awak sangat penting dalam hidup saya. Membayangkan hidup saya tanpa awak...saya tak pernah fikir. There is no way out,  valve dalam hati saya cuma satu hala aje. It's very important for me to have you and my beautiful life...







Wednesday, March 9, 2016

Di Antara

Lemaunya badan hari ni. Untuk bulan ini dan bulan-bulan seterusnya, saya akan jadi orang yang sangat sibuk. *ececece..

Berulang Shah Alam-Jengka-Shah Alam macam KL-Shah alam je. Semalam hal kecemasan, cuti la saya setengah hari vromm balik jengka. Malam pulang ke Puchong smula. Pagi ni bangun pagi macam takda kepala je rasa. Tetiba sedang elok nak angkat takbir solat subuh telefon bernyanyi riang kemain... Hahahahah... rupanya, pakcik Chenta mencari. *gelupo mak jwb call dia :P

Tapi macam biasalah, bila pesanan di kotak wassap tak di lihat dan tak di reply, kesalahan akan berbalik pada saya. Saya pun gatai mulut tercakap pasal "keluarga bahagia yang berjaya sampai ke puncak Kinabalu" melantun la pulak kechintaan. Adehla.. bila la semua ni akan jadi baik-baik?

Kesudahannya, sepanjang hari telefon genggam diam tanpa pesanan dari dia, dan hari ni sehari lagi saya masih lagi berurusan dengan sakit kepala yang suka sangat dengan saya. Supplement dah makan tapi macam tak cukup supply aje. Saya rasa itulah misteri badan Saya yang Tuhan aje tahu. Rasanya kena buat blood screen sekali lagi. Tapi Saya takut... Saya takut saya jadi lagi down kalau....

Daripada kita mati memikirkan yang kita akan mati sebab sakit... kan lebih baik kita fikir apa kita nak buat esok, enjoy life, buat benda yang berfaedah daripada mati fikir sebab kita akan mati. Woyyyy takutnya!

Be a good girl huney!

Take care peeps.



Love,
Ziel

p/s: Tugas saya berdoa pada Allah, saya mahu bahagia. Saya dah pilih bahagia saya dan semoga Allah perkenankan doa saya.


Friday, March 4, 2016

Hati ke Jeruk?

Suka sangat lagu ni. Salah satu lagu yang ada dalam list bila Jog. Ada satu ketika menangis sambil jogging. Saya peduli apa, bukan orang peduli pun. Semua orang akan fikir itu sekadar peluh yang mengalir. *semput noks berlari sambil menangis :P Hidung tersumbat.

I know I cant take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And dont you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time
And who do you think you are
Running around leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So dont come back for me
Who do you think you are
I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You dont get to get me back...

Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya rasa diam begini lebih baik biarpun telinga saya selalu sangat disua dengan perkataan yang mengguris perasaan. Belajar jadi orang yang kuat hatinya Zila. Tak kisahlah orang provoke macam mana sekalipun... bertahan dan jangan mudah terasa hati!

Orang selalu akan bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain (diri sendiri pun sama macam tu), tahu-tahu ada orang terluka dengan kata-kata kita. I am here to be happy but he hurts me, once then again and again...but I am still standing right here.



Love,
Ziel





Thursday, March 3, 2016

IKHLAS

Had serious conversation couple of days ago. Heart-wrenching conversation. Tiada apapun yang akan berubah sekarang. Dia dengan hidupnya dan saya dengan hidup yang telah saya pilih. Lepas saya jumpa dia bertahun lalu - sudah jelas apa yang saya mahu. Jawapan sudah diperoleh dan kita tidak ada apa-apa lagi yang perlu dituntut atau dilangsaikan.

I too love you for our together in the past and not for our together in the future.

Bila saya sayang someone, saya sayang seikhlas hati... tapi kalau orang sekadar menanam tebu di pinggir bibir, eloklah jangan dekati mana-mana perempuan pun kalau tidak ada niat untuk menikahi dia, tidak terbit secebis kesungguhan pun mahu memperisterikan dia dan yang paling penting - jangan sentuh hatinya.

I so in love with you and I did so wrong and I am very sorry I have harm you at past.

He gave his word to someone. And I just fulfill someone's will.

That's really you

Yeah, this is me. Saya bukan jenis orang yang suka buat kecoh, Tidaklah kita ganggu rumahtangganya sampai jadi kucar-kacir.

Sebab kita sayang dia, kita hargai waktu-waktu yang kita lalui bersama. This is how I appreciate love and life. Tak suka, kita lupakan. Jangan seru benci datang.

A's said - you need to support him. Niat yang baik akan dipermudahkan Tuhan.

Amin.

Saya sabar selama mana saya mampu bersabar, kerana saya yakin kesabaran itu ada hikmah yang terselindung disebaliknya. Jadi sabar tidak merugikan. Mengalah juga tidak akan merugikan. Kalau saya boleh sabar kena tunggu sepuluh tahun untuk berjumpa dengan sesuatu yang hilang daripada hidup saya - kenapa pulak saya tidak boleh sabar untuk tunggu sehingga sesuatu yang baik mendatangi hidup saya?

Because I love sincerely.

To Chenta - you know how much I love you and if you ever ask, my answer will never change - I will wait.

Cuma bila sampai waktu antara kita sudah tidak lagi jujur dan ikhlas - lebih baik kita berterus-terang. Jangan lari dan jadi pengecut. Jangan biarkan orang menunggu dengan sia-sia. Hari ini kita buat kat orang - mungkin orang tu tidak akan balas dengan kezaliman yang sama yang telah kita lakukan namun bila kita fikir - apakah kita akan bahagia dengan melukakan hati orang lain?

Nyenyakkah tidur kita?
Amankah mimpi kita?

Fikir-fikirkanlah...

Love,
Ziel

Tuesday, March 1, 2016

FRIENDS

This entry is for You, yes.. YOU

Having a friend like you, hurmmm. Alhamdulillah

Kita pernah buat semuanya. Cuma kita memilih untuk teruskan hidup dengan cara yang berbeza. Alhamdulillah, kita masih mampu duduk makan bersama, berborak tentang kehidupan masing-masing. Berbincang tentang masalah aku yang pada kau *zila yang degil.

I were remember when you are talking about "spare tyre". Difinisi tayar dan maksud "spare tyre". aku menangis macam nak pengsan. Kau ketuk kepala aku. Kau tanya "kenapa kau nak nangis sampai macam ni sekali?" hahahahhaha... it's that me lahhh. Aku kan cembeng ko kata. And kau jugak kata aku ni manja. So, orang manja mestilah kena suka menangis. Dan.. akhirnya we made a "pinky promises". Hahhaahhaha.. this part is soooo funny. Actually we were not young anymore, but we are always feel young deep inside our heart.

Last but not least, thank for the time. Untuk orang yang sibuk macam kau, bila kau luangkan 2 jam untuk dengar aku bercerita tentang sakit pening hidup aku yang tunggang langgang ni, buat aku rasa sangat berharga. HHhahahahhaha...

Love,
Ziel

p/s: Jangan pernah geleng kepala bila aku bercerita tentang Chenta aku tau.
p/ss : You are ROCK bebeh!!





Friday, February 26, 2016

andai ESOK T.I.A.D.A

Saya mahu dia tahu sejak saat itu hanya dia sahaja yang ada dalam hati saya. Biar cuba dihasut benci, diusir semua yang indah tentangnya tetapi dia tetap jua di situ, menghuni ruang kecil yang terbentuk dari segumpal darah, diceruk itulah terletaknya sifat-sifat insan yang membezakan kita dengan yang lain. Di situ, dalam hati yang suci. *Walaupun awak cakap hati saya busuk sebab saya tak sukakan budak yang berumur 5 tahun :(

Apapun jua yang mendatang, saya anggap itu ujian daripada Tuhan. Ada waktunya ingin lari dari sini tetapi kaki bagai sudah terpaksi, terikat, tertambat. Lalu tetaplah saya di sini, ada waktunya tersenyum, ada waktunya menangis. Kalau mahu pejam mata supaya tidak terlihat apa yang lalu depan mata tetapi dua telapak tangan ini tidak cukup ampuh untuk menahan telinga daripada mendengar.

Saya tetap akan terus berdoa, saya yakin suatu hari nanti Tuhan akan perkenan apa yang saya minta. Dia yang maha pengasih, Dia yang maha penyayang. Dia, Ya Latif.

*I Wish, I can say this.
Terima kasih kerana risaukan saya. 
Terima kasih kerana ambil tahu.

Saya tidak selamanya mampu bertahan dan tidak selamanya saya mampu menyembunyikan perasaan saya. Bayangkan rumah tanpa tiang, bagaimana ia mampu berdiri?

Dearest Happiness, please stay.

Love,
Ziel


p/s: Today is Friday, dan saya makin dihimpit RINDU :(

Monday, February 22, 2016

I'M S.O.R.R.Y

I learned something - I should not touch men's ego. That's my bad and I do hope that he will never ever give up in teaching me lesson like this.

Saya rasa sangat teruk. TERUK.

Awakkk.. Saya minta maaf.

Saya melihat disebalik apa yang berlaku. Saya belajar di mana silap saya dan apa yang saya dapat adalah satu pelajaran yang penting dalam perjalanan saya mengenali dan belajar tentang lelaki, orang yang penting dalam hidup saya.

Tolong jangan penat dengan saya. Tolong jangan pernah putus asa dengan saya.

I have been thinking over night and couldn't sleep at all.

We both at a very fragile state.

I am sorry.

And I love him. I'll do anything for us.

Frustration might led us to do stupid things. It's difficult to keep myself sane but please, never ever give up with me.

Tolong jangan pernah lelah dengan saya.
Jangan tinggalkan saya sensorang kat sini... :'(


Love,
ziel

p/s: Jangan tinggal daku :(

Saturday, February 13, 2016

Some~Times

Kadang saya fikir dia ambil berat tentang saya. Kadang saya fikir dia sengaja lukakan hati saya. Kadang saya bertoleransi dengan hati saya, dia lakukannya tanpa sedar dan tak usahlah saya berkecil hati. Saya selalu pujuk hati saya begitu supaya saya tidak sedih, supaya saya mampu melalui hari-hari saya dengan tenang.

Kadang saya tanya hati saya, kenapa saya biarkan semua ini berlaku. Apakah saya menunggu jawapan daripada Tuhan? Apakah rasa yang menyesakkan itu nanti akan bertukar jadi damai? Entahlah... saya tak tahu.

Kadang saya rasa, saya berdiri depan mata dia tapi dia seolah-olah memejamkan matanya lalu dia tidak nampak saya. Kadang tersentuh dalam hati dengan persoalan ini, apakah aku wujud dalam hidupnya atau sekadar angin lalu yang berpipisan dengan burung yang sedang terbang di atas sana?

Tetiba jadi sasterawan ni apakes?

Hurmm.. takpalah, mungkin akan datang waktunya nanti.

Saya hanya ada sekeping hati yang Kau pinjamkan, yang Kau penuhi dengan belas dan kasih sayang, Tuhan, terimalah doa-doaku agar Kau permudahkan hidup mereka-mereka yang aku peduli. AMIN.

*Lap airmata*

Love,
Ziel


p/s: Saya rindu awak Chenta

Friday, February 12, 2016

T.E.N.A.N.G

Alhamdulillah.. Jumaat sekali lagi.

Pagi ni semua orang bercakap sesama mereka sepertinya sebelum ini mereka tidak pernah punya ruang untuk bercakap. Gimana ya, mereka boleh bercakap dan bersembang dalam hingar bunyi vacuum kakak cleaner opis ni. Aduhaiiii.......

Hurmm...
Kepala rasa sejuk sangat pagi ni, mungkin sebab malam tadi ada hujan sikit. *takda kaitan
Jangan la sakit kepala menjengah lagi. Saya dah kehabisan stok Caffox. Giler..., telan Caffox macam telan Vitamin C. Setiap hari.. Jangan la ada sakit lain pulak datang akibat dari Caffox tu.

Apa ya?
Saya rasa saya terlalu tertekan dengan kerja saya sekarang. Sebab tu sakit kepala dan sakit perut macam dah jadi sahabat karib saya. Kerja tambahan yang kena buat ni lagilah buat saya nak muntah hijau.

Chenta kata saya insan terpilih, sebab tu bos bagi saya buat kerja tu. Memang terpilih sangat la ni. Terpilih untuk tua sebelum usia dan mati lebih cepat. :(
Huhu.. saya tak bahagia dengan kerja tambahan ini.

Tapi takpalah, sementara anak-anak ada dengan saya sekarang, segala sakit hilang bila balik rumah. Nak-nak pulak bila mek sorang tu tak berenti membebel bercerita itu ini. Alhamdulillah.. saya patutnya lebih bersyukur. Orang lain tu, ada suami macam tak ada. Ada anak tapi anak-anak tak rapat dengan parent. So, bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kunci nya hanya SABAR.

aaarrrrgghhh!! Rindu nak pegi pantai. Macam nak cabut lari dari opis dan vroommm ke pantai.


Untuk awak Mr. Chenta,
Saya tersenyum seawal pagi hari ini. Terima kasih untuk rasa sayang yang di berikan.


Much Love,
Zila










EGO ~ LeBur

Ini untuk awak En. Hafiz,

Terima kasih kerana baca apa yang saya tulis. Terima kasih kerana sudi berbincang mengenainya. Dan terima kasih kerana sudi luangkan sedikit waktu nanti. Saya bukan main-main, saya serius. Saya dah fikir berbulan-bulan lamanya dan itulah sebenarnya yang saya mahu dari dulu, the T&C, if you still remember.

Bila saya dah leburkan ego saya, saya mengerah seluruh tenaga di situ, mengorbankan apa yang saya rasa: malu.

Hargailah apa yang lahir dari hati seorang yang telah meleburkan egonya kerana saat egonya lebur hatinya benar-benar tulus dan bicaranya jujur dan lurus.

Saya sayang awak dan itulah keputusan saya.
Muktamad.

Much Love,
Zila

p/s: hanya mahu menuntut wilayah kecil itu dan berbahagia di sana...

Tuesday, February 2, 2016

#HILANG

... Dan yang paling indah, Dia pilih saya untuk berada di sisi emak saya ketika Dia ambil emak saya pergi.
Sejak dari waktu itu, hati saya patah. Susah nak dapat balik kegembiraan dalam hidup biarpun saya selalu ketawa. Ketawa tu hanya untuk menutup lubang-lubang luka dan sepi dalam hati.


Everything about mom - sweet.

Emak saya yang mendamaikan hati.

Mom - she's everything.

Banyak kalilah orang tegur saya ketawa, I wish I had a chance to share this missing part of me with him and hope he will understand. Ketawa itu menutup sementara lubang-lubang luka dalam hati. Hati yang patah sejak emak saya pergi.

Dia kata lama sangat hati tu patah.

Hati yang patah tu tak mungkin akan tumbuh semula.

I wish my mom is here with me now, she will make me smile.

I miss you dearly, only God knows.

Maaf, ceritanya bermula dari entah mana-mana. Sebab saya sedang sangat terluka. Saya tiada harapan, tak mahu berharap dan tak memberi harapan.


Love,
Zila


p/s: .... #silent



Wednesday, January 6, 2016

Apa Perlu nya??

Saat ini hati saya sedang sangat tidak stabil. Jadi saya mendengar lagu-lagu sedih yang seiring dengan mood saya sekarang. Saya mendengar lagu yang sama berulang-ulang kali selagi mood itu tidak hadir.Dan sepanjang minggu ini saya mendengar lagu ini..

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

hahhahahhaa.. sadis betul lagu saya minggu ni. Tapi mungkin kena jugak la, Atas nama cinta benar saya sanggup menunggu hingga tiba saatnya nanti Allah satukan kita.

Dan lagu ini *Galau

Katakan saja jangan kau sembunyikan 
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hatimu
Mesti sekadar mengukir hatimu
Sepi hatiku galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu menemani aku galau
Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu

Kadang-kadang saya lelalu berfikir, kenapa bila kita benci seseorang itu kita perlu keluarkan segala aib dia yang selama ini kita simpan untuk kita puaskan hati kita setelah marah dan benci menguasai diri.

Saya sering disalahkan kerana bercerita dengan kawan karib saya tentang rasa hati, tentang apa yang terjadi antara saya dan "dia". Dan itu akan "dia" jadikan isu untuk membangkitkan semula kesilapan-kesilapan saya yang lalu. Sepertinya saya ini manusia yang tidak akan pernah mahu berhenti dari membuat salah.

Kita selalu ada isu dengan orang di sekeliling kita tetapi kita perlu bijak untuk menyalurkan apa yang kita rasa. Kita perlu cari kawan yang boleh memberikan feedback yang rasional dan positif tapi kalau kawan dah beri pandangan dan kita tetap menjunjung bebal, susahlah. Kita panggil PhD holder untuk ajar pun, tak akan pandai. Bila bicara soal hati, tak perlu ada degree la, cakap dengan orang kurang siuman tepi jalan pun kita akan merasa lega.

Orang disekeliling bercakap dan orang akan cakap apa sahaja. Dan mereka ada persepsi mereka sendiri dan saya tidak pernah marah tentang apa orang mahu kata. Begitu juga saya, ada tanggapan terhadap orang lain.

Hidup ini perlu seimbang. Jika kita sindir orang, kita juga harus terbuka mendengar sindiran. Saya selalu anggap orang yang tidak suka pada saya sebagai alarm clock, reminder...untuk saya perbaiki kelemahan saya tetapi apabila kita terlibat dengan beberapa perkara yang memerlukan keputusan orang lain, ia tidak semudah kita memberi pendapat.

Janganlah bila sudah benci, semuanya busuk tetapi bila baik, macam terlupa pulak segala perkataan dan ayat-ayat busuk yang pernah terkeluar.

Apabila menimbang, perlulah kita berlaku adil dan jujur. Yang pahit kalau benar, ia tetap benar.
Walk the talk.

Okeylah,
I have to sleep this weekend *ini baru rabu, force my system to shutdown. Dua minggu sakit, Sistem tubuh saya dah sememangnya lemah saya mudah menerima virus yang tidak sihat itu dan jadi lebih tidak sihat. Sel darah putih saya sikit, sistem imunisasi saya lemah tapi semangat saya kuat. Itu aje saya nak beritahu.

Sekian.

Oh dear. I miss you! Rasa macam nak duduk bersandar tepi pokok, duduk celah ketiak, merepek, merapu, meraban sambil tengok langit.

I miss you.
I miss you.
I miss you.

Love,
Ziel

p/s: kan lebih baik awak bunuh je saya, :'(





Tuesday, January 5, 2016

P E R M U L A A N

Ya, it's January 2016

W A R N I N G!!
Ini Entry tunggang langgang. Memang susah nak faham kalau sekadar membaca. Jangan blame saya orang yang tengah sakit perut.

Permulaan untuk tahun GETIR. *memang getir sebab 1 jan dah di serang dearhea.

I wanna stay low. I wanna be invisible but I can't. Days without him, I have to find back my survival kit and learn how to be a survivor. Ada banyak jalan bahagia dan saya perlu cari jalan-jalan yang mungkin tidak kelihatan dan terkambus. Harap sepanjang perjalanan itu nanti saya akan 'bergembira'.

Hidup ini memang tidak pernah adil dan tidak akan adil maka saya perlu ajar dan pujuk diri saya supaya kuat dan jangan benci sesiapa. Kita tidak tahu apa yang mendatangi kita esok hari, saya takut andai saya terlepas cakap saya hari ini saya benci dia, esok lusa dialah tempat kita berkongsi keluh kesah. Jangan benci bahagia yang pernah bersama dengan kita. Let us doing something that might cherish us walaupun mungkin kita terpaksa buat sorang-sorang.

Dia kata dia sayangkan saya, tapi sehari ke sehari dia makin kerap bangkitkan isu yang lepas-lepas, yang memang saya dah sangat yakin saya tak buat. Di mana sayangnya kalau kita sentiasa mencari salah pasangan kita? Saya tetap sayangkan dia walau apa pun dia buat pada saya.

Sekarang saya berada di fasa "bertahan", dan saya harap dia yang menjadi pemandu arah untuk destinasi terakhir hubungan kami ini. Saya sayangkan hubungan ini.

Takpalah, keyword nya hanya satu (S A B A R)

Orang yang sabar akan beroleh kemenangan. Orang yang baik juga akan menang.
Insya Allah.

Zila, bersihkan hati dan senyumlah.

p/s: Doa aje tak cukup kalau tak ada usaha.
p/ss: Kalau tak ada niat langsung eloklah berterus-terang
p/sss: R I N D U

Love,
Ziel







Saturday, January 2, 2016

Say No to Goodbye

I was with conversation  dengan seseorang yang pernah rapat dengan saya satu waktu dulu, dan tiba-tiba i received text from Chenta and i do feel bad bila jawab panggilan "ha" petang tu but only Chenta in my mind.

I don't know kenapa 2-3 menjak ni rasa sentimental sungguh. I want him to be around 24/7 tapi saya tahu tak boleh. Wanna hug him tight and sleep in his arms till dawn. But i know semua tu takkan jadi kenyataan sebab dia sentiasa sibuk menguruskan his another LOVE. *kesian saya

I've received a text from his friend actually, ask me about "macamana hubungan korang sekarang, masih berhubung ke?". Apa yang boleh saya balas hanyalah sekadar bagitau "ya, kami msh berhubung, tapi ntah la..saya hanya boleh bagi dia masa je.." Then kawan dia suruh saya pi melancong.. Apa daaa...

N there's someone tell me "if he kept telling u the hurting stories, there's no reason for you to stay in this LoveHate relationship.

But still saya kena dah yakin dan terus yakin dengan hati saya. Biar yang datang memberi pendapat hanya sekadar bercakap tanpa mau tahu apa sebenarnya yang saya rasa. Selalu memandang tapi tak sepertinya merasa yang sepatutnya.

Saya tidak pernah salah memilih dan kalau pun pernah tersilap langkah - itu semua 'pengajaran' yang amat berguna dalam hidup saya. *ya, saya pernah tersilap 

Hidup ini sudah disusun dan ke mana arahnya hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha.

Have a wonderful year aheads ya. Anddddd..... You can't mend everything by saying sorry.

Love,
Ziel

p/s: sayang awak Kendoz aka Chenta aka Mr. H
p/ss: saya masih lagi melihat gambar-gambar yang terkirim di media sosial.. *dan masih melukakan diri sendiri..